Rumah sewa baru

As salam & hai semua,

Baru-baru ni aku dan Si Budak kecik tu ada pergi carik-carik rumah sewa baru, yang kunun-kununnya nak duduk lepas aku dan Cik Pu kahwin nanti. Budget aku untuk sewa rumah kali ni sangatlah ciput..hehe..kenapa? Sebab aku ada benda lain yang nak buat dalam masa aku dok menyewa tu. Aku budget RM300+ ke bawah saja.

Carik punya carik, round punya round, jumpa lebih kurang 3 buah rumah untuk disewakan area Bertam Putra ni. Ada rumah Fasa 2 area umah aku tu, tanya-tanya dia nak sewakan RM480+. Haish, mahal giler..aku sewa sekarang ni pun baru RM350 je..over budget! Ada 2 choices lagi tinggal. Dua-dua choices rumah kluster. Secara dasarnya, memang aku nak cari rumah area kluster. Biarpun kecik, tapi selesa untuk duduk 2-3 orang sudahlah kan. Yang paling penting, rumah tu mestilah dalam keadaan kemas.

Telefon punya telefon, ok deal! Ahad semalam tengok rumah. Keadaan dalam rumah tu kemas, sebab tak pernah orang duduk lagi sebelum ni. Ada 3 bilik kat tingkat atas. Tapi yang aku runsing sekarang ni ruang dapur dia sekali dengan ruang tamu. Makanya, takde chances langsung nak bagi alasan untuk taknak kemas dapur..huk huk! (-_-'). Takpelah, akan ku hias rumah itu menjadi cantik. (chewah!)

Tuan rumah sebenar kat KL Sentral - Pakcik Hashim, then dia amanahkan kunci rumah kat anak buah dia - En. Asri, which is duduk kat area Fasa 1 area sini jugak. So, kitorang deal dengan anak buah dia je lah. Mintak punya mintak, tawar punya tawar, dia kasi RM280+. Kitorang mintak postponed masuk bulan 9, atas alasan kesian kat Cik Pu bulan puasa takde perkakas segala nak masak sahur..haha..Alasan terbaik! Pakcik Hashim layan kan aje.

Balik rumah, aku dan Cik Pu fikir balik. Kalau Cik Pu yang masuk rumah tu dulu, dia kata dia akan boring. Dengan takde tv, lebih-lebih lagi Astro, dia tak boleh. Korang kena consider yang dia tu kaki bola, tapi kaki bangku..kih kih kih. Kes aku pulak, barang banyak gila. Memang kena pindah awal untuk memenuhi ruang rumah baru tersebut, sebelum Cik Pu letak barang-barang dia..hahaha!

Tapi masalahnya, aku fikir budget. Kalau aku masuk rumah baru, maknanya aku kena bayar sewa lebih RM100 daripada sewa rumah lama. Ini tidak adil. Makanya, aku perlu mintak penaja untuk menaja sejumlah wang RM100 tambahan pada setiap bulan. Anda fikir-fikir, siapakah penaja tersebut? hehe. Ye, penaja RM100 tambahan tersebut adalah Cik Pu. Binggo! Dia pun dah setuju dan kitorang dah mendapat kata sepakat yang aku akan masuk dulu. (Tak lupa jugak, Si Budak Kecik tu). So, lepas cuti raya ni aku akan pindah rumah baru. Bulan puasa ni lepas balik Tarawih dah boleh sibuk-sibuk mengemas barang..yahoo!

Ok, rumah sewa done!



Comments

dah tu nnt teah duk sorg la..huhu..kesian teha...ak bg no tepon ko kat kak faizah.die pun nk cari umah sewa.kot la ko dpt tolong mane yg patut..huhuhu..sori eh xmintk knbrn ko dulu bg no tepon tu
missdicup said…
@Syud : Kalau aku x pindah cepat, nnti tuan rumah tu carik penyewa lain..lagi haru. Lagipun rumah tu dah cantik dah, depan surau. Aku pun dah bincang dengan Teah, dia faham sebab aku dah nak kawen..yehuu!

Yang pasal Kak Faizah tu, InsyaAllah kalau dia perlukan pape aku tolong.