Kad kahwin (Exclusive)


Assalamualaikum wbt & hai semua,

Seperti yang semua tahu, bulan depan aku akan kahwin. Tak lama dah kan? Tak seperti orang lain, aku tak tempah kad kahwin kat kedai macam orang lain. Sebab? Tunang aku aka Cik Pu kan designer. Oleh itu, kita serahkan pada yang pakar. (kurang kerja, ok..hehe). Dan disebabkan kenduri kami tak lama lagi, kad tu Cik Pu dah mula design & printing. Sebenarnya dah lama dah dia design, tapi bak kata dia hari-hari mesti ada idea baru bercambah-cambah. haha. Semangat betul alasan dia.

Setelah berbincang2 dengan kedua-dua family, kami decide akan print 2000 keping kad. Belah aku 1200 keping, belah lelaki 800 keping. Rasa macam banyak gila la pulak. Tapi tulah permintaan Puan Emak. Dia mungkin ramai kawan kot..hehe. Ada sekali dia cakap kat aku, bagilah 1000 keping kat mak, kau amik 200 keping". Woo woo sape yang nak kahwin sebenarnya ni? haha.

Dalam pembikinan kad kahwin ni, aku serahkan 97% kat Cik Pu. Yang selebihnya aku just komen2 mana yang patut. hehe. Sonang kojo eden kan. hehe

Depan


Belakang



Eden kan student..haruslah kena kurangkan kojo..hehe


(Tajuk Exclusive : Selain aku & Cik Pu, hanya orang yg boleh baca blog ni je yang dah tengok design kad ni)

Comments

naem othman said…
perghhh...ktna ni wat ni..nk tempah gak laaaa...lalalala
nurulshahfiza said…
nak kena gie kenduri mana nie?
missdicup said…
Naem Othman : ceh..angkat tong sendiri nampak :p

Kak Nurul : Ofkos dua2! hehe