PTPTN - PERTUKARAN INTEREST PINJAMAN 3% KEPADA 1%

Assalamualaikum...

Sapa pernah pinjam PTPTPU masa belajar dolu-dolu? Sila angkat tangan laju-laju. saya! saya! saya!
Ye..kepada kamu kamu yang pernah pinjam PTPTPU tu aku nak tanya, berapa % interest masa korang tu?
3%?  4%?
Korang nak tukar jadik 1%  tak? 
Nak. nak. nak.

Ok, jom kita pergi laman web PTPTPU yang asli lagi boleh dipercayai dulu.
Bila korang dah bukak tu, dia akan keluar macam ni.
(ada ke laman PTPTPU yang fake? kui kui kui)


















Pastu, korang nampak tak kotak kuning-kuning tu?

Apa? Tak nampak? isk isk isk..Ni brape kali jumaat lagi ni? hehe..
tak tak..aku main-main je. kalau korang tak nampak, meh sini aku zoom in kan untuk korang ye :)

Bila dah jumpa kotak kuning tu, korang klik Laman web kemaskini maklumat Ujrah tu.
kalau malas-malas sangat, klik je kat SINI. kalau malas jugak, luku kepala tu..Biasa dia, malas malas! Babab kang baru taw!  wakaka!

Bila dah klik kat situ tadi, korang akan nampak camni :

Pastu, Boleh la isi no. i/c dengan alamat email korang kat situ. Korang tunggu jap dalam 5 minit (paling lama). Lepas tu, bukak email yang korang kasi tadi. Check email tu, then dia akan kasi 1 link untuk korang bukak. Contoh email dia macam ni:

No Kad Pengenalan: xxxxxxxxxxxx. Anda telah berjaya membuat pendaftaran.

Sila klik di sini <http://bla bla bla bla bla bla bla dan bla bla bla untuk membuat PENGEMASKINIAN BAGI PERTUKARAN PINJAMAN (3%) KEPADA PEMBIAYAAN UJRAH (1%)

Dah sampai sini, korang copy ayat yang kaler merah kat atas tu. Nanti ada la link yang panjang berjela macam surat cinta dia akan bagi...aku tulis bla bla bla dan bla je la ek. Sebagai contoh je semua tu..huhu

Diingatkan, bila korang nak copy & paste link tu, jangan copy benda alah < yang ada kat depan http:// tu skali. kalau korang copy jugak, memang korang takkan jumpa la link tu sampai bila-bila. macam aku masa first time buat la..hahaha!

Ok, bila dah bukak link tadi tu, isi la maklumat-maklumat yang nak kena isi. Dia tanya pasal diri, no telefon, alamat, mak ayah. Mungkin dia nak buat isteri kot..wakaka. Bila dah isi dengan jaya, cemerlang dan terbilangnya, dan rasa konfiden yang korang tak menipu dalam mengisi maklumat tu, klik butang ok. maksudnya dah siap la tu. settle satu kerja!

Bila tang ni, korang dah tak payah nak tunggu-tunggu email cinta dari PTPTPU lagi dah. Dia takkan bagi email dah. Sebab? Dia dah ada orang lain yang berhak untuk dicintai. Dia tengah proses permohonan korang tu. Jangan risau, aku punya pun tak dapat lagi email pape dari PTPTPU tu.

Nanti-nanti, bila dorang dah proses semua, PTPTPU akan keluarkan surat tawaran Ujrah/panduan pengisian kepada peminjam melalui email. Dan kita sebagai peminjam kena hantar perjanjian yang dia bagi nanti

melalui pejabat pos. katanya untuk tindakan penyelarasan kos pentadbiran yang mahal nak mampus tu..mesti nanti dah boleh jadik 1% dah..hoyeah! 


Kalau korang agak blur-blur dengan tutorial yang aku bagi tadi, korang bolehlah klik kat carta alir proses penukaran. Dan kalau agak-agak banyak soklan nak tanya kat PTPTPU, klik kat Sini.

Kalau agak-agak dorang tak boleh nak jawab soklan korang tu, sila contact  PTPTPU kat talian 03-2092-7788.

Kalau rasa tak puas hati, nak jugak jumpa orang PTPTPU, pergi :
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

tak puas hati lagi? tapi malas nak pergi dan takmau kehabisan kredit? hantar email ke webmaster@ptptn.gov.my


ok. tu je proses dia.


senang ke susah?  (-.-')



nota kecik : aku tak dapat pape komisyen dari PTPTPU pun ye..sekadar nak share maklumat.hehe!

No comments: