Bersambung cerita kami ke Melaka masa tunang hari tu, kami stay di homestay area Ayer Keroh
Kalau ikutkan plan asal Afiq, dia nak p rombongan ke Melaka tu balik hari je
Tapi....dia tak pikir....
kalau berjalan dengan orang-orang senior ni, maunya nak balik hari kannn..
Lagi-lagi Melaka...tempat yang jarang-jarang, kadang-kadang kami p..
So, memasing pun mengelupur tak nak melepaskan peluang bermalam kat Melaka, makanya terpaksalah kita book homestay onthespot.
So...sape ke lagi yang berkelayakan nak book homestay online kalau tidak bukan aku?
Tanpa melengahkan masa...sampai je kami ke Bukit Beruntung dari penang tu, terus kalut aku p mencari homestay kat melaka through online
Yang kelakarnya..dalam kelam kabut aku tu..aku just tanya Afiq.."Ayer Keroh dekat tak dengan rumah bakal tunang kau tu?"
Konfiden je dia jawab...dekat.
Aku pun taknak kalah konfiden jugak, terus carik & booked homestay mana yang available.
Mau kau tak kelam kabut...dah la esoknya dah nak berangkat, hari ni baru terkial-kial nak carik homestay..
Pastu aku tepon tanya kebanyakan hotel / resort / homestay kat melaka...semua kata dah full booked.
Almaklumlah...cuti sekolah dah start..ramailah kot yang nak p bercuti kat Melaka.
Last last dapat contact En. Mohd Hidir, tuan punya homestay yang iklan kat mudah.my
So..bincang punya bincang dengan Encik Ayah, fikir punya fikir...semua setuju.
(kena bincang dengan En. Ayah, sebab dia yang nak sponsor homestay...kihkihkihhh..dasarrrr)
Memandangkan murahlah jugak homestay tu kan..RM300 / night.
Makanya...cepat-cepat aku booked.
.......
Sesampainya Melaka...kami tersesat la pulak.
Maklumlah, sebelum ke Homestay tu, kami ke PD dulu..singgah rumah Paklang.
Dia baru habis kursus kat Taiping sebulan. So, dia nak campak semua kain baju dia dalam rumah dulu..hahaha
Dan memandangkan Paklang bawak kami ikut jalan dalam, dan tuan homestay ni bagi direction kat aku ikut highway, makanya agak pening jugaklah kepala nak memikirkan ke jalannya..
Tapi, Alhamdulillah akhirnya sampai jugakkkk
(walaupun ambik masa setengah hari perjalanannnn)
Rupa-rupanya homestay ni terletak kat Taman Krubong Perdana, kawasan taman perumahan baru
Dan taman ni terletak agak jauh ke dalam..
Walaubagaimanapun.....kami agak berpuas hati sebab sangat sangat sangat selesa.
Rumah ni ada 5 bilik, 4 bilik kat tingkat bawah, 1 bilik kat tingkat atas.
4 bilik semuanya beraircond dan ada 6 katil queen..
yang mana bilik kami bertiga ada 2 katil queen *angkat-angkat kening*
Homestay ni ada 2 ruang tamu
Yang mana belah kiri tu ruang tamu 1, belah kanan tu ruang tamu ke 2
Ruang tamu ke 2
View tingkat atas dan tingkat bawah
view dari tingkat atas
Ruang tamu tingkat atas
Bilik kami bertiga...ngeeee
Pemandangan bilik lain
Dia punya dapur pun luas mata memandang
Dalam perkiraan aku...
hari tu yang join rombongan dalam 11 orang..so memang selesa sangat-sangat la kannn
Dan kalau tak silap, owner homestay ni memang ada limitkan berapa orang je boleh masuk homestay dia.
Katanya nak jaga kualiti..Mungkin kalau ramai-ramai sangat kacau jiran kot..
Masa kami book tu, aku just bayar deposit RM120 dan bila sampai baru bayar balance..
Sudahnya, bila masa nak check out pun tak jumpa-jumpa owner homestay ni.
Sesampai Bukit Beruntung tu, baru aku bank in balancenya.
So, kalau ada sesapa nak p Melaka dan nak book homestay yang selesa, bolehlah contact En. Mohd Hidir :
019-6060 952
atau boleh tengok-tengok kat sini
Dan dia bukan ada satu je homestay...ada lebih kurang 9 buah lagi.. :)
No comments:
Post a Comment