We got married

Assalamualaikum semua...

Selamat menyambut Maal Hijrah hari ni...semoga hari yang akan bakal tiba lebih membawa keberkatan dan kebahagian di dunia & di ahirat kelak..amin.

Semalam aku dah berperang sakan kat Wakaf Che' Yeh. Dah cukup banyak rasanya bekalan untuk di bawak balik ke sana. Berat pun melampau-lampau. Keropok lekor je dah 2 plastik besar aku beli. Mak aku dah la pesan beras nasik dagang...Beli 2kilo je. Banyak-banyak tak larat nak pikul..ada yang terbalik ke belakang nanti..hehe..pergi kelantan kena beli beras nasik dagang..apadaa..tak significant langsung...haissh.

Hari ni korang kerja ek? kepada yang bekerja tu selamat bekerja lah ye.. kerja rajin-rajin jangan asik nak mengular je..kepada yang tak bekerja hari ni macam aku, dok diam-diam kat rumah.waaarrgghh. Ye, hari ni semua budak rumah kat kelantan ni pergi kerja. Tinggallah aku sorang-sorang kat rumah ni. Nak buat apa pun aku tak tahu. Nasib baik "alarm pagi" aku set bangun nak dekat-dekat pukul 11.00am..Bangun-bangun dah boleh terus makan tengahari. Di situ dah boleh save budget dah..wakaka...alasan terbaik!

Esok dah kena balik Penang. Naik bas ekspres pukul 9.30am. Dah duduk lama-lama kat rumah orang ni tiba masanya untuk aku angkat kaki & berambus..bhahaha. Kesian kat bantal, tilam & katak hijau kat Penang. Mesti dorang semua rindu aku..wakaka..-dah takde orang ke yang ko nak rindu?

Hari ni  tak banyak benda yang aku boleh buat selain ber-online & tengok wayang kat screen laptop Syud ni. Ni nama dia relaxing therapy.....selain shopping & dating..wahaha. Aku dok layan cerita korea ni..We got Married. Realiti show dalam salah satu segmen dalam program the Sunday Sunday Night..       kenapa?     Tak percaya?   Klik sini SINI. Bukan aku yang cakap wikipedia yang bagitahu..siap berwikipedia wikipedia pulak aku..wakakaka

video

Ok, kalau agak agak tak boleh nak tengok kat sini, korang try carik kat youtube. tak pun carik kat mana-mana website yang boleh download cerita korea. Carik We got married.

 
Aku nak sambung tengok lagi ni. papai.


Aniyosayo.

3 comments:

pizet said...

aku ingatkan dicup got married...tertpu ngan tajuk...cisss

Janggel said...

ceh suspen jer tajuk. Ingat dia yng nak kawen tadi....tak nampak kad jemputan pon.

missdicup said...

tertipu tipah...


kah kah kah