Next, i-City please!

Assalamualaikum,

Disebabkan seminggu hari tu berjauhan dengan anak, 
Cik Pu dah berazam nak bawak Irdina jalan-jalan bila kami balik Bukit Beruntung nanti.

Makanya, disebabkan kami dah sampai sini, terpaksalah melunaskan janji.

(sebenarnya mak bapak yang nak p jalan-jalan, tapi anak dijadikan alasan....)


................ngeeeee...................


Plannya malam jumaat hari tu nak p i-City, tapi hujan selebat-lebatnya pulak petang tu.

So, terpaksalah cancel.

Kita simpan dan sambung hajat tu hari sabtu semalam.

Lepas kami balik dari Seminar Dunia Usahawan kat Berjaya Time Square Hotel semalam, lepas maghrib kita gerak ke i-city.

(Seminar Dunia Usahawan tu nanti kalau ada masa, aku cerita la eh :p )

.....................


Perjalanan dari Bukit Beruntung ke i-city ni amek masa lebih kurang sejam la..

Ko faham-faham la kan, Cik Pu bawak kereta berkhemah, so amik masa sikit. 

Ditambah dengan aku guide perjalanan yang blur-blur katak lagi...sesat sekejap kami..

hahaha!









i-city ni ok lah kalau nak jalan-jalan bawak family dan nak habiskan duit bonus yang kerajaan bagi kan..

haha.

Kat sini, kalau nak masuk dia tak kira per person, dia kira satu kereta parking mostly rm10 sekali masuk.

Tapi....kalau nak masuk ke dalam satu tempat yang lain..tu yang dia cas per person tu.

Ingat nak masuk snowalk, tapi mengenangkan sorang RM35 x 6 orang dewasa, 
so kita matikanlah hajat murni tu. 

Lain kali sajalah..heee :p

So, kita jalan-jalan cuci mata tengok pokok lampu sajalah..











tapi...setakat nak tengok-tengok pokok berlampu je, macam tak syiok kan..

so, kita p la naik spacewalk ronda-ronda tengok permandangan dari atas.

Nak naik spacewalk ni, dia cas 1 kereta RM20. Yang mana 1 kereta boleh naik 2 orang.

Babies not allowed. 

So, Irdina tinggallah di bawah bersama Atok & neneknya..hehe













Lepas turun...kita main benda lain pulaklah kan..

Kata nak enjoy!















Pastu kita habiskan duit ke beberapa tempat untuk kita mereleasekan tension.

Tensionlah sangat..haha







.......Lepas tu, kita sambung jalan-jalan lagi....









  









Dan kami sampai rumah semalam pukul 2.00 pagi uols.

mengantuk gila aku....haha

Hari ni bangun-bangun bukak laptop nak belek-belek gambar semalam, jumpa gambar ni :



This is what we called : Like father, like daughter..

Penat sangat ni!


No comments: