Salam Perantauan


Assalamualaikum semua,

Sebelum korang2 semua balik kampung, kami nak buat ucapan salam perantauan skit..hahaha!



Balik kampung nanti drive hati2. Biar lambat, asalkan tak kena speed trap :P
Pape pun, kami suami isteri + anak dalam perut yang berusia 7 bulan ni nak mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai ada terkasar bahasa dan tersilap perbuatan samada yang sengaja / tak sengaja.

Kepada Puan Emak & Encik Ayah, anakandamu mintak maaf kerna tahun ni tak dapat balik beraya bersama...
uhuk! uhuk! uhuk!


Iftar bersama kawan2 (Part 2)


Assalamualaikum semua,

Ok, setelah habis cerita Iftar bersama kawan2 (Part 1), mari kita sambung Majlis Iftar Part 2 yakni sesi belah Cik Pu pulak :D. Nasib baik ada 2 sesi je, kalau tak jenuh nak buat Part 1, Part 2, Part 3..huehuehue. Agaknya tunggu ada anak nanti, ada la Part 3 - Cerita Iftar anak bersama rakan-rakannya...hahaha!

Iftar sesi belah Cik Pu ni berlangsung kat Titi gajah, Alor Star. Dekat2 area Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Yang datang semua kawan-kawan Cik Pu. Eh, of course la kawan-kawan Cik Pu kan, dah tentu sesi belah dia. Kang tetiba klu kawan2 sekolah aku macam pelik la pulak, aku kan muda lagi..hahaha! Tapi, kawan-kawan Cik Pu ni dah macam kawan-kawan aku jugak - gelak kuat2, melawak kasau tak hingat dunia, kena-kenakan kawan-kawan lain (terutama Cik Pu la mangsanya)..haha!


Cik Pu takde dalam gambar, nampak macam aku dan ex-senior2 sekolah..haha!


Restoran ni tepi jalan je yuolls..angin pun sepoi2 bahasa :D


Amet - Si organizer ini Iftar..

Harga aku tak tahu berapa semuanya, so takleh la nak reveal kat sini. Tahu2 Si Amet dah pergi bayar. Cik Pu just hulur RM50 kat dia. Berbaloi2 jugaklah, sebab makanan pun banyak - ada ikan masak stim 2 ekor, ikan masak masam manis 2 ekor, sayur khailan, sotong masam masam manis, telur dadar, tomyam 2 mangkuk besar, air fresh oren berjug-jug. :D

Lepas makan & solat terus pecut pergi Expo area Yawata, Jitra. Hajat di hati nak carik baju raya, tapi takde yang berkenan..so, kami sambung lepak makan-makan chaw kuey tiaw kat situ. :)


Iftar bersama kawan2 (Part 1)


Assalamualaikum semua,

Sebenarnya Majlis Iftar bersama kawan2 ni dah lama berlalu, yakni Jumaat & sabtu yang lepas. tapi, saja aku peram biar jadik pekasam..hehe. Salahkan Cik Pu kerana setiap kali aku mintak gambar dia bagi macam2 alasan. (Raya ni saya baru mintak maaf ye abg..hehe). Ramadhan tahun ni upacara Iftar kami ada 2 sesi - satu sesi belah aku dan satu sesi lagi belah Cik Pu. So, makan pun puas hatilah kan. Ada 2 tempat yang berlainan untuk di-try dan di-compare.

Iftar sesi belah aku bersama2 labmate. Tempat : Reez Buffet Steamboat and Grill, Sungai Petani. Hari Jumaat hari tu. Lebih kurang 13 orang kami termasuk spouse dan anak2 mereka. (Anak2 aku masih ada dalam perut..haha). Mostly makanan2 kat sana boleh dikategorikan rare la bagi aku. Yelah, aku mana pernah jumpa siput buluh. Apa lagi, bedallah sampai kenyang. Cendawan2 dorang pun banyak jenis, ada bulat2, panjang2, hitam2, putih2, jenuh nak makan. Harga pun boleh tahan - hanya RM23.90 / head bagi dewasa. Kanak2 free. Makanlah dikau sampai pukul berapa pun yang dikau nak. Makanan pun banyak pilihan - ada 90 jenis kesemuanya. Siap ada daging kambing bakar fresh2 lagi. :)

Nak tahu lebih lanjut? sila pergi reezbuffetsteamboatandgrill.blogspot.com
atau call : 04-4412841 / 019 4914709


4 dah berfamily + 2 orang masih bujang  :)


Pizet dan family...bakau jangan tak bakau... :D


Pemakan daging kambing bakar tegar...hehe


bluuurrp...selepas makan. Perut masing2 dah ke depan..hehe


Sisa-sisa penghabisan



Ok, Iftar sesi belah Cik Pu kita pergi Part 2 pulak la ek. Panjang sangat pulak dah entry ni.. :D



Raya di mana?


Assalamualaikum semua,

Sadis dan dramatis rasanya bila membayangkan tahun ni aku tak dapat balik beraya dengan family sendiri. T_T  Tapi memandangkan aku ada plan lain, aku redhakan aje..uhuk uhuk. Plan lain? Apa tu plan lain? HAHA InsyaAllah, kalau ada rezeki aku & anak dan kalau diizinkan Allah, aku nak bersalin kat Rawang. kui kui kui. Dan dapatlah kiranya kita beraya haji di sana nanti...Tapi tu la kan, tu plan awal aku je la dulu. Terlaksana atau tak, kita kena tunggu habis Ramadhan ni, Puan Emak baru boleh confirmkan dengan Tabung Haji - samada dapat pergi Haji tahun ni atau tak...huhu

Memandangkan tahun ni kami buat pertama kalinya beraya berdua (berdua setengah sebenarnya :P ), so persiapan pun mestilah bersama. baju pun nak colour sama-sama. Tak maching, tak mau beli. Nasib baik ada lagi. huahuahua. Almaklumlah beli di saat2 akhir..Kalau tak, di pagi raya nanti sorang pink dan sorang coklet la gamaknya..huehuehue. Alhamdulillah baju raya melayu almost done. Beli pun sudah, basuh & rendam dengan softland pun sudah. Cuma nak iron & pakai je nanti..Iron pun tengoklah nanti, kalau rajin...huahuahua. :P


...InsyaAllah...


Assalamualaikum semua,

Sebenarnya banyak benda nak cerita. Tapi memandangkan raya pun dah nak dekat, masa pun sangat2 suntuk, gambar pun Cik Pu tak bagi2 lagi kat aku, aku tangguhkan dulu cerita2 lain...(banyak betul alasan ko kan..  ;P) 

Dalam pada sibuk2 mengandung, belajar, kerja, nak raya dan sebagainya, Alhamdulillah...rezeki kami datang mencurah2 setelah penat mencari2. Dan mungkin jugak tertulis rezeki untuk anak2....  ;D


(Ini bukan gambar rumah kami)



Alhamdulillah Ya Allah...
Semoga segala proses2 lepas ni menjadi lancar & smooth seperti yang diharapkan....  :D
Kawan2, doakan kami ye :)



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey



Tag Terima Kasih

Assalamualaikum semua,

Semalam nasib baik tak payah masak sebab kat tempat kerja kami ni tetiap petang ada sediakan juadah berbuka free. Dan petang semalam juadahnya nasik beriani + lauk ayam + dalca. Oh, barang free memang aku SANGAT SANGAT suka ;P  Dah la free, sedap pulak tu kan. Lagipun, rezeki jangan ditolak. Jimat dah belanja 1 hari kami..hehe

Disebabkan tak perlunya tenaga memasak, aku telah menyalurkan tenagaku ini ke tempat lain..jeng jeng jeng. Apakah? hehe :D Isteri Cik Pu yang baik hati lagi budiman ini telah menolong suaminya mengunting stiker tag terima kasih untuk customer suaminya (sila jangan muntah..haha). Oh, kerjanya sangat tak remeh, cuma memerlukan daya tenaga tangan yang luar biasa sajalah, lebih-lebih lagi pregnant women bekerja di Bulan Ramadhan yang mulia ni kan. Makanya haruslah kita mintak upah yang lumayan.. haha :D

Tanpa membuang masa lagi, marilah kita cuci-cuci mata melihat hasil design, printing, dan guntingan kami berdua :P         (......guntingan...?)


Stiker ni akan digunakan untuk lekat-lekat kat produk customer ni.
Ni bentuk Scallop 2.25" x 2.25"



Selain lekat-lekat kat produk, stiker ni jugak boleh digunakan untuk lekat2 kat goodie bag sebagai tag terima kasih  :D
Mudah - Jimat - Exclusive - Comel



Selain jenis scallop tadi, macam-macam design, bentuk & saiz boleh tempah. Sebab suami saya kan designer  :P
Kalau yang macam ni empat segi saiz 2" x 2"



Dah macam coklat pulak aku tengok.....haha  :D


So, sesiapa yang berminat nak tempah untuk produk korang ke, untuk dijadikan sebahagian doorgift ke, untuk lekat-lekat kat mana-mana ke, untuk apo-apo yo lah...boleh email kat aku ye. 
Aku agen kepada suamiku...Tiada bayaran tambahan akan dikenakan...hehe :D

missdicup_o7@yahoo.com.my