Pre-Wedding session


Hai semua,

Hari ni tersangatlah penat. Ingatkan buat pre-wedding bodo-bodo je, rupanya penat gila! Rasa macam tak cukup je off half day hari ni. Tapi apakan daya, cuti & claim off aku dah tak berapa nak banyak sangat..so, redha sajalah.

Alhamdulillah hari ni semua bjalan lancar. Cuaca cantik, suasana nyaman, mood baik. Asik kena suruh gelak je dengan Abg Nazri..jenuh aku kena tunjuk gigi. Cik Pu takpelah, dia memang dah selalu gelak orangnya..hai tak tahu la macam mana rupanya gambar aku tu nanti..hehe

Pape pun, tengok la dulu gambar di sebalik tabir yang Budak Kecik dah amik.



Buat masa ni aku tempek sekeping je la dulu eh. Next entry maybe lebih sikit. Motif? Aku dah penat gila ni. Malas la pulak nak edit kasi kecik sikit saiz dia. Ni pun main bantai upload gambar saiz besar, berkurun lama aku tunggu dia loading..hohoho..

Ok. Callo bette. Aku nak tdoq!



Comments