As salam & hai,
Semalam mungkin hari bersejarah bagi semua rakyat Malaysia sebab semalam ada perlawanan bola sepak antara Malaysia lawan Singapura kat Stadium Bukit Jalil. Bagi aku, teah & Si budak kecik Nadiah tu biasa-biasa saja kerana kami tengok tv versi hitam putih. Clear kalau dia zoom, pemandangan menarik lain ialah kepala-kepala pemain tanpa tak tahu bola di mana, yang kedengaran hanya suara Hasbullah memanggil-manggil masuk ke dalam tv tersebut.
Di sudut yang lain, Cik Pu dan kawan-kawannya berkobar-kobar dan berapi-api pergi menonton secara 'hidup' di Stadium Bukit Jalil. Sehingga ke satu sudut, kadang-kadang aku rasa macam nak marah pun ada. Apa sebab? Perempuan punya masalah..haha! terasa diabaikan. Mongok.
Lebih kurang 6 pagi, time aku sedap-sedap berdengkur dengan Budak Kecik, tiba-tiba bunyi telefon memanggil. Tanpa prajudis, aku angkat panggilan tersebut dalam keadaan mamai-mamai.
Hello?
Ha yang, kami accident.
Hah? Ok ok. (dan letak telefon)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Bangun pagi tadi, aku check semula received call.
Eh, betullah Cik Pu telefon pagi tadi.
Ceh, ingatkan mimpi.
2 comments:
muahahahahah lawak betull...mcm mana org yg accident tu? teruk ke?
@Sharon : Orang accident tu x teruk, kereta saja teruk.
Post a Comment