MC Bulan Ramadhan


Assalamualaikum semua,

Semalam tak pasal-pasal je aku dapat penyakit cirit-birit + muntah-muntah 2 hari 1 malam. Macam pakej pulak gamaknya. Ni semua gara-gara Cik Pu la ni. Nak beli sangat bergedil kat bazar Kepala Batas (Kedah), padahal minggu sebelum tu, hari-hari aku duk buatkan bergedil kat dia. Dia kata tak puas, dia nak lagi. Rumah tok takde sapa nak buat bergedil..haih..Sekali, haa. amik ko..dua-dua orang kena cirit birit.

(gambar hiasan)

Cumanya Cik Pu kena sekali je, tang aku kena nak dekat 5-6 kali sehari..siap muntah 2x, angin berombak2 dari lepas subuh sampai petang nak bukak puasa tu. Hari Ahad tu aku gagah la lagi puasa, sampai hari Isnin, lembik jadinya. Kadang-kadang sambil baring-baring pun, "dia" keluar tetiba, tak sempat nak pergi tandas..haha.. Atas nasihat Dr kat IPPT ni, aku terpaksa la bukak puasa dan dapat MC sehari. Tang dapat MC ni yang paling aku gembira sekali..Tidur la jawabnya seharian di rumah semalam :P Sampaikan makan tengahari pun Cik Pu balik rumah tolong masakkan..eheh =)

Hari ni....macam terasa saki baki cirit birit tu masih ada lagi, tapi nasib baik sekali je pagi tadi. Dan nasib baik sempat berkejar ke tandas...Kalau tak, balik rumah tukar seluar la aku....eheheheh!  :P

So, berhati-hatilah ye kawan2 semasa nak memborong di Bazar :)


No comments: