Rumah kami banjir

Semalam aku bangun pagi dengan semangat dan azam yang berkobar kobar nak pergi kerja. Tapi aku terlambat bangun sikit sebab tak tersedar. muahaha! Bangun je dari tidur, terus bukak pintu bilik. Nak tengok housemate aku, Si Fateah, dah siap nak pergi kerja ke belum. Bulan ni dia terpaksa tumpang aku pergi kerja. Kereta dia masuk hospital, accident, masa tu aku kat Rawang. Dia ni selalu siap awal dari aku, so kena set timing..kang kesian pulak dia tunggu aku berjam jam.

Tiba tiba,

aku ternampak luggage banyak banyak dah ada kat ruang tamu. Terperanjat dengan keadaan tu, aku pun tanya.
"Teah, kenapa ada banyak luggage ni? Kau nak pergi mana? Lari dari rumah ke?". Tapi..tu semua aku tanya dalam hati je. Yang sebetulnya aku tanya macam ni - "teah, kenapa luggage semua kat luar?".

Teah pun jawab dengan cool lagi innocent. "oooh..rumah kita banjir.."

Hah? 

"Banjir..? Bila...? macam mana boleh jadik..?" terkejut aku!

Malam tadi kot. Air mesin basuh.

" Mesin basuh? "  - time ni dah gelabah gila dah.


Mesin basuh.....aku yang guna semalam! Aduhai..


keadaan luggage kat ruang tamu.
Teah bukan nak pindah atau lari rumah...sebab luggage aku pun ada...huahuahua!

Terpaksa mintak pertolongan cik mop..haisssh!

keadaan bilik stor semasa banjir.
habis segala jenis kotak yang ada kat rumah basah.
terpaksa dibuang..sob sob sob (TT)


semasa mengemas...aku jumpa ini!
go go germany go!  hahaha.


penat aku kumpul kotak dari tahun lepas..
nampaknya aku kena lupakan hasrat nak jadi tokei kotak la. ENTRY INI







kawan semasa mengemas. Cicakman.."chik chik chik"



kotak kotak kasut jugak terpaksa dibuang.
kasut terpaksa dipindahkan ke penempatan baru..hai la badan!




Air masuk kesemua arah tanpa sempadan. termasuk kotak kotak buku.


ni la keadaannya bila rajin baca buku.
Kerusi empat ketul pun tak cukup..muahaha!

Tapi..yang azabnya..kamus medical pun basah jugak..aiyooo!



Inilah keadaannya selepas dibersihkan dan dikemas.


ok..
banyak lagi ruang kosong..
boleh la seludup housemate baru sorang lagi..haha!



notakaki : ada mesin basuh pun salah, takde mesin basuh lagilah salah. haisssh!

7 comments:

Kazaztan Team said...

cam ne pulak tu leh banjir.. ssalah hala salur getah mesin basuh kah..

Paan Ovrtd said...

Hahahahahahahahaahaha!

missdicup said...

menurut sumber (Fateah), mungkin saluran paip air tak betul2 rapat.

haissh.

amy said...

haha..
bleh aku sewa umah korg.. haha..
ruang dh lapang..
seb baik la banjir.. lapang la sket umah tu..
klu x.. bertambah la tongkang pecah.. haha

missdicup said...

chaaaait!

tongkang pecah ok apa.macam kapal titanic..haha!

sue-ana said...

kekekekekeke..(opsss..xbaik gelakkan org)

pernah gak xperience banjir mcm tu.tp bkn sbb mesin basuh. sbb paip dlm dinding bocor.huhuhuhu

missdicup said...

heh heh heh

kalo gitu, kena pecahkan dinding pulak la gamaknya..hahaha!