dilamar lelaki misteri II

setelah panggilan telefon yang aku terima semalam semalam,
yang daripada kak siti (bukan nama sebenar) tu. cerita semalam.
aku dah jadi fobia bila telefon berdering.
Nasib baik tempat kerja aku ni dia pakai Cisco IP Phone.
kiranya kita boleh tahulah sapa yang call-in dan call-out.
siapa siapa yang buat misscall pun boleh.
Sekarang ni, asal naik nombor yang pelik pelik je..aku dah ready.
betulkan anak tekak nak buat buat suara orang lain.
tak pun ready panggil officemate aku, suruh cakap aku MC..muehehe

bukan fobia kat panggilan telefon je.
malahan time nak keluar masuk pun sama.
tak kiralah kat mana mana pun.
tempat kerja - dalam kereta - rumah - kedai nak beli sayur
semua tempat aku mesti nak tengok kiri kanan.
tengok tengok kalau ada orang perhati perhati. permerhati jauh!
kalau kalau ada stalker yang ngintai ngintai aku.
gila! terasa macam Paris Hilton la pulak! keh keh keh
padahal..harta takde, rupa apa ntah lagi..huhu.

yelah..mana tak takutnya.
perbualan maut kak siti tu terngiang ngiang lagi kat telinga aku ni.
yang paling aku ingat, dia kata:
"fikir fikir kanlah dulu cadangan akak ni..mana tahu korang betul betul berjodoh"
"takpelah..kamu buatlah solat istikharah dulu. tengok mana tahu jadi."
"nanti nanti akak calling calling lagi."




oooooh. tidaaaaaaaaaaak!
dilema apakah ini? 

f-o-b-i-a   fobia!


Comments

pizet said…
x pasal2 je dah trauma...sapa tu yang kemain lagi risik2 la segala...nak kawen ngorat la sendiri...x gentleman btui
missdicup said…
muehehe..tu la pasal..haisssh!
Kazaztan Team said…
aaa sudah...jadi satu kerja lak dok berwaspada...adui haiii...gila saiko
missdicup said…
lama lama saya pun saiko sama..hehe