Perihal makcik-makcik


Lama dah tak bersiaran...

Hari ni moh la kita tunaikan permintaan pembaca Blog CH yang meronta-ronta mintak di-update..

(kah kah kah...padahal.....takde orang pun kesah...)

sob sob sob

.......

Badan masih rasa longlai lagi

Rasa letih macam ada berpuluh-puluh guni beras kat belakang badan.

Rasa macammm....nak rehat serehat rehatnya.

Tapi, macam mana rehat yang kau nak lagi?

Kau kan dah cuti banyak hari...isk isk isk

*Panggggg*

Berdrama pulak kau kat sini kannnn

......

Minggu ni dengan minggu lepas...aku rasa hidup aku ting tong dan weng weng sikit la...

Banyak benda jadi..

Baru-baru ni aku cuti banyak hari jugak.

First tu sebab Ayah Nik - Husband kepada Kak Sofia, pengasuh Irdina Zara dimasukkan wad sebab sakit jantung

So, terpaksalah aku & Cik Pu berebut-rebut bergilir-gilir amik cuti duduk rumah jaga Irdina

(off course mesti berebut-rebut...peluang bermalas-malasan..keh keh keh)


Anak dara dah besar gamaknya...boleh la bermalasan sikit-sikit..cuba kalau masih baby lagi..

menangis la kau kat situ kannnn....mengelupur tak cukup masa



Kau tengok apa dia buat tu...spot check handbag aku..

Jangan risau nakkk...omak kau ni takde bawak deh benda terlarang pi tempat kerja..

>..<



Bila masing-masing agak cuti tak banyak...marilah mengelupur bawak anak p ofis pulak..

Tolong omak ekau apa yang patut... 

(.....walaupunnnn.....tengok upin ipin je kerjanya...)

......

Pastu, fikir punya fikir....tak boleh jadik ni..

Zasss la kita balik Rawang..lagi pun raya hari tu kan tak balik lagi..

Terus apply cuti serta merta.

Bila balik Rawang, Puan Emak ajak balik Jerantut pulakkk

Moh la kita penuhkan permintaan orang tua kita..

Kalau tak kita, siapa lagi...ye dak?

Dalam perjalanan nak balik Jerantut tu....tetiba break kereta berasap & berbau hangit semacam..

Cuak jugaklah masing-masing kannn

Benda first time jadi..mana tak cuak..

Makanya...berhentilah kami seketika kat Genting Sempah hari tu...

Nak bagi sejuk sikit break pad tu katanya....katanyalah...aku pun tak tahu..haha


Dah alang-alang berhenti tu, marilah kita berkelah sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan ditemani asap-asap kenderaan yang lain...kui kui kui

Tujuan sebenar Puan Emak ajak balik Jerantut tu sebenarnya dia nak ajak lawat Wan (nenek) aku yang tengah sakit teruk kat hospital Jerantut




Nama pun raya hari tu tak balik kann..

so, ni trip sekali harung dengan lawatan sambil beraya la ni kekdahnya..huhu


Semoga Wan cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan....amin.

Lepas semua settle, Isnin semalam-semalam baru balik Penang balik

Sebelum sampai Penang tu punnn..ada agenda lain jugakkk..

Kita singgah Bukit merah dulu.

Bukan nak mandi manda -tidak

Bukan nak makan buah-buahan kat r&r - tidak jugak..

Kita nak p beraya kat rumah sepupu aku.

Baru tahu minggu lepas, rupa-rupanya sepupu aku dah pindah kuaters Bukit Merah

Orang lain yang duduk Bukit Merah, aku yang happy lebih kannn

(read : sebab banyak agenda boleh diaturkan selepas ni..zoo taiping..pasar kemboja..kuala kangsar..dll)

hmmm...  *angkat-angkat kening*



Sampai budak kenit ni tidur berdengkur la dibuatnya...


Bukan setakat berdengkur je..dengan air-air liur basi keluar sekali...

kita kasi zoooom sikit...



Nasib baik Irdina Zara masih kecik..so dia tak dapat baca blog aku..

keh keh keh




Selain sibuk masa cuti hari tu, aku jugak tengah sibuk menguruskan hal ni :



Pasal benda alah ni...next entry kalau aku tak sibuk, aku cerita k


No comments: