Akibat tengok bola (Part 2)


Salam Ramadhan semua,


Macam mana puasa? Setakat ni ok? hehe. Aku doakan semua dapat bertahan sampai pada masanya. (ceh,bajet macam kanak-kanak!). Ok ok. Berbalik pada tajuk entry kali ni. Sebelum ni kan aku ada cerita pasal Cik Pu telefon aku masa aku tengah tidur berkeruh-keruh dengan Si Budak kecik time 5-6 pagi tu kan. Ye, memang dia yang call dan dia memang accident. Bukan mimpi atau rekaan aku semata-mata. Tapi memandangkan aku tengah mamai-mamai dan mamun-maman, so aku macam buat tak heran je time tu. hehe. Sowi ye Cik Pu.

Ok, meh aku cerita kejadian sebenarnya. Ni berdasarkan pehaman aku dari penceritaan Cik Pu lah ye. Kalau salah, maafkan hamba. Al-maklumlah bulan-bulan puasa ni hamba selalu nyanyuk-nyanyuk sikit. (Even tak puasa pun, aku selalu nyanyuk jugak..keh keh keh).


Malam tu diorang kan balik dari tengok bola kat Stadium Bukit Jalil. Tak silap aku dorang balik lambat jugaklah, dalam pukul 2 pagi kot, kalau tak silap. Then dalam pukul 5 pagi tu yang accident tu. Masa tu diorang kat area Taiping. Sebelum tu ada keta accident kat lane kanan, then diorang cuba mengelak daripada keta accident tu. Maybe diorang masuk lane kiri kot. Tiba-tiba ada satu kereta BMW langgar diorang daripada belakang. Pemandu BMW tu lelaki India yang berstatus Datuk katanya, ntah aku pun tak tahu.



Mula-mula tu aku bayangkan sikit je. Bila aku mintak Cik Pu hantar gambar by email..fuhh! berdebar jantung aku. Nasib baiklah penumpang yang kat belakang tu takde pape. Alhamdulillah (-_-')


Picture #1 Kereta yang sedia ada accident (pandangan depan)

Picture #2 Kereta yang sedia ada accident (pandangan sisi)



Picture #3 Kereta Datuk India yang melanggar kereta diorang.


Picture #4 Kereta diorang



Picture #5 Kereta dihantar ke Workshop Juru


Aku cerita kat Puan Emak. Dia apalagi, mengucap panjang dan start membebellah. Siap cakap lagi, buat apa nak tengok jauh-jauh, tengok kat tv kan ada. Bla bla bla. Tapi last sekali diusuli dengan kata-kata "mungkin ni semua dugaan nak kahwin". (-_-'). ye, mungkin ini semua dugaan nak kawen. Dalam keadaan-keadaan macam ni, kita kena banyak bersabar.


Syukur Ya Allah mereka tak pape.


No comments: