profesion baru

semalam tiba tiba aku terasa macam nak tukar profesion.
tapi tak tahu profesion apa lagi sesuai dengan aku.
aku pun gatal gatalkan tangan mintak idea kat facebook.
idea orang lain?
bernas lagi idea aku, walaupun aku takde idea. hahaha!
yelah..kalau suruh aku jadi katak, lebih baik jangan.
kang buatnya melompat terlebih sikit kat jalan raya, terus kena langgar.
pendek sangat jangka hayat.
tak ke sia sia je hidup.
buat penat mak dengan ayah plan buat aku je. tapi takde hasil..
sorry. terlucah sikit. ngeh ngeh ngeh

idea lain? diorang suruh aku jadi kingkong..
eeeee..idea apa ni?
tak mau la..kingkong kan binatang berbulu bulu..geli geli..hissssh!
tapi kan..katak dengan kingkong tu sejenis profesion ke?
tu sendiri mahu tahu la..

pastu ada pulak yang terasa hati.
ingat aku dah jemu nak tengok muka dia kat sini..
haisssh budak ini..sensitip sungguh!
hati lemah lembut macam pompuan.
cuba jadi macam aku. hati nampak kering macam batu.
padahal dalam, main dangdut..hahaha!
eh, aku pun satu. suka suki aku je kutuk dia..
mintak mintak dia tak tahu..lalalala
korang jangan bagitahu dia tau. nanti dia merajuk lagi.
hari raya nanti aku mintak maaf. boleh kan?


pesanan penting :
ini bukan cerita cik Pu


2 comments:

sue-ana said...

tu la..sape suruh boh "toink..toink" di situ..kan dh dpt cadangan menjadi katak. :-p

missdicup said...

hahaha
sebab tu cadangan yang dikeluarkan oleh kak suhana!
toink.toink.toink!