bunga api

kisah ni berlaku lebih kurang dalam 20 tahun yang lalu.
kisah ni mak yang cerita balik kat aku. nenek yang cerita kat dia.
ada satu malam raya ni. masa tu umur aku 3-4 tahun. budak hingusan lagi.
pergi mana mana pun bantal busuk tak tinggal.


disebabkan takde adik beradik, kawan kawan serta jiran jiran yang kamcing,
aku main bunga api dengan ayah.
nama pun anak sulung kan, kiranya adik adik aku tak keluar lagilah time ni.
masih dalam perancangan agaknya kot..muehehe.
masa tu aku anak kesayangan ayah.
sementelah masa muda muda dulu mak kerja malam.
kiranya time malam, makan dengan ayah. tidur dengan ayah. manja pun dengan ayah.

nak dijadikan cerita,
malam raya tu aku main bunga api dengan ayah.
tiba tiba time tu kawan ayah datang, ajak borak borak depan rumah.
then, aku pun main sorang sorang. ayah sesekali je layan tak layan aku.
ada satu kali tu, aku panggil panggil ayah. dia makin rancak berborak.
tak dengar aku panggil panggil dia agaknya.
aku geram, terus amik bunga api yang aku main tu......terus cucuh kat peha ayah.
ayah tergamam agaknya.....dia pun cucuh balik bunga api tu kat peha aku.
.......hohohoho...
kiranya kami ada sama tanda lahir..fair and square...haha!

lepas dari tu, bila aku nampak bunga api...mesti aku teringat kejadian ni.
tapi.............tak tengok bunga api pun, aku tetap ingat jugak!
sebabnya kesan dia tu dah melekat sampai sekarang....haissssh!
nasib baik kat tempat orang tak nampak.kalau tak......jatuh saham!

adik adik..jangan main bunga api ye!  kakak kakak takpe..muehehe


Comments

:: aJa :: said…
dicup dah ckp mcm 2,da jatuh saham..;p
missdicup said…
takpe..cik pu terima dengan seadanya..

hahaha. koya!