Akhirnya...


Hai semua,

Alhamdulillah selesai semua majlis Akad Nikah & Kenduri belah Rawang. Terima kasih banyak-banyak kat kawan-kawan yang sudi datang majlis kami walaupun banyak kekurangan dalam majlis tu..Terima kasih jugak yg tak terhingga kat kawan-kawan susah senang masa majlis tu..Niena, Sharon, Syud, Ila...Kalau diorang takde, tak tahulah macam mana agaknya, mahu haru biru aku sensorang. Akulah pengantin, akulah tukang jaga kek, akulah pengapit, akulah tukang gubah sireh, akulah tukang cucuk bunga manggar, semua aku..HAHAHA. Nasib baik ada 4 orang kuat tu..


Hari ni masuk 6 hari dah jadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Sang Suami. Alhamdulillah bahagia & indah rupanya bila kita dah berkahwin ni. Nikmat dia lain sangat sebelum kahwin. Cik Pu pun cakap macam tu jugak. Nikmat dia bukan atas katil semata-mata tapi nikmat diimamkan, makan berjemaah, kerja berjemaah, jalan2 berjemaah, semua berdua je... :) Orang pun tak pandang serong, kita pun tak rasa bersalah. Serius rasa nikmat dia lain. Yang tak kahwin lagi tu, cepat2lah ye..aku seru..HEHE

Tapi part yang sedihnya bila Cik Pu dah terpaksa berangkat balik ke Kedah atas urusan job photografer part time dia..huaaa..meraung jugaklah aku bila ditinggalkan. HAHA. Padahal brapa hari je pun berjauhan, saja nak buat Drama Queen. Siap tidur kena ada baju Cik Pu ni. Yelah, lepas kahwin kan aku terus ada kawan sekatil, tiba2 lepas beberapa hari takde. Tak ke meroyan aku sekejap...HAHAHA. Bongek!



Oh, lupa nak bagitahu. Gambar-gambar yang korang tengok ni gambar daripada OP kami, Encik Khairi Che Rus. Aku & Cik Pu puas hati sangat dengan service & hasil gambar yang dia buat. Masa kami amik outdoor pun, dia yang beria-ria bagi feel la apa. Dia siap cakap "aku tak rasa feel lagilah amik gambar korang ni". Wallawei, padahal aku yang melancholic ni pun dah rasa macam-macam aksi dah kami pose.. Gila terbaik la mamat Khairi ni! Mana nak carik photografer macam ni? (https://www.facebook.com/khairi.cherus)

Oh, lagi satu benda yang PALING aku puas hati adalah Guestbook & Hand Bouquet (HB) Button tu. Seperti yang dijangka, mesti ramai yang berminat dan nak HB tu. Heh heh, Takkan aku nak kasi terus kan? Aku sayanglah..kalau nak pinjam, bolehlah. Kalau nak terus...hmm..mungkin tak bolehlah kot..aku nak buat gubahan dalam pasu / nak sewakan kot? (tak sure lagi) kena bincang dengan Encik Husband dulu macam mana. Kot dia nak pakai buat props photography dia kot? - untunglah customer dia kan..tu nanti kita cerita lain.




ok. setakat ni tu je dulu..nanti-nanti aku review lagi. Papai!



6 comments:

Sharon said...

so pretty and so handsome! made for each other bebeh!

missdicup said...

thank u sharon..thank u so much for the compliments, helped etc..I am so glad to have friend like u...

niEna sHaLim said...

wow !!! keSERUan itu mmg tiada tanda tandingan nyer ok...hhaha jgn gila meroyan uolss...releks2...i like berjemaah imamah itu...smoga bahagia selalu uolss...xDD

missdicup said...

uooolss semua I seru kahwin cepat...hehe

Sharon said...

awat duk uolsss uolsss...tak leh ke cakap lain...kelakar lar!

missdicup said...

Hai uooollls Sharon, u kena biasakanlah..hehe