Bersiaran dari kelantan

Assalamualaikum & selamat pagi semua..

Hari ni aku bersiaran dari kelantan. (ececeh..ayat dah nak sama macam pembaca berita dah ni..bersiaran bersiaran pulak..hehe). Petang semalam aku sampai kelantan, terus pergi kenduri Cik Puan Hajar. Sampai pun lambat dalam pukul 3 macam tu baru sampai rumah dia..tapi takpe, ramai lagi orang tengah makan-makan..nasib baik lauk pun ada lagi..hehe..Cik Puan Hajar? cantik sangat. Dengan sepersalinan baju kaler hitam putih..eh, hitam kelabu kot? aku pun tak sure..wakaka.

Minta maaf banyak-banyak aku tak sempat nak upload gambar lagi. Teah tak bawak wayar kamera, handset takde memory kad reader. semua kekurangan..maklumlah.pengembara la katakan..mana bawak beg besar-besar. jadinya barang pun tak bawak banyak sangat..semua lupa..kain baju pun pinjam member aku yang kat sini punya..haha..nasib baik underware tak lupa bawak..upppps! wakakaka.

Malam semalam Syud bawak pergi makan chimchum kat food village..terkejut aku dengar nama benda alah chimchum tu..apakebendanyalah. Bunyik macam cium cium dah ni..haisssh. sensored sungguh nama makanan tu..hahaha. Aku kalau bab makan-makan ni, no hal je..ko ajak je la ke mana-mana, aku on je. No big deal ok. makan banyak as usual...hahaha..tapi tetap maintain "kurus". Kurus ke?  kui kui kui

Gambar chimchum tu pun aku tak boleh nak upload jugak atas masalah yang sama macam tadi..nanti-nanti aku tulis entry lain khas nama chimchum je..siap dengan gambar sekali ye..Biar korang jelas apa tu chimchum..wakaka..apa ke kes jelas-ayat aku? macam cikgu pulak.

Eh,ok la..tiba-tiba aku rasa sakit perut pulak ni..Perut aku ni biasa la..meragam setiap hari. kalau tak kembong sebab angin, aku sembelit. Kalau tak cirit birit, period pain..Kalau tak, tak sah..haisssh..aku nak pergi letak minyak angin banyak-banyak, pastu nak kena teman Syud pergi jemput Fiza kat wakaf Che' Yeh pulak..

Dan tak lupa jugak. kejap lagi nak pergi settlekan saman & terus pergi kenduri belah lelaki pulak...hohoho


kalau ada masa lagi nanti aku sambung ye....papai.



 

Comments

sekapur said…
best do sero...g jale kelate..haha
missdicup said…
mu ore klate ko? hehe