Boboiboy 27 tahun


Hai semua & selamat malam.

Malam ni aku ada banyak benda nak cerita. Al-maklumlah sekarang ni ada laptop & broadband di sisi. Lagi pulak Cik Pu tengah main badminton, makanya bolehlah kita berjimba-jimba kat blog. Kalau tak, jangan kata nak berjimba, nak klik bukak blog pun tak sempat. Tak sampai 5 minit buat pape, Cik Pu dah call tanya buat apa. Aku kenalah jadi tunang mithali lagi berdedikasi..hahaha ptuuuih!

Ok ok. Bukan ini yang aku nak ceritakan. Kita bukak muka surat baru.

Buat yang tak tahu, 6 Sept 2011 (selasa) yang lepas adalah Besday Cik Pu yang ke 30? selepas digenabkan (haha..matilah aku kalau dia baca ni) Tapi al-malangnya time-time besday dia tu jugak aku jatuh sakit dan menyebabkan aku tak berdaya saing langsung untuk nak buat pape surprise. Jangan kata surprise, sambut pun tidak. Wish pun lambat. Reason aku : sangat tak larat ok. Dengan hidung berhingus, kepala berdenyut2, panas 1 badan macam badak. (erk?) Rasa macam nak mengamuk je time tu. Tahu-tahu malam tu dah tertido.

Disebabkan tu, aku terpaksa postpone segala plan yang dah dirancang rapi. Lepas 2-3 hari dah sihat tu, terus aku laksanakan segala2nya dengan Si Budak Kecik. Dia dah aku arahkan awal-awal lg supaya berlakon macam takde pape yang bakal berlaku. Bukan apa, Budak Kecik ni kadang-kadang dia membelot jadik kroni Cik Pu. Kadang-kadang tu tak dapat langsung aku nak buat jahat, cepat je mulut dia bagitahu Cik Pu. Ntah berapa Cik Pu bayar dia ntah..haih!

Malam jumaat tu, aku dengan Budak Kecik dah siap pakai cantik-cantik dah. Dalam kepala hotak aku nak culik Cik Pu pergi mana-mana kawasan pantai. Samada Pantai Bersih / Batu Feringgi. Fikir-fikir balik, takkan tiap-tiap tahun nak celebrate kat Pantai Bersih. Tahun lepas dah sudah. Tahun ni aku fikir biarlah jauh sikit. Batu Feringgi? Aku cuak sikit, takut sesat. Nak pergi jugak punya pasal, aku suruh Khairul Si Labmate aku tutor aku macam mana nak pergi sa
na. Kau dah duduk 3 tahun kat Penang, nak pergi Batu Feringgi pun kau tak tahu? (Aku jenis tak hingat jalan ok)

Cik Pu tak tahu langsung pasal benda-benda ni. Malam tu macam biasa, dia nak pergi main badminton. Ok ok, kau nak pergi main badminton, dipersilakan. Sebelum aku nak pergi culik dia tu, aku call bagitahu aku nak hantar nasik + lauk sikit. (hahaha! padahal apa pun tarak!). Sampai rumah dia, terus suruh dia naik keta. Aku kata nasik ada kat belakang, masuklah keta jap aku nak cakap sesuatu kat dia. Lepas dia duduk, terus aku pecut laju. Tak dan mamat tu nak tutup pintu..hahaha! Dengan muka terpinga-pinga tanya nak pergi mana. kesian.

Lepas dah round2 nak keluar kawasan rumah dia, dia bagitahu tak bawak wallet sume, ic takde. Haih bahaya betul budak ni. Terpaksalah aku patah balik. Aku bagi masa 5-10 minit je. Lambat tinggal. Kejam ok aku rasa. Lepas siap semua, aku kata kita nak pergi Seberang Jaya/ BM. Dia kata ok dan tak kisah. Malam tu Cik Pu terpaksa cancel badminton dia..hahaha! yes! yes! yes! *dengki..hehehe*

Bila lepas simpang nak masuk BM, Cik Pu dah dok heran2 dah. Nak pergi mana ni? Kalut-kalut tanya nak pergi mana-nak pergi mana? Aku sengeh-sengeh terus pecut masuk simpang ada signboard ke jambatan Pulau Pinang. Cik Pu pandang aku. "Kenapa tak cakap awal-awal? Saya tak handsome ni. Nanti ramai orang nak tengok saya." (-_-') Haih, perlu ke?

Masa kat sana tu aku dah kena berterus terang dah dengan Cik Pu. Kalau tak, aku yang nazak. Surprise-surprise jugak, kang sesat kang, surprise-nyeperise la kau sorang-sorang kat situ. Nak tak nak aku suruh dia jadi tukang baca signboard ke Batu Feringgi. Dalam pada ada orang dok bacakan signboard tu pun, aku boleh sesat lg. (-_-') Masuk ntah mana-mana kawasan perindustrian cina ntah.

Last-last sampai jugak walaupun mengambil masa yang "agak" lama. Masing-masing perut dah lapar, mata terus nampak KFC je. KFC pun KFC la, janji ada makanan. Cik Pu sepanjang perjalanan dok tanya mana nasik + lauk yang aku nak kasi kat dia tadi..hehe..kesian kesian.

Masa lepas beli ayam kat KFC tu, aku dengan Budak Kecik buat-buat tertinggal barang kat keta.
Ambik kek yang aku dah beli siap-siap tengahari tu, ambil hadiah yang aku dah bungkus cantik-cantik sebelum jumaat tu, cepat-cepat pergi tepi KFC. Nyalakan lilin atas kek, then dari luar kami usung kek yang bernyala api tu masuk dalam. Makcik & Pakcik melayu yang ada kat situ tersengeh-sengeh tengok kitorang. Nasib baik yang lain-lain tu foreigner. So, diorang tak pandang-pandang sangat macam orang kita.


Kek yang aku dah siap-siap beli kat Kepala Batas

Cik Pu masa tu aku tak tahulah apa perasaan dia. Terkejut ke? Ke dah tahu dah ada orang nak sambut besday dia? hahaha. Dari start nampak kek, muka kontrol macho tak habis-habis. hahaha!

Boboiboy 27 tahun (pakai baju nak pergi main badminton..hehe)



Nak jugak bergambar dengan ayam kesayangannya..haih


Excited norhh tiup lilin..menyemboq!


Master Mind dan Kroni Cik Pu


#Di kesempatan ni saya nak ucapkan Selamat Hari Lahir ke 27 kat abg. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Semoga perhubungan kita kekal hingga ke akhir hayat. Saya mintak maaf kalau selama kita kenal ni saya ada buat salah/silap/kenakalan yang disengajakan/tak disengajakan. Semoga abg jadik suami yang soleh. Love u!



Yang Ikhlas,


2 comments:

Anonymous said...

love u dearr....

missdicup said...

love u too!