Minggu lepas aku baru saja terima surat cinta dari majikan aku. Dia ajak keluar dating. Eh silap. bukan. Dorang paksa aku pergi temuduga. Tajuk besar dia tulis "Temuduga Pengesahan Dalam Jawatan Di Peringkat Pusat Tanggungjawab". Hmmm..setakat hari yang aku terima surat cinta tu, aku tak buat apa-apa anjakan paradigma pun lagi. (ayat dah nak sama macam dalam surat khabar dah ni). Masa mula-mula dapat hari tu, semangatlah jugak. Kunun-kunun rajin pergi Mr google dan carik artikel pasal APEX la konon. Pasal isu-isu semasa la kunun. Baca dua tiga kerat patah perkataan, terus lingkup. Bukak tab baru, baca benda lain. Status mukabuku rumah jugak yang ditengoknya.haisssh!
Semalam semalam aku ada jugak menelepon kawan sama belajar dulu. Syud nama dia, single lagi. Sekarang dia kerja kat husm. Dengar cerita, dia pun dapat surat cinta yang sama macam aku. Cuma bezanya yang taip surat tu mungkin orang yang lain. Dia kata temuduga yang dia pergi ahad tu sempoi habis. Aku tak pernah dengar pulak, temuduga ada yang sempoi ada yang ranggi. Ni pertama kali dalam hidup. Dia kata lagi, nasib baik dia tak baca pasal APEX-APEX tu. sepatah haram jadah pun dia tak tanya. Soalan-soalan bocor yang aku dapat dari syud :
soalan 1 : kamu ada masalah tak kat tempat kamu bekerja?
Jawapan : tak ada. (jawab sepatah je. lepas tu, diam balik macam tikus)
Soalan 2 : kalau kamu diberi peluang, apa yang kamu nak dalam kerja/hidup?
Jawapan : banyak woo..pertama sekali, saya akan fikir pasal kahwin..(keh keh keh..gatal!)..lepas tu..saya nak sambung belajar, nak buat pjj kat usm..lepas tu..nak buat loan kerajaan buat beli rumah kot..lepas tu..hmmm..saya nak dinaikkan gaji dan kolar...lepas tu..saya nak....(tengah fikir apa lagi)..hmmm...
haissssh..apakenamatemuduga la macam tu. Kalau aku, aku pun nak. Adik aku yang kat Tingkatan 1 tu pun boleh jawab..hahaha! (cakap besar ek missdicup..kang kena yang susah-susah baru tahu!). hoho liau!
* Apa-apa pun, dua soalan yang kat atas tu dah betul dah. Jawapan-jawapan yang warna unggu tu je aku reka sendiri.
kah kah kah
Nak mati jawab depan pentemuduga macam tu?
3 comments:
ha ha ha..
dicup hnyer pndai bkata2x dlm nie je,mcm bertih jagung..
tp klu dlm intebiu,sure ckp skema pnyer ayat..
2la psl,awat x p usmku gemilang..
kan xyah gooogle2x nk jd pekerja cemerlang..
;p
hehehe..
btw, ols da besttt!!!
gambateeee!!!
hehehe..dah apply dah usmku gemilang tu.tapi dorang takmau terima aku.sebab dorang kata aku dah di-cop pekerja cemerlang.
ha ha ha ha
wish me luck!
hahaha..lawak..tp aq penah gak g temuduga cm2..die tny, bpk keje pe, adk b'adk bpe owg,bljr ktne..soalan yg bese2..cume myb die nk tgk cr kite jwb kot..hurm..gdluck nway!! :)
Post a Comment