Nur Hanina Shalim


Hai semua,

Sementara menunggu gambar2 wedding aku di-edit oleh Cik Pu, aku akan keluarkan story lain dulu. Kalau nak bercerita pasal wedding hari tu, better dengan bergambar, senang sikit nak faham. Kurang sikit kepala otak korang bekerja nak berimeginasi. HAHA. Oh, ya. Sementara Cik Pu pergi main badminton, mari kita berjimba-jimba sedas dua dulu kat sini. Kang kalau Cik Pu balik, mesti dah tak sempat punya, banyak agenda lain..HAHA

Hari ni, entry ni khas untuk : Nur Hanina Shalim. Hai Nina!



Semalam kami jemput Nina datang rumah. Celebrate berita gembira dia. Mungkin bagi dia gembira, tapi aku rasa bagi orang sekeliling dia ada sedikit sedih. Bukan dengki ye kawan-kawan, tapi ini kenyataan. Dia tu lain orangnya. Rugi kalau kehilangan seseorang yang berdedikasi macam dia. Sabtu esok, dengan officially-nya dia akan berangkat balik hometown dia, dapat transfer ke Seremban.

Aku dengan Nina dah lama kenal. Kalau tak silap, sejak dari Tingkatan 2. So, kalau nak kira-kira dah 13 tahun kami kenal. Masa Form 2 tu, aku budak asrama dan dia budak luar (means, dia ulang-alik dari rumah ke sekolah). Biasalah kan, budak asrama..mana ada bajet sangat nak makan masa time rehat. HAHA. Bukan tahu guna duit nak belanja makan, sibuk simpan nak pergi berjoli masa outing sabtu ahad. So, masa time rehat kat sekolah, Nina lah yang selalu belanja aku makan time rehat tu. Oh, bila ingat balik, malulah jugak..Tapi, apa boleh buat? Budak asramalah katakan...hehe (-_-')

Pastu masuk Form 5, Nina masuk asrama. Ntah macam mana ntah, ada satu time tu kitorang dituduh jadik spy warden. Padahal kalau siapa-siapa kenal aku, sifat aku totally bukan macam tu. Bagi aku, apa kau nak buat, kau buatlah. Asalkan kau tak menyusahkan aku. Ntah macam mana ntah, puak-puak 'ala-ala punky' budak asrama ni tuduh kitorang. Mentang2lah kitorang masa tu AJK Tertinggi Asrama, suka-suka je kan kau menuduh. Masa tu, semua budak2 aspuri form 5 sekepala. Walaupun ramai, tapi kami satu puak je. Then, bila kitorang 2 org kena tuduh macam tu, suddenly puak yang ramai ni pulaukan kitorang tanpa kitorang tahu apa sebabnya.

Sedih tu memang sedihlah. Siapa tak sedih kalau tiap-tiap malam kau selalu pergi kelas malam ramai-ramai dalam 9-12 orang, tetiba semua orang tu takde. Tinggallah aku & Nina terkontang kanting sorang2. Nak pergi kelas malam pun tak tahu kat mana sebab semua orang tak roger kitorang. Tak ke sedih macam tu? Then, masuk-masuk kelas malam tu, semua orang buat tak tahu je. Budak-budak aspura siap perli-perli : mulut tempayanlah, spy-lah. Then ada sorang kakak cerita kat aku, baru aku tahu punca sebenar. Cet...tak munasabah betul fitnah tu! Pastu aku dah tak ingat dah apa yang jadi..Tapi, yang aku ingat, kes tu settle.

Then, tiap-tiap kali sabtu/ahad outing, aku akan merayau2/tumpang tido rumah Nina..Al-maklumlah, aku kan anak perantauan, rumah di Selangor, sekolah kat N9. Ada satu hari tu, masa tu Nina dah tak duduk asrama. Then ada part yang kat bangunan sekolah/asrama langsung takde air dan budak asrama dibenarkan balik. Aku ni dah siap-siap dah pilih kawan mana yang aku nak ikut balik. Tak silap aku, aku on the way dah kot pergi rumah kawan aku sorang tu, Chem nama dia kalau aku tak silap. Lepas2 balik dari rumah Chem tu, ada orang bagitahu aku, Nina & Ayah dia dah datang asrama nak jemput aku, tapi aku takde.... Rasa macam aku ni part of their family kan... :)

Tapi, bila lepas Form 5, kitorang dah ada gap sikit. Dia still stay kat sekolah tu amik Form 6, aku ke pra-sains UiTM Kuala Pilah. Tapi time ni kadang-kadang tu aku melepak jugak balik rumah dia..HEHE. Then lepas aku dapat masuk UiTM Jalan Othman, terus kurang jumpa. Tahu-tahu dia jadik BEST STUDENT Form 6. Lepas dia masuk UPSI, aku dah pergi praktikal kat Ipoh. Masa tu, ofcos lah masing-masing dah ada kehidupan sendiri kan. Ada time sendiri, ada kawan-kawan sendiri. Tapi, kalau dia ada masa, kadang-kadang dia datang rumah aku yang kat Rawang even aku takde kat rumah. :) Oh ya. Dia panggil Puan Emak pun 'Mak' dan Encik Ayah - 'Ayah'. Terasa macam ada kembar la pulak. HAHA.


Then aku posting kat Penang. Tahu-tahu 2 tahun lepas aku kerja penang, dia posting kat area Penang jugak, Bukit mertajam. Memang berjodoh. HAHA. Kalau aku rasa nak hang out ke, boring-boring ke, aku terus roger Nina. Same goes with her. Kadang-kadang, kalau aku bergaduh dengan Cik Pu masa bertunang dulu pun, aku lari melepak pergi rumah dia. HAHA. Nasib baik jugak dia nak pindah, kalau tak...mesti rumah dia dah jadik port terbaik untuk lari kalau berperang dengan Cik Pu lepas ni. HAHA.

.....Dan banyak lagi cerita aku dengan dia. Cerita dia dengan Apark...HAHA. Macam-macam kenangan. Dan aku rasa, disebabkan tulah dia terpilih menjadik pengapit terbaik yang aku pernah ada. :)

Masa dia bagitahu aku berita gembira dia nak pindah semalam, aku cakap dengan Cik Pu. Terasa macam sedih sangat. Rasa macam kehilangan seseorang. Cik Pu cakap, nasib baik aku dah kawen, tak terasa sangat...kalau tak, mesti aku kesunyian.....cet!



Kepada Nina,

Semoga kau berbahagia kat tempat baru. Kami doakan kau ceria & sihat selalu. (walaupun Cik Pu pergi main badminton, aku wakilkan..HEHE). kalau dah dapat berita gembira, bawak jejaka tu jumpa aku dulu, aku nak tapis. HAHA. kalau ada apa-apa, contact2 la ye..Mungkin Penang - N9 jauh, tapi kau tetap dihati aku. T_____T Thanks for everythingss.




Comments

niEna sHaLim said…
salam...
1stly agak terkujat yea apabila ada entry atas namaku...hahaha btw thanks too for everything..yg tak pasal ada nama apark pehal?? hahaha dah lupa aku si jejaka itu...hehehe ermm..time kasih atas pertolongan slama nie..for your information U ARE MY IDOL..xD aku masuk Uni pun berinspirasikan kau...hehehe pnjg citer eh..t kang tak abes lak baco..siap leh ngs lagi t...hahaha time kasih sgt2..i love uuuuuuu...**sorry cik pu..xD
missdicup said…
hahaha...Apark...jejaka pilihan dulu2..hahaha

xpe, Cik Pu tak marah..(aku wakilkan)

hehe :)