Hasil Baucer RM200


Hai kawan-kawan,

Malam ni hujan tetiba lebat ye. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya sejuk sikit nak tido malam ni kan. Macam tahu-tahu je aku nak cerita pasal baucer Buku RM200 yang dah habis mengalir macam air tu..hehe. Jangan macam ada orang tu, sampai hati dia mengutuk aku dalam diam...cis!



Cis! Cis! CIs! Tahu2 je ada status ni kat FB. Ok, takpe. Ada lori ada bas, ada hari kita balas..hahaha *tanduk panjang. Tanpa menghiraukan status FB kat atas tu, mari kita tengok sesuatu yang mengembirakan.....barang2 yang aku bawak keluar dari Popular dengan kadar tambahan bayaran sendiri RM5.90 :)




Muka gembira keluar Popular


Inilah hasilnya....



Kita kasi zoom in skit...


Barang2 bertuah tersebut:

1. Stapler besar
2. Puncher besar
3. Stok kertas A4 putih - 2 ring
4. Stok pensil mekanikal
5. Gunting besar
6. Pisau besar
7. Letter case
8. Sticky notes
9. Sharpener
10. Stok gam
11. Stok highlighter
12. Stok pembaris

Semuanya aku beli buat stok. Cuma, list buku Cik Pu yang aku ingat nak bagi hadiah hari tu, tak kesampaian la pulak. (T_T) Kesian kat dia. Tahu-tahu je total amount dah nak sampai limit. Next baucer kita borong ye abang..



........tu pun kalau ada baucer free lagi la....hahaha!

(balasan terhadap orang yang kejam)


Comments