Dah lama dah tak menulis kat sini. Hidup aku kebelakangan ni macam hectic sikit. Lepas dapat result tahun 1 tahun lepas, aku rasa semacam. Rasa sikap aku terhadap pelajaran masa tahun lepas tak berapa nak ngam (rajin) sangat. So, aku rasakan tahun ni aku perlu perlu perlu bertindak lebih sikit (ayat perlu tu perlu ada banyak kali..haha). Wake up call kah ini?
Aceh. Padahal nak cakap result aku tak segempak macam result orang lain dan aku kena rajin sikit je pun..haha!
So, this weekend, yakni hari ni kami lakukan aktiviti bebas di rumah (terutamanya aku la). Mana taknya, sebelum ni, kalau tak ngadap assignment, mesti ngadap lab report. Melambak-lambak. Lagi-lagi pulak lepas balik Intensif pjj hari tu...lagilah. Kesian kat Irdina Zara & Cik Pu, macam diabaikan je. huhu. Dan dah berkali-kali jugak la aku dok buat ayat kecewa "abg, saya mintak maaf ye. Rumah berterabur sikit, hidup tak macam orang lain...bla bla bla". Semua ni dasarrr nak sedapkan hati sendiri sebenarnya. (-_-') HAHAHA.
Minggu ni, pagi tadi kemas-kemas kain baju yang teramat melambak-lambak dalam bilik stor tu. Fuh!! 3-4 batch jugak la. Ni pun petang ni ada 2 batch lagi yang tak terlipat. Pastu, rancang-rancang dengan Cik Pu nak jalankan projek sisih-susun 5S. HAHA. Last-last tak tersisih tersusun kitorang. Yang sempatnya asingkan mana baju yang taknak (tak boleh) guna. Tak boleh tu sebab perut Cik Pu dah ke depan, so tak nak la pakai baju yang nampak perut..hahaha. Aku pun ada beberapa baju nak di-release-kan kepada adik-adik. Hei uols..Lepas bersalin anak sorang ni, habis semua organ naik. Terutama tang perut la...HAHA
Pastu, ingatkan petang-petang ni nak pi klinik. Nak sunat Irdina Zara, tapi hujan pulak. Alhamdulillah la hujan. Kalau tak, berpanas lagi la kitorang nak tidur malam ni. Dah beberapa hari panas dah kat sini. Nak pasang ekon pk 10 kali. Kang pindah rumah baru kang nak kena ubah bagai pulak. Tu semua melibatkan kos tu..(Aku kan bini yang
Oh, bercakap pasal Irdina Zara, sekarang dia dah 4 bulan lebih..nak masuk 5 bulan. Sekarang ni dia dah pandai gelak mengekek-ngekek (ikut sape la ni?), buat-buat suara garau, tidur hisap ibu jari (haish!), pandai tengok-tengok jari dia (Abah dia kata tengah kira untung bisnes Abah..hehe) dan dah ada bunga-bunga nak meniarap. Sikit hari lagi meniarap & merangkak la Si Irdina tu. hehe
Lagi satu hal. Pasal Afiq. Oh adik lelaki sorang tu. Sekarang dia kat Sabah, kena bertugas katanya. Masa aku tepon tadi masih dengar lagi bunyi tembakan. Tak tahulah bunyi tembakan apa, bom ke peluru senapang ke, tak sempat nak tanya. Dia pun macam tak nak cakap banyak. Bila aku tanya dia kat area mana dalam Sabah tu, dia just kata dia tak boleh nak bagitahu spesifik tempat, yang boleh dia kata hanya kat Lahad Datu zon merah (-_-'). Pastu siap pesan...jangan bocorkan rahsia kat mak tau! Aku ni dah ibarat ditelan mati mak, diluah mati bapak la pulak. Dia tak kasi aku bagitahu yang dia tengah bertugas kat Sabah. Kalau Puan Emak tepon dia pun, dia cakap dia on duty kat Sarawak. Tapi, yang tak bestnya bila dia kata kahak & hidung kanan dia berdarah. lagilah tak best je rasa...huhu..Harap2nya semuanya baik belaka la ye :C
Ok, tu je cerita kali ni. Kalau sempat & ada masa lagi nanti aku kembali!
No comments:
Post a Comment