Save the date






Video save the date - stop motion ni Cik pu yang buat. Aku tukang tengok hasilnya saja :) (nampak sangat tak menyumbang langsung kan? heh!). Video ni boleh jugak dibuka kat sini :



Dengan ini, sukacitanya kami (mewakili aku & Cik Pu) ingin menjemput saudara / saudari seisi keluarga hadir ke Majlis Kenduri kami pada :


Pihak Perempuan
Hari : Ahad
Tarikh : 27 November 2011
Bersamaan : 1 Muharram 1433H
Tempat : Rawang, Selangor


Pihak Lelaki
Hari : Sabtu
Tarikh : 17 Disember 2011
Bersamaan : 21 Muharram 1433H
Tempat : Alor Setar, Kedah


Semoga dengan kehadiran serta doa restu kalian akan menyerikan lagi majlis kami disamping mengeratkan lagi silaturrahim dan tali persaudaraan antara kita, InsyaAllah.

# Bagi saudara / saudari yang nak kad, sila bagi nama dan alamat anda bagi memudahkan proses penghantaran. Jangan lupa coretkan sesuatu kat "Guestbook" kami nanti ye!



Terima kasih.



2 comments:

Ren said...

Huaaa canggihnya video! Kagum sat.... Congrats! Semoga kekal hingga ke akhir hayat!

missdicup said...

terima kasih Rn. Janggel :)

Kalau bkelapangan, mailah ye kenduri kami...kad saya dah hantar :)

kalau nak menembak pun, dialu-alukan..hehe