Banyak benda dah berlaku. Tapi tak dan nak cerita kat sini.
Aku sibuk sikit.
Sibuk dengan tahun akhir pjj punya benda.
Alhamdulillah, FYP punya cerita dah clear lepas aku face to face sendiri dengan Timbalan Pengarah.
Dia luluskan permohonan aku, tapi dengan bersyarat.
Tapi stilllll tak dapat nak start lagi sebab barang pakai habis tak cukup (pulakkkk)
Walaupun sibuk, tapi aku try untuk enjoy dalam kehidupan seharian.
Contohnya?
Yeah! Weekend yang lepas kami join hari warga staf kat USM transkrian
Dan.....kami bawak Irdina sekali....
Ramai yang tanya......dia tak mengamuk ke?
Hmmmm...macam mana eh nak jawab?
Tipulah kalau aku kata Irdina tak mengamuk langsung kannn..
Ada la...tapi dalam keadaan boleh control lagi la..
Lagi-lagi bawah khemah tu panaskan..mahunya tak mengamuk...
Kita layannnkan je laaa...
Dan...nasib baik dapat habuan..muahaha
Padahal..semua ni hadiah yang Cik Pu dapat..aku just dapat 1 je - mug kaca dalam kotak kecik.
Tu pun sebab menang sukaneka tempat ke 4...
bolehlah..daripada takde langsung kannn.. ;p
............
Tapi,
Sebelum kami ke hari warga staf tu...ada 1 kejadian sehari sebelum yang tak disangka.
Toksu Naem yang dok Pahang call kata depa accident
Depa dah ada kat Hospital Sungai Bakap
Berdesup petang - malam khamis tu kami ke sana amik depa terus
Sorang daripada penumpang dalam kereta ni patah 2/3 tulang rusuk.
Dan beliau bernasib baik sebab tulang rusuk tu tak terkena paru-paru.
So, cara nak sembuh adalah secara semulajadi.
Semoga Allah berikan kesihatan dan keselamatan berlipat kali ganda kepada mereka.
Sesungguhnya Allah jualah yang maha perancang segala-galanya...
:)
No comments:
Post a Comment