Lampu & Kipas Idaman


Semalam, lepas balik dari kelas tuisyen biostat aku terus ajak Cik Pu menservey apa yang patut untuk rumah baru kami

Disebabkan kebanyakan barang di Penang agak mahal, moh le kita ke Kedah..

Sungai Petani saja sudah.. :p

Nilah kelebihan orang duduk Kepala Batas..

Nak ke Penang turunlah kita ke tol selatan, nak ke kedah naiklah kita ke tol utara.

Hajat dihati nak ajak Cik Pu servey kipas & lampu.

Tapi, dah alang-alang keluar, kita servey la sekali batang rail & kain untuk langsir.

Tapi, bab langsir-langsir, kita cerita kemudian la ye kan.. 

:p

Sebenarnya sebelum ni pun aku dah p servey lampu & kipas ni..

Tapi bukan p dengan Cik Pu, tapi p dengan Nurul.

So, bila p kali ke 2 ni, aku dah ada sikit knowledge la pasal lampu & kipas ni kan..

Setakat ni...kedai yang kami jumpa paling murah & harga reasonable adalah...



Kedai Bright & Bright Enterprise ni la..

Kedai dia area Sungai petani utara. Dekat je dengan Tesco sp lama & Village Mall.

Keluar tol sungai petani utara, ambik kiri.

Kedai dia belakang Kedai kek Cinta Sayang sp tu.. :)

.................


Setakat ni, kami dah ada lampu yang berkenan di hati..

Tapi, masih boleh servey-servey lagi ni..

hik hik hik :)







Ya...untuk rumah baru ni, kami plan nak pasang lampu downlight.

Cik Pu kata kalau kita pakai downlight ni, style moden la sikit katanya..

Aku ok je..asalkan simple, moden & cantik..

kalau tak cantik, tak mau aku..haha

Padahal....yang utamanya jimat elektrik, tapi taknak diutamakan..apada!

(-_-')


Cik Pu minat design yang macam ni :





Not bad jugak design yang Cik Pu pilih...

Aku pun suka.. :)

Tapi, kalau nak murah...macam ni pun boleh :




Murah RM 0.50 kan...

Tapi, bila nak beli banyak-banyak, bukan ke jimat banyak jugak tu.. :)

huahuahua.

Tapi, kalau nak yang berkualiti sikit, standard steel, boleh la tukar fikiran beli yang macam ni :



Setakat yang aku servey ni, downlight ni hanya ada 2 saiz je - yakni 4" & 6".

So, bolehlah pilih mengikut kategori.

wakakaka.

..........................


Kalau dah kata nak pakai lampu downlight, of course la kena ada bulb-nya kan..

Sebelum ni, masa p servey dengan Nurul tu, banyak kedai yang suggest ambik Philip LED.

Tahan lama & jimat elektrik katanya..































Tapi, memandangkan 1 bulb 13watt pun dah harga RM40+, kau ingat...berapa RM yang kau nak kena keluarkan untuk satu rumah?

Kau pikirlah sendiri!

wahaha

Makanya, Cik Pu plan nak letak setengah bulb Philip LED, setengah bulb biasa 18watt

Dimana, tempat yang selalu akan lepak, cth : ruang tamu, ruang makan, mungkin akan pasang downlight saiz 6" dan bulb Philip LED.

Manakala, tempat yang tak lama sangat bukak lampu, cth : bilik tidur, bilik air, laluan depan bilik, kami akan pasang downlight saiz 4" dan bulb Philip biasa 18 watt.



Pape pun, kita tengoklah macam mana nanti....

:D


Next, kita tengok kipas pulak la..




Setakat ni, Cik Pu hanya nampak brand KDK

Dan kami dah plan..5 kipas akan dipasang setiap tempat kecuali dapur

Dapur dah kecik, kau nak letak kat mana? Atas kepala?

haha.

So, 2 bilik belakang mungkin KDK yang basic tu..

(Basic basic pun dah dalam RM140+ satu kan..)

Dan yang 3 selebihnya masih pending lagi..

takde idea

Ingat nanti bila balik rawang nak p servey kedai lampu House Lightings kat Puchong - kedai yang ramai blogger cakap murah tu..

Bila dah p nanti, aku cerita lain la ye!



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey


12 comments:

badang said...

assalam.....hnm..bagus entry pasal lampu nie..hnm saya just nak bagi pendapat je...sebenarnya kalau nak beli lampu downlight banyak2..lbih baik beli kat kedai elektrik...kat sp mmg ad kedai alatan elektrik yg sgt murah...contoh lampu downlight yg 18 watt.. harga cuma serendah rm 8.00 dan kebawah...kalau nak downlight jenis led rm 38 full set...and kalau p alor satq lampu led full set boleh jatuh sampai 19 ringgit sahaja....kipas 5 bilah jenama deka rm 125 ringgit/kotak...kalau nak jimat mmg boleh...apa2 pm saya k kalau nak tau alamat tempat tu...perkongsian ilmu...sy org sp ....n bakal duduk rumah baru jgak hujung tahun nie

Anonymous said...

Assalam,
Din Emie, boleh bg alamat kedai elektrik/lampu murah kat SP tu? Boleh pi survey dan beli terus kalau harga OK.

TQ.

Ali munir said...

Kt mna kedai as sy kt as

Ali munir said...

Ktne kedai

Unknown said...

Kt mn..memag dok cari yg trmurah n baik ni.utk rmh bru.please help

Anonymous said...

Kt area mna kedai lampu n kipas yg awak ckap tu?..sy pon tgh renovate rumah. Hrap awk dpt share

missdicup said...

kedai yang di sp ni area tesco lama & village mall. Kedai dia area belakang kedai kek cinta sayang..

semoga membantu :)

Abidah Solehah said...

Kt mna kedai kt as tu

Anonymous said...

Kt as kdai mna?

Izz izwan said...

Ada pi kedai kt alor star..jalan putra dekat dgn show room nissan dan pasaraya taman badlishah...lampu dia mahal..xyah pi kat situ...balik beli di changlun lagi murah..area pekan baru..satu deret dengan secret recpy changlun..berbaloi n murah..

Anonymous said...

Astq kdai yg mna?bg alamat kedai tuu..

Unknown said...

Kat mn kedai kat alor setar tu