Booking kambing


Assalamualaikum semua,

Hari ni aku nak lunaskan lagi satu entry untuk Cik Pu yang jauh di perantauan mencari rezeki tu. Takpelah sesekali kita bagi chances kat dia kan..duduk jauh dengan bini la katakan..macam2 permintaan dibuatnya..hahaha  =P

Ok. Back to the topic, hari Ahad yang semalam semalam, lepas je Puan Emak-Cik Pu-Encik Ayah-Aku & Irdina Zara plan nak buat Majlis Bercukur Jambul, Akikah & Kesyukuran, kami terus naik kereta pecut menuju ke Sg Buloh utk menyelesaikan misi utama........mencari kambing!


Mudah je nak carik tempat ni sebenarnya..
Kalau keluar dari Tol Utara-Selatan tu, first traffic light amek kanan, pastu traffic light ke-2 pun amek kanan jugak. Dalam 300 meter ke depan, jumpalah signboard ni belah kanan.....!


Kat belakang aku tu la kandang kambing...(tutup hidung sikit)


Puan Emak tengah menengok2 kambing untuk Akikah nanti..


Nama pun Ibu tengah berpantang..makanya, berehat sekejap kat Pejabat urusan dorang...


Teruja aku menengok kambing biri-biri  =D


Kambing-kambing pun pandai beratur...apatah lagi kita kan?  =P


Kambing yang dah cukup dewasa untuk disembelih


Sesi pemilihan kambing terbaik di Malaysia untuk Irdina Zara... =P


Kambing yang terbaik tersebut di-spray cat merah kat tanduk dia, tanda dah di-booking oleh kami....!


Oh...selain kambing, banyak lagi binatang2 lain yang ada kat situ....dah macam zoo dah aku tengok.
Bak kata Cik Pu, "tak payah pergi Zoo Taiping dah la..kita pergi sini je. Free pun free..." 
cet!
(Burung unta & Rusa)


Kuda


Iguana - Bapak besar...huk aloh mu!


yeeaaaaaa.............ular pun ada...



So, sesapa yang berhajat nak carik kambing ke, lembu ke, biri-biri ke, rusa ke, burung unta ke, kuda ke, atau pape jelah kan..bolehlah contact dorang :

Sungai Buloh Farm
Lot 115-F, Kampung Melayu, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
03-61569383 - Office (Waktu Pejabat)
012-2022982 - En. Azlan
012-2192380 - Hj Mohd Rosli
012-2031275 - En. Zulkifli Amin Muhammad


Oh, tak lupa jugak...
Terima kasih Cik Pu atas ehsan jadik photographer tak berbayar pakai handset cabuk saya...Love u!

Comments

Mrs Lurve said…
RM bape ye sekor kambing dkt sana?
missdicup said…
ikut gemuk ke kurus kambing tu..tapi rate dia dalam RM700-RM800.

Kalau nak mintak siap masak pun boleh..tambah RM250..

:)
Anonymous said…
love u took