Mana satu dulu?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hai hai hai..Rindu aku tak? Aku baru je sampai rumah -Rawang ni. Terasa rindu kat korang semua. Mari kita peluk cium. *tampar pipi sendiri*. Ok, kau jangan nak buat maksiat kat sini.

Next,

Terasa penat gila badan-badan sendi-sendi otot-otot. Setelah berhari-hari jalan tak hingat dunia. Rasa macam nak tercabut kaki-kaki yang ada. Penat bangun pagi buta tadi pun tak hilang lagi ni. Ok, aku tak tipu. Memang pagi-pagi buta tadi dah bangun. Pukul 3.30 pagi tadi dah bangun ye uolls. Sampai Airport Bandung pukul 4.10 pagi (waktu Indonesia). Yang lain-lain ahli keluarga aku sekarang ni tengah sibuk qadak tidur - membuta tak nampak dunia. Cuma mata aku sorang je yang takmau pejam-pejam. Aku pun tak tahu kenapa.

Dago Guest House, Bandung


Ok..
Mari kita lupakan kejap pasal trip pergi Bandung aku tu. Lain hari aku cerita satu-satu. Kita fokus dulu pada cerita Projek 14 Mac 2011 tu, boleh? Nak taknak korang kena angguk jugak - huahuahua...super giler kejam! (-_-'). Hmm..apa lagi yang aku tak cerita pasal Projek 14 Mac 2011 tu? Jom kita check.


1) MUA
2) Pakaian
3) Hantaran & Bunga tangan
4) Mini pelamin
5) Kad Jemputan versi perbincangan
6) Dan lain-lain.

Korang janganlah jemu baca entry-entry aku nanti ye..heehee! (-_-') Layankan aje!

Dan nak aku nyatakan kat sini, aku menulis semua-semua ni bukan atas dasar nak menunjuk-nunjuk / belagak ke apa. Aku menulis atas dasar nak berkongsi idea, nak buat koleksi kenangan sendiri dan jugak bukti untuk anak-anak & cucu-cicit akan datang (chewah!). Takde niat langsung nak ke arah belagak-belagak riak tu. Siapalah aku kalau nak berbangga-bangga, padahal aku hanya menumpang di bumi Allah, InsyaAllah.




Comments