Tenaga defisit

Bulan ni aku klasifikasikan sebagai bulan penuh aktiviti. Kalau ada keupayaan boleh kerat badan menjadi dua, dah lama aku buat. Rasa macam tak cukup tanah nak berlari. Kejar yang tu, rasanya yang ni lebih penting. Nak pergi yang ni, rasanya yang tu lebih penting. Last last terus buat aktiviti tanpa planning. Mana yang offer dulu, terus aku kata jadik. Yang lain lain aku atur kemudian. Tapi yang menjadi kepentingan sekali tentu tentunya kerja hakiki.



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.


Satu
Hujung minggu ni aku akan kulu kilir ke Rawang lagi. Mak nak buat kenduri. Tak sampai hati rasanya tak balik rumah. Tak dapat nak bayangkan kalau mak kena bertungkus lumus mengerah kudrat dan tenaga tua dia sorang sorang untuk berkenduri. Biarlah aku penat sikit dan puas hati daripada duduk di Peneng dan pening kepala memikirkan kepenatan mak nanti. Aku betul betul tak sanggup.



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.



Dua
Aku rasa aku dah tak boleh nak beri peluang kedua lagi pada “satu benda” ni. Nak tunggu sampai hujung bulan pun aku dah tak sanggup, apatah lagi nak suruh melarat sampai ke akhir tahun ni. Aku betul betul penat, rimas dan letih. Bukan hanya menanggung letih mengeluarkan duit, malahan melayan kerenah orang sekeliling yang ada di situ juga aku sudah tak sanggup. Muak dan jelik rasanya. Dan aku fikir boleh jadi parah dan barangkali boleh melarat menjadi barah. Lebih baik aku undur diri mulai sekarang. Tak payah nak bersubahat dengan apa yang aku tak suka, habis cerita.



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.



Tiga
Lagi seminggu aku kena menunggu sebuah jawapan yang tak pasti. Aku berdoa pada Allah, semoga Dia permudahkan segala urusan dunia dan akhirat aku. Aku harap dengan satu langkah ini akan membuatkan aku terus berjaya dan berjaya di masa akan datang. Dengan itu, ia dapat membuka mata orang sekeliling melihat siapa aku yang sebenarnya pada pandangan yang berbeza. Bukan aku seperti yang dulu dulu, lemah dan tak bermaya.



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.



Empat
Pergilah perkataan lupa dari diri ini. Beban rasanya jika sesuatu yang wajib dan perlu diingati pada masa yang tepat tetapi tak berjaya. Apa punca sebenar aku pun tak tahu. Terlalu banyak makan semut ke? Takde pulak buat gulai semut. Tak makan kekacang atau kismis ke? Mungkin juga, sebabnya stok kismis dan kurma dari Makkah yang mak bagi hari tu pun tak luak luak. Selalu tengok najis ke? Ye, ye, ye. Aku mengaku. Memang aku selalu tengok taik. Kalau tak tengok taik sendiri, aku wajib tengok taik orang lain.. Tak kiralah kanak-kanak ataupun orang tua. Dah tu kerja hakiki aku, kena tengok taik pesakit, nak kata apalagi. Buat je la. Ye dak?



Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th.


Lima
Sejak kebelakangan ni aku rasa sangat sangat penat dan sangat sangat letih dangan semua benda yang ada. Mungkin sebab sejak kebelakangan ni aku tak pernah jumpa hujung minggu kot. Asal ada hujung minggu je, ada la aktiviti nak kena isi. Kalau tak mengulang ke Rawang, pergi kerja. Kalau tak kerja, mesti balik Rawang. Jadinya, perkataan dating dah hilang. Nasib baik cik pu tak pernah komplain. Aku harap dia faham.



kesimpulannya di sini................aku penat.


Boleh tak kalau aku membebel cara alaf baru macam ni?


macam best je.. hehe.


Image uploads will be disabled for two hours due to maintenance at 5:00PM PDT Wednesday, Oct. 20th..

maintenance sampai pukul 5? orang dah balik keja la wei.  apekejadahnye?

No comments: