sudah jatuh cinta

Aku rasa aku dah jatuh cinta kali ke berapa pun aku tak tahu.
Sejak kebelakangan ni, aku mengalami simptom simptom pelik.
makan tak lalu, mandi tak basah, tidur termimpi mimpi.
kalau tak jumpa, asik asik terbayang bayang teringat ringat.
kalau tak jumpa sehari bagaikan tak jumpa setahun lamanya.
padahal baru tak jumpa sabtu dan ahad semalam semalam...haisssh!


Aku rasa aku kena buat sesuatu sebelum terjadi sesuatu.
perlukah aku bertindak mengikut suara hati?
yang mungkin akan akibatnya untuk selama lamanya.
Korang rasa macam mana?
perlu ke aku? perlukah..........?

*



**



***



****



*****



******



*******



aku rasa....start bulan depan depan...
aku kena buat servey servey
carik package broadband yang paling menarik.
nanti boleh lepaskan rindu..
dah terlalu cinta..apa nak dikata...


*


**


***

************************************************

Ooooh blog coklethitam ku..aku cinta padamu!
nanti aku carik broadband. senang kita nak bersua rasa.


************************************************





muehehe..aku kan pembelog tegar!
p/s : cik pu dah suruh aku kahwin dengan blog..hahaha..jelous la tu!

Comments