9. Something you’re proud of in the past few days

 



Hmmm..dalam kes aku ni, "proud" yang dimaksudkan dalam tajuk kat atas tu bukan la bangga ataupun bangga gila babi ke apa..tapi perkataan tu lebih kepada apa yang aku tak pernah buat then tiba-tiba aku buat benda tu, terasa macam.......wow! 

Ehem..mesti korang tak faham kan apa perasaan tu..takpe..kalau korang nak cuba faham perasaan aku, korang suruhlah brader brader yang ada dslr ajak korang jadik model photoshoot..tak brader, kakak kakak pun boleh..mesti korang akan faham..wakakaka..ok tak kelakar.


Mula-mula tu memang la rasa takut gila..macam nak jadik gila jugak la rasanya..nasib baik ada budak teman..eh, budak ke? tak tak tak...Puan Hajar-to be. Kalau tak, memang meroyan nak balik dah aku time tu..mana taknya..ingatkan photoshoot bodo bodo je. Ko tangkap gambar aku, aku tangkap gambar ko..Dan dan sejembik manusia brader brader pegang kamera bapak besar besar..siap dengan payung lighting lighting? cuak la aku jawabnya!

*sejembik-berduyun duyun (kawan n9 aku yang ajar).



Kalau sapa-sapa nak bagi peluang ke 2 kat aku jadik model photoshoot lagi..rasanya aku boleh pertimbangkan. So, mana-mana agensi yang berminat nak pakai model ketul sana ketul sini macam aku, bolehlah contact my PA...hahahaha...


gedik ok!


Comments

Nurul Syuhada said…
wah..mcm poster pilem sudaaa..hehe..letak la lagi dicup...nk tgkk...
Nor Fadzila said…
wah dcup...cunnnnnnnnnnnn ;-))))))))))
missdicup said…
ayoie aka syuhada:

aku dah pernah crita dah dulu..kalau nak ulang tayang, sila ketik entry ni:

1) http://coklethitam.blogspot.com/2010/05/aktiviti-kecut-perut.html

2) http://coklethitam.blogspot.com/2010/05/aktiviti-kecut-perut-part-2.html

3) http://coklethitam.blogspot.com/2010/05/aktiviti-kecut-perut-part-3-photoshoot.html

hehehe.."terpromote" pulak.


Ila :
*blushing* *blushing*



rasa macam nak sepuk diri sendiri..hahaha!
niEna sHaLim said…
wahhhh...tak sgka sggh kwn aku dah jd model..hehehe aku offer diri aku jd PA ko laa..gaji aku pun murah jer hahaha mau kah?? hahaha
missdicup said…
xmau..xmau..gaji mesti nak mahal ni..degree holderla katakan..mana aku mampu bayar..hehe