surat untuk seseorang

Salam sejahtera,

Aku harap orang yang sepatutnya terima surat ni sihat disamping insan insan yang tersayang. Pertama sekali, aku nak mintak maaf banyak banyak andai selama kita berkawan, aku ada buat banyak salah dan silap. Andai segala percakapan, perbuatan dan semua tingkah laku aku membuatkan kau teguris hati, aku betul betul mintak maaf.

Mungkin dalam pada kita berkawan, ada masa dan perkara yang boleh buat kita salah faham. Begitu juga dalam situasi kita sekarang. Tak semua benda dan kemahuan kita, orang lain boleh turutkan. Mungkin orang lain juga mempunyai pendapat/pandangan/perasaannya sendiri, yang kita sendiri tidak tahu. Malahan kita juga kadang kadang tak pernah nak beri peluang untuk mereka jelaskan. Perbincangan atau musyawarah secara terperinci juga apatah lagi. Last last kita terus buat spekulasi sendiri dan meletakkan kesalahan ke atas orang lain.

Dalam hal ni, aku taknak salahkan sesiapa. Aku rasa kita semua bersalah. Masing masing ada ego sendiri. Masing masing ada kemahuan dan kehendak sendiri. Kau nak yang itu, dan aku nak yang ini. Kesalahan aku mungkin kerana membuat keputusan terburu-buru dalam keadaan berserabut. Dan kesalahan kau mungkin kau nak orang lain ikut apa kehendak kau, tapi orang lain tak boleh nak ikut. Sebenarnya masalahnya kecik saja. Yang menjadi besar apabila dibesar besarkan dan disebut sebut di laman sosial. Pada masa itu, ada hati hati lain yang telah terluka. Tapi mungkin kau tak sedar.

Kenapa tak kau sendiri pergi tanya pada orang yang berkenaan untuk kau selesaikan terus masalah tersebut..? Takkanlah benda sekecik kecik kuman macam ni terus nak hilang kawan..? Apalah gunanya kenangan dan perkara perkara sebelum sebelum ni..? mana dah kau lempar dan kau campakkan?  takkanlah kerana benda kecik macam ni, terus kau nak hilang segala galanya..?

Apa apa pun, terpulanglah..aku malas dah nak fikir benda benda kecik ni. Buat sakit kepala. Aku tak kisah dan aku berserah pada Allah. Kalau boleh, aku taknak benda macam ni berpanjangan. Aku tak nak kehilangan orang yang aku anggap kawan...Tolonglah...


yang ikhlas,



"kadang orang terasa sebab kita buat palat, tapi kita tak tau yang kita buat itu adalah kes palat" -weed and bandages

Comments

bulan baik ni, maafkanlah sesama kita,ek?
missdicup said…
InsyaAllah..saya tengah try..hehe :)