Gigi berbunyi masa tidur (Bruxism)

Assalamualaikum semua..

Hari ni aku takmau buat intro panjang-panjang macam selalu. Just nak cerita pengalaman aku je. (hehe..ayat sarkastis betul..). Tadi aku baru je balik dari jumpa Dokter Gigi kat klinik gigi tempat kerja aku ni. Niat sebenar aku pergi sana just nak buat scalling je. Then, terasa macam nak tahu sesuatu. Aku pun ceritakanlah masalah yang selalu aku hadapi tu..kalau tidur dengar bunyi gigi bergeser kuat tu la..

korang pernah dengah tak?    Tak?  (-.-')

Silakan stalk aku tidur malam ni...kih kih kih 

Ok ok..straight..straight.

Lepas dah cerita pung pang pung pang panjang lebar dengan Dokter Gigi tu, aku dengar perbualan dia dengan staff nurse kat situ.

Dokter Gigi : hmmm..gigi dia keseluruhannya cantik. Takde tampal-tampal.

Aku :  *Senyum bangga*  (mana x bangga weh..dah 2 orang Dokter Gigi cakap macam tu..huahuahua!)

Dokter Gigi : Tp...gigi kat bahagian depan ni dah haus..maybe akibat bruxism.

Staff Nurse : Takpe Dokter, saya order mouth guard. (Stuff nurse tu terus telefon seseorang - aku dah x amik pot).

...............................................................................................................................................................

Bruxism? Mouth guard? apa tu? apa tu? Binatang apa tu?

Balik lab aku terus p google..haissh..tetiba balik klinik gigi dapat 1 penyakit ganjil pulak. huahuahua!  (-.-)'


Hasil carian aku:

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Apa itu Bruxism atau Teeth Grinding?


Ia adalah satu keadaan pergeseran secara paksaan antara permukaan occlusal gigi bawah dan gigi atas (permukaan yang digunakan untuk kunyahan). Pergeseran itu biasanya berlaku tanpa kawalan samada geseran ke depan dan kebelakang atau ke kiri dan ke kanan. Dan biasanya bruxism berlaku bersama jaw clenching (ketapan - mandible shut tightly). Mereka yang mendapat kondisi ini dipanggil bruxers.

Adakah Bruxism membawa masalah?

Ya. Kondisi bruxism yang tidak ditangani dengan cepat mampu memberikan kerosakan yang kekal kepada gigi dan ketidakselesaan di bahagian mulut dan muka. Kondisi teeth grinding yang berlaku tanpa kawalan ini sangat berbahaya kepada gigi terutamanya waktu tidur. Semasa tidur, mastication force (kekuatan kunyahan) boleh mencecah 6 kali ganda lebih dari kekuatan kunyahan biasa dan boleh berlaku dalam 40 minit dari 1 jam waktu tidur.

Antara komplikasi akibat bruxism ini ialah:

* kekacauan struktur rahang bawah
* kesakitan pada rahang bawah (kesukaran membuka dan menutup mulut)
* kelukaan
* pening kepala
* sakit telinga
* kerosakan pada gigi (permukaan atas, akar, dan periodontal ligament)
* kerosakan gigi palsu atau tampalan pada gigi
* menyebabkan gigi sensitif
* goyangan gigi (tooth mobility)

Apa yang menyebabkan bruxism?

Sebab dan punca berlakunya bruxism atau teeth grinding tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai secara kajian dan pemerhatian dan dapat di kalsifikasikan kepada 2 iaitu:

Faktor bruxism pada orang dewasa:

1. Tekanan perasaan. Ia adalah punca utama berlakunya bruxism di kalangan orang dewasa terutamanya sewaktu tidur. Tekanan perasaan boleh mengganggu kitaran tidur seseorang.

2. Kekecewaan dan menyimpan dendam dan marah. Semasa marah atau kecewa, biasanya seseorang akan menggigit dengan kuat mulutnya menyebabkan berlakunya bruxism. Biasanya keadaan ini tidak dapat dikawal.

3. Perwatakan yang agresif. Sama dengan sebab yang sebelumnya, iaitu berkaitan emosi. Cuma kali ini, mereka tidak menyimpan dendam atau marah, malah melepaskan marah mereka dalam keadaan mengetap gigi dengan kuat tanpa kawal. Beberapa kajian menyatakan bahawa mereka yang agresif, suka bertanding, suka mengawal dan mengarah mendapat keadaan bruxism ini.

4. Masalah fungsi Central Nervous System. Beberapa kajian membuktikan disfunction of central nervous system sebagai punca berlakunya bruxism seperti Huntington's disease dan Parkinson's disease (neurological disorder).

5. Ubatan dan dadah. Ubat antidipressant seperti Prozac dan Celexa, dadah seperti ekstasi dan kokaine dibuktikan memberikan bruxism sebagai kesan sampingan penggunaannya.

6. Susunan gigi yang tidak normal. Ia lebih dikenali malocclusion. Inilah salah satu sebab fizikal bruxism. Namun, ia masih dalam peringkat teori dan belum dibuktikan mana-mana kajian saintifik.

Faktor bruxism pada kanak-kanak:

Bruxism adalah keadaan yang biasa berlaku pada kanak-kanak. Namun keadaan ini akan hilang apabila kanak-kanak itu menghampiri usia remaja.

1. Perkembangan tumbesaran rahang dan pertumbuhan gigi baru. Untuk kanak-kanak bawah umur 7 tahun, gigi mereka masih dalam peringkat tumbesaran. Masa perkembangan gigi itu selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi mereka dan menyebabkan mereka mengunyah tanpa sebab. Teeth grinding semasa itu adalah respon badan terhadap perubahan dan perkembangan rahang kanak-kanak. Dan untuk gigi yang baru tumbuh, biasanya bruxism berlaku untuk membetulkan susunan gigi kepada susunan yang lurus dan betul. Biasanya keadaan bruxism ini berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang tersebut.

2. Marah dan tekanan perasaan. Seperti orang dewasa, kanak-kanak mempunyai perasaan dan merasai tekanan dan marah. Mereka turut mendapat kondisi bruxism ini.

Apakah rawatan bagi bruxism?

Setakat ini tiada rawatan khusus yang mampu merawat kondisi bruxism, namun kondisi ini dapat dikawal. Untuk mengawal kondisi ini, mereka yang mendapat bruxism ini perlu mengetahui punca sebenar berlakunya kondisi ini ke atas mereka. Berjumpa dengan doktor gigi adalah langkah terbaik supaya dia dapat melakukan pemeriksaan ke atas mulut mereka samada terdapat abnormaliti, kerosakan pada tisu, otot dan urat mulut. Kemudian doktor tersebut akan menemubual dan menyoal selidik samada mereka mempunyai masalah psikologi.

Biasanya masalah bruxism dapat diringankan dengan memakai mouthguard seperti yang dipakai pemain-pemain bola sepak mahupun sukan lasak. Mouth guard ini dapat mengurangkan kesan bruxism semasa tidur.

Lanjutan rawatan terhadap bruxism adalah berdasarkan puncanya:

* Masalah berkaitan tekanan perasaan - Mendapatkan rawatan psikologi daripada pakar psikologi. Muscle relaxant atau botulinum toxin dapat meredakan secara sementara otot rahang bawah daripada mengetap rahang, namun ia hanyalah jalan terakhir sekiranya rawatan lain tidak berakhir.
* Masalah berkaitan struktur dan susunan gigi - Rawatan ortodontik dan pembetulan permukaan occlusal boleh dilakukan.
* Masalah Neuromuscular dan otak - Rawatan gandingan antara doktor gigi dan doktor psikologi diperlukan untuk mengatasi maslah yang kompleks ini.
* Masalah berkaitan ubat. Doktor anda mungkin akan mengubah ubat yang perlu diambil kepada yang tidak mendatangkan bruxism sebagai kesan sampingan pengambilan ubat tersebut.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Serius weh. Aku takde tekanan perasaan!  huahuahua  (-.-')

So, Dokter Gigi dah buat appointment utk aku datang balik 17 Februari ni.

Huhu..patutlah tadi sebelum aku nak masuk jumpa Dokter Gigi ni tiba-tiba sakit perut..rasa cuak semacam.. Rupanya nak kena buat sesuatu... T_T

Lepas tarikh keramat 17 Februari nanti, setiap malam aku akan pakai mouth guard masa tidur..Lepas ni bolehlah bergusti ke main ragbi ke masa tidur..sebab dah pakai mouth guard macam ahli-ahli sukan..hahaha!

Hantu punya budak!


(contoh mouth guard)
jangan korang samakan aku dengan mamat bermisai-janggut ni sudah...huahuahua




your bruxers,




(thanks pakcik google sebab banyak membantu)  hahaha!

14 comments:

cik PU said...

nak beli ktne ye mouth guard tu?...teringinnyaaaa

missdicup said...

tak payah..nanti Dokter Gigi bagi..

T.T

LimauKasturi said...

hahaha..dah kawen nti camna kalau pakai benda alah nie???hahahaha!!!!jawab2..jgn tak jwb yer..

missdicup said...

takde masalah..boleh bergusti bersama-sama..~tet~


hahaha!

LimauKasturi said...

amboi2!!!bgusti yer..erm,tak sedap la nti pakai benda tu..~~tettttt!!!

:: aJa :: said...

dasyat sungguh faktor2x bruxers pada org dewasa tue..

hahaha..

nk teka jugak yg mae 1 faktor yg dicup kena..;p

no 1 ke no 2..hehehe

missdicup said...

cik limau kasturi:

pakai mouth guard la selamat nak bergusti..xla sampai berdarah2 gusi..tetttt~

Cik Puan Hajar:
Cik Pu ckp maybe no.3-agresif, tp I rasa no.5 kot..huahuahua (-.-') xdpt dibendung lg..

keh keh keh

niEna sHaLim said...

hahahaha...akhirnya...tau jugak mslh ko aper...i told u already lo...good action btw !!

soooo...lepas nie tlg la pkai mouth guard itu !!!

biar nnt bergusti selamat dunia akhirat !!!!!

teeeeeeeeeeeeeettttt =)

missdicup said...

ceh..haritu korang siap suruh aku jumpa pakar psiketrik ape kebala..buat cuak aku je..haha!

Mrs Nurul said...

bapak aku pun bunyi gigi dia kuat masa tdo woooo !


Check it out Entri Paling Best !
# Buat Banner Flash Dengan Adobe Flash CS3 !#
# # Lelaki Menyampah Tengok Perempuan Nangis !# #
# Dosa Orang Suka Melambatkan Solat !#

missdicup said...

Si lampu Neon :

nampaknya aku dah se-level dgn bapak ko la gamaknya ye..wahaha (-.-')

MarY_z said...

ok, a x yah google. baca sini jeh. thanx! LOL

Anonymous said...

Yоur current aгticle has proven
bеneficіal to us. It’s vеry informative and уou гeally аre cleaгly extremely
well-informed in this area. You have popped my pеrsonal eyes to be able to numеrous views on this topіc
along with intriquіng, nοtable and ѕound сοntеnt mateгial.



Feel fгee to surf tо my blоg; Xanax
My webpage - buy Xanax

Juliana Bakar said...

Nak tahu. Jumpa doctor gigi utk mslh bruxism ni mahal tak? Mouth guard tu mst mahal