hari ni..10.11.12


Assalamualaikum semua,

Hari ni tarikh yang sangat cantik ye kawan-kawan. Ramai sungguh yang kawen / kenduri hari ni. Cuma aku je takleh nak pergi. Almaklumlah, orang dalam pantanglah katakan...pantang tengok makanan..kui kui kui

Hari ni jugak adalah hari yang baik, dimana Wan (yakni mak kepada Puan Emak), maklong dan paklong aku baru balik dari buat Haji. Welcome back semua.. :)  Kalau diikutkan, Puan Emak pun pada asalnya tergolong dalam golongan pergi haji jugak, tapi last2 bila aku trace samada Puan Emak dapat ke tak kat Tabung haji, result dia x dapat..Hajat di hati Puan Emak nak jadi pengiring Wan la...tapi Allah lebih mengetahui mana yang terbaik kan?

Dan disebabkan Wan dan orang2 yang menjemput Wan singgah umah aku semalaman, Kami pun membedak barang Wan apa yang patut....kehkehkeh...tak senonoh betul cucu2 Wan.. =D



tudung Mekah comel

Oh...hari ni dah hari ke 21 aku berpantang. Lagi 23 hari lagi...Dan hari ni first time aku makan nasik berlaukkan ayam masak lemak cili api..selama ni, kalau tak ikan haruan, mesti ikan tenggiri. Baru terasa kenikmatan ayam yang sebenar.......uhuhuhu!



Comments