Chow Kuewtiaw Sungai Dua

Assalamualaikum...pembuka bicara

Wah..tetiba je bagi salam kan.. siap ada pembuka bicara lagi. Anak dara sapa la yang baik hati lagi supan santun lagi budiman ni..bhahaha..padahal sebelum ni aku tak pernah bagi salam dalam mana mana entry pun..hampeh punya Dicup! huhu..Bukan aku taknak bagi salam tapi aku dah bagi salam dalam hati..harap korang jawab dalam hati jugak ye..huahuahua..boleh ke macam tu?  (sepuk diri sendiri).

Dah melalut dah aku ni. Ok, kita pergi ke cerita sebenar yang aku nak cerita. Minggu ni aku klasifikasikan sebagai minggu makan, tidur dan malas. why why why? yelah, dah tu je hari-hari aku buat. takdelah kerja lain. Lagi lagi member baik aku masa sekolah menengah (Nina) dulu posting sini..lagilah graf makan aku mencanak-canak naik...hehe..nak salahkan orang lain. (sepuk lagi sekali)

Jom aku cerita kat korang dengan gambar..nanti lebih mudah korang nak faham apa yang aku cerita ni..takdelah syok sendiri je kan..hahaha. Dan yang lebih penting, aku nak kasi korang kecur air liur sikit..biar tertelan-telan air liur tengok makanan..erkkk.

Ok..ni Nina dengan Ila.
Nina (belah kiri) ni lah member baik aku dari sekolah menengah tu..
Ila ni pulak..hmmm..macamana ye nak cerita? Oh..dia ni kan kawan baik Nina, oleh yang demikian, aku pun automatik la jadik kawan dia jugak kan..hehe. Dan kebetulan, Ila ni kakak kepada Lee (ex-classmate aku). Ila ni baru mendarat kat Peneng. Dia dari Sabah, kena anta posting kat sana..jauh tu!
Dua-dua ni aku agak masih single lagi..sapa berminat, bolehlah calling-calling..
(hahaha..ampunkan aku..)


Ni menu aku malam tu. Nasik gorang udang. harga dia RM4.50 kalau tak silap aku.
Sedap woo..hingga menjilat sudu dan garfu..
Kalau nak cuba, bolehlah pergi Kedai chow kuewtiaw Sungai Dua..
Udang dia letak 5 ekor. tak lebih dan tak kurang..hehehe


Ni menu diorang..chow kuewtiaw special Sungai Dua.
Apa yang special? Kuantiti dia besar sikit dari yang biasa.
Ada toge banyak, daun kucai banyak, semua banyak...hahaha
Harga dia ofkos la special sikit kan..
(Aku tak suka toge dengan daun kucai..harap maklum!)


Antara kami bertiga ni, macam biasalah..
akulah manusia yang makan paling cepat.
nak tahu rahsia?

Bayar sejuta dulu...mau?   wakaka


Dan tak lupa jugak..antara ketiga-tiga manusia ni, akulah manusia yang makan paling banyak..heh!
Ni gambar menu aku yang ke-2, selepas nasik gorang udang tadi.
Chow kuewtiaw tanpa toge dan kucai..nyum nyum nyum..
glurp glurp glurp

(tertelan air liur aku time taip ayat atas ni)



Untuk pengetahuan semua, time dorang ajak aku pergi Sungai Dua ni, memang aku simpan perut kosong sebab dah niat nak melantak sampai lebam kat situ. Dan ofkos la aku lapar gila gila babi kan. makan pun banyak la kan.
Tiba-tiba, mungkin atas faktor langkah kanan, ada orang pelawa nak belanja...wow!


Rugi pulak rasanya tak ambik nasik lemak sebungkus dua malam tu..



ngeh ngeh ngeh


Comments

hye! fara dtg baca blog awk ;)
missdicup said…
ok..thanks fara sbb baca :)

see u again next time!
Anonymous said…
bertambah berat...yeaahhhhhhhh
missdicup said…
sama macam cik pu..yeay!
niEna sHaLim said…
yeahhhhhhhh....
mcm kenal ajer budak belah kiri itu...hehehe
mari kita pergi lagi !!!! =)
missdicup said…
ok..nanti, ada rezeki aku belanja pulak..kekeke