Review : Breast Pump




Assalamualaikum semua,


Hari ni aku berhajat nak buat review breast pump yang aku pernah ada dan pakai. Ni review dari perspektif aku la kan..lain orang, lain pendapatnya...ye dak? Breast pump yang aku pernah beli & pakai adalah Avent Manual Pump dan Madela Swing.


Yang Avent ni aku beli dari start aku mengandung 3 bulan lagi. Punyalah excited. Tak tanya2 orang dah..tengok online, macam murah..RM150 termasuk postage..terus beli. HAHA. Padahal, ramai je mommy yang bf kat tempat keja aku tu kan. (-_-)'  Bagi aku, kalau nak buat spare time2 terdesak / emergency ok la..Tapi kalau nak guna 2 jam sekali mengepam..alamatnya tercabut la Cik B kamu..haha. Nama pun manual kan. So, dia takdelah belai stimulate bagai Cik B kita lembut2 macam pam elektrik tu. So, terasa sakit la sikit..

Masa mula2 aku pakai pam ni, hari ke berapa pantang entah. tak ingat. Pasrah je la. Sampai bengkak jugak la Cik B aku..Tapi apakan daya, masa tu dah berat sangat dengan susu. Nak taknak pakai la jugak. Baru pam 10 minit macam tu, dah terasa sakit. So, aku sabarkan je la. Tak tahulah aku salah pakai ke apa kan. huhu. Pastu terus ajak Cik Pu carik pam elektrik (aku spot brand Madela) kat area Bukit Beruntung, tapi tak jumpa pulak....Ohhhoi..




Then, Fiza Hassan & family datang rumah mak bapak aku kat Rawang ni. Pastu dari dialah aku kirim Pam Elektrik Madela Swing ni. Selain tolong belikan, dialah orang yang me-recommend-kan aku dengan pam ni atas pengalaman dia. Terima kasih Fiza!

Pam ni ok sangat dah bagi kegunaan aku. (kalau dibandingkan dengan pam manual Avent tu la). Motor dia kecik je, senang nak bawak kulu-kilir. Walaupun buat masa ni, aku hanya guna kat rumah - so bawak kulu-kilir dalam rumah je la..haha. Walaupun ada bunyik, tapi takdelah sampai jiran sebelah tegur, so tu dah kira baiklah tu kan..haha. Senang jugak nak simpan..sebab dia bagi beg kalis air tu skali dalam pakej dia. I loike..  =D

Cumanya, bila mengepam..takleh dah la nak menaip entry dengan menggunakan dua tangan..huahuahua. Tapi apa aku kesah. Kita kan kena jadi multitasking.. =D



Dan.... dari sinilah baru terasa gembira dengan perjalanan bf aku...yeay!



Comments

HAFIZA HASSAN said…
sy sgt suke ada nama sy di N3 ini.. hehe.. u are welcome laling.. sharing is caring ;p.. happy BF..
missdicup said…
kalau ada pape info lain nanti, jangan lupa ajar n bagitahu ye sfu...hehe