Sofaku bukan sofamu


Sofaku bukan sofamu tajuk entry kita kali ni hokeeeh...

Alkisahnya...

hari tu ada clearance stock perabot..dan kebanyakannya sofa idaman kalbu.


Aku & Cik Pu pun tak melepaskan peluang....zasss terus p..

Dekat je pun..bukan jauhkan..alang-alang orang kata..

Expo ni dia jalankan selama 4 hari - khamis sampai Ahad.

Aku & Cik Pu p hari Jumaat petang time balik keja..

Hajat dihati....kalau-kalau ada sofa yang berkenan di hati, nak grab la..

Boleh la kita letak kat ruang tamu rumah baru nanti..

So, kita cuci-cuci mata la dulu...






Aku berkenan kat beberapa sofa..salah satunya macam gambar atas ni..

Belakang dia boleh adjust..samada nak baring ataupun nak duduk tegak..

Selain tu, sofa macam gambar bawah ni...



Black colour...dan L shape

Harga dua-dua sofa kat atas ni dalam RM1200 - RM1500 sebijik termasuk kos penghantaran

Yang pasti harga tak lebih RM2000 la..

*Ni harga rugi orang kata*

......


Cik Pu pujuk aku..jom kita balik rumah dulu..fikir samada betul-betul nak beli atau tak..

Kalau nak beli..nak beli yang mana satu..

Cukup tak duit..

Bla bla bla bla

Dan macam-macam lagi persoalan dia...

Pastu...ayat dia "Esok-esok kita p lagi..kalau ada salah satu sofa yang kamu minat tu..betullah tu rezeki kita..

*sebenarnya taknak kasi aku beli la tu....huhuhu*

........



Berfikirlah aku siang malam sampai tak tidur malam..

*ok, yang ni ni tipu...wakaka*

Untuk nak bagi terbukak hati & minda Cik Pu...aku ajak jugaklah Cik Pu p Cavenzi & Kedai perabot area Sungai Petani..

Range harga sofa-sofa macam tu semua dalam RM 2000 - RM 4000..

:]

.....

Ahadnya....kami pergilah balik ke expo tu..

Tengok-tengok...

Dah berbungkus dah 2 sofa yang aku berkenan tu...

Dah ada pembeli...huk huk huk

(T_T)

terkedu sekejap.


Yang tinggal pun..sofa yang orang dah taknak-taknak je kan...

Pastu..ada jugaklah macam terbekenan-tak-berkenan sangat kat satu sofa ni..

Siap panjat sendiri..nak duduk atas sofa ni..

Fefiling happy pulak dia..

Ambik lajak....nak landing


Bukan aku je minat...Dina pun sama naik..kah kah kah

Siap isap jari kauuuu!

Tokei dia bagi RM1200 ke RM 1300 termasuk kos penghantaran kat aku..

Tapi...aku buat keputusan tak nak beli la..

Sebab?

Kalau tengok betul-betul depan mata...sofa ni ada 3 colour...yang belakang tu hitam, pastu tempat sandar belakang tu dark gray, pastu yang tempat duduk tu light gray..

Macam...tak boleh terima....berbanding 2 sofa yang aku minat sebelum-sebelum ni..

So...aku taknak beli kerana terpaksa lagi dah..macam dulu-dulu aku selalu buat..

Membazir...last-last rasa nak jual..aku takmau..

Makanya..marilah kita pulang dengan tangan kosong dan sedikit perasaan hampa..

Balik rumah terus hilang mood...wakakaka

Nasib baik Dina kecik lagi kan..

kalau tak...mesti dia pun meroyan macam aku kan? Hahahaha!

Ke.....tak eh?



Baca lebih lanjut : Our New Home Journey



No comments: