Afiq bertunang


Hai kawan-kawan...CAK! lama tak bersua..

Di penghujung rindu tahun ni...biasalah kannnn..banyak agendanya.

Lepas satu, satu urusan nak kena settlekan.

Kalau tak bz dengan assignment, anak...kalau tak anak, bab family pulak.

Cakap pasal family...adik aku yang lelaki kat sarawak tu baru je bertunang 6 dec hari tu..

Alhamdulillah...dalam kebizian aku, dapat jugak tolong apa yang patut..

Sebenarnya....kitorang sefamily pun terkejut bila dia kata dia nak bertunang.

Maunya tak terkejut...

Bulan depan nak bertunang, bulan ni baru bagitahu kitorang (family).

Bila aku tanya kenapa baru nak cakap...dia kata dia takut nak bagitahu.

Rasa mcam nak marah pun ada..nak gelak pun ada..

Apa daaa..."takut" - hahaha

Bukan buat salah apa pun kannnn..yang kau nak takut sangattttt

So, aku sebagai kakak yang sulong merangkap bak kata mak aku -"arif-semua-benda-pasal-kahwin-errrrrrkk", terpaksalah uruskan apa yang patut

Perkara pertama sekali aku tanya dia....cincin dah beli?

Dia kata nak beli online. Aku terus tawarkan diri nak tolong belikan..

Nak beli cincin emas online??? Dah..tak payah!

Kang buatnya tak dapat ke, kena tipu ke, dah satu hal lagi nak pikir.

Biar aku je p belikannnn...

Kat sini (Penang) pun melambak cincin yang cantik-cantik.

Cuma sediakan duit je....

Dan dalam maksud tersiratnya...aku pun boleh sama cuci mata...kahkahkah

(ok, tak kelakar)

...............

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar macam dirancangkan..

Oh ya...adik aku ni bertunang dengan orang melaka.

Kat Melaka hari tu, kami stay 1 banglo homestay..

Pasal homestay ni, aku cerita next entry la ek..senang nak rujuk nanti.


Ni kejadian sebelum berangkat ke rumah bakal tunang adik aku tu..

Disebabkan tarikh hujung bulan 11 hari tu besday Si Ayah, makanya sekali harunglah kita menyambutnya...

Kang tak sambut kangggg..kecik ati pulakkk..

(nasib baik Si Ayah tak pandai baca blog..kahkahkah)


Disebabkan malu ke apa...aku pun tak tahu..Si Atuk beriya-ria ajak cucunya potong kek..

Padahalllll..kau tahu jelahkan anak aku tu...mana maunya..




Rombongan kali ni tak berapa ramai sangat yang pergi..

Family aku dan beberapa pakcik je yang ada.

Rombongan pun 3 kereta je...

Satu kereta dari Pahang, Satu kereta dari Bukit Beruntung, 1 kereta dari Taiping.


Kau nampak tak betapa tergurisnya hati aku...bawak hantaran macam tu je...hahaha

Ingat nak p pasar???



Disebabkan tak berapa yang nak ada, pandai-pandailah kita membawa apa yang patut..

Nasib baik hantaran 5 je..

kalau banyak dah satu hal sorang kena bawak 2-3 hantaran...hahaha


Ni masa upacara majlis..detail sedetailnyalah tukang perantara ni..

Sampaikan resit cincin pun nak mintak....terperanjat aku.


Wakil pompuan cumalah Puan Emak, aku, 2 orang adik pompuan aku - nadiah & nadhirah

Tak lupa jugak....Irdina Zara..muahaha


Masa nak sarung cincin ni ada kejadian kelakar...

Masa nak start sarungkan cincin tu, orang dok panggil Puan Emak...maybe mak aku tak perasan kot.. Dia tak p la..

Pastu...Cik Pu dok backup Puan Emak..."Minta maaf, ni first time'...

kahkahkahkah


Cincin yang iols belikan...hajat dihati nak beli untuk diri sendiri..tapi apakan daya..

Cincin kahwin yang ada kat rumah tu pun ada yang tak pakai..huhuhu


L-R : cincin merisik (belah rotan), cincin bertunang (cincin batu)



Wakil kaum perempuan dari pihak lelaki...

(L-R, belakang : nadhirah, Si tunang Afiq, Puan Emak. Depan :Nadiah, Si Kamora Lee & Irdina Zara)


Left side tu hantaran dari pihak kami, right side tu hantaran pihak pompuan


Si Tunang


Juadah yang dorang sediakan...nyom nyom nyom

Dan dibawah ni 5 hantaran dari pihak kami pihak lelaki

Dan yang sangat puas hatinya & alhamdulillah.....hantaran ni aku yang gubah

Dan bakul ni semua guna bakul kahwin aku dulu, gubahan kahwin Adda yang dia pinjam bakul hari tu

Makanya....modal pun tak berapa nak banyak...(itu yang penting...hahaha)


Bekas cincin



Tepak sireh

Kalua ikutkan aku....taknak letak sireh-sireh ni...tapi apakan daya..

Puan Emak dok beriya request nak letak jugakkkk..

Kita ikutkan jelahhh...tapi sireh kita letak 5 helai sudahlah...hahaha


Buah-buahan....last minit punya buah

 lebih kurang 1-2 jam nak berangkat ke rumah kejadian...baru tercarik-carik buah

Time ni bukan aku dahlah nak take over carik buah..sibuk nak siapkan diri & Irdina dah..

Biarlah orang yang bertunang plak p carik...

Tapi, yang aku ingat...aku siap pesan...beli buah yang besar-besar & tahan lama...

Nampak tak permainannya di situ? - nak kerja senang kannnnn :p



Pastu...nak sep sikit..belilah coklet duit emas-emas tu..

Tu pun carik kat kedai borong Kepala Batas ni haaaa


Pastu kek sikit....kek pun last minit sama dengan buah.

yang kelakarnya adik aku (nadhirah) cerita : 

Kak, tadi afiq dok tanya kat akak kedai kek tu..."Kak, ada kek secret recipe tak kat sini?"

Terpinga-pinga akak kat kedai kek tu...kahkahkah

Apa-apa jelah kau kan..nasib baik dok Sarawak..konon ada alasan la tak tahu..

padahallllllll

*tepuk dahi aku*


Comments