Melaka River Cruise


Oh...lupa plak nak bagitahu...hari tu masa p Melaka tu, kami p semalam je

Jumaat petang sampai Melaka, sabtu petang terus berangkat balik Bukit Beruntung.

Kalau ikutkan hati, memang kitorang semua nak stay melaka sampai Ahad..

Tapi memandangkan  Ahad tu kenduri bff aku masa kat sek men dulu, kita batalkanlah hajat hati tu..

.......

So, sesampainya petang Jumaat kat melaka....masing-masing mengelupur nak berehat & tidur

Yang paling kesian sekaliiiii kat driver-driver la..

Mananya tak penat...kita yang dok saja dalam kereta ni pun dah nak rasa patah pinggang...apatah lagi yang dah drive setengah hari..

Maka itu, lepas maghrib tu barulah kitorang keluar merayau-rayau ke Bandar Melaka.

Malam tu...Cik Pu memang dah tak larat dah nak drive..so kitorang pakai 2 kereta je la..

......

Dalam perjalanan, tetiba Cik Pu tanya aku.... " D, ibu negeri Melaka apa?"

"Errrrrrrr......"

krik krik krik krik

Tergamam jugak nak menjawab...hahaha

"Tanyalah Pak Itam..dia cikgu sejarah"

Pastu sampai kesudah tak dapat jawab...sampai rumah google punya curious nak tahu kannn..

Rupa-rupanya........Bandar Melaka

Sia-sia je SPM dulu sejarah dapat A.....dasarrrrr belajar untuk exam (-_-')

......

So, setibanya kat Bandar Melaka....nampaklah macam-macam bangunan menarik.

Pastu terus ke destinasi sebenarnya, yang aku sendiri pun tak tahu..Tapi paklang yang bawak.

Tercangak-cangak kejakunan jugaklah aku...hahaha


Melaka River Cruise

kalau ikutkan, harga tiket nak naik cruise ni untuk sorang dewasa RM 15..

Tapi.....kat tepi kaunter tiket tu ada 2 meja penjualan

1st- meja jual perfume, 2nd- meja pelukis karikatur

Sesiapa yang beli antara 2 benda-benda ni, dapatlah diskaun - harga tiket jadik RM8/sorang dewasa.

Kalau nak beli perfume, aku dah memang tak boleh blah bau dia...kuat semedang

Kalau bab gambar karikatur, mungkin senang nak carik sponsor... (motipppp?)

Cik Pu kan suka bab seni-seni ni...dia syok la kannnn...

So, kami amiklah gambar bertiga..


Disebabkan kami 11 orang, jumlah harga tiket asal adalah RM 165

Dan dengan pembelian gambar karikatur kat atas ni, dapatlah 20% diskaun setiap tiket

makanya jumlah yang perlu bayar hanyalah RM 88 saja..

Jimatlah RM 77... :)

Kalau nak kira lebih detail, tolaklah gambar kat atas tu yang berharga RM 30, makanya still jimat lagi RM 47

(walaupun gambar karikatur tu nampak macam aku tua kannnn..mak redha pasrah jelahhhh)



Nampak tak kat hujung tu...orang tengah beratur nak naik cruise.

Barisan nak beli tiket pun dah panjang..pastu nak kena beratur untuk cruise pulak..

Nasib baiklah kami ni ramai..

So boleh divide2 beratur sorang sikit. setengah kat line tiket, setengah kat line nak naik cruise..



Ni la Paklang yang baru habis kursus kat taiping, yang campak baju bajan dia kat PD, yang aku cerita dalam entry lepas tu...

Yang kiri tu dah tak payah tanya la..yang tulah si tua dalam gambar karikatur kat atas tu 

(sebenarnya nampak muda in real..kahkahkahhhhh)



Sebelum naik cruise ni ada sesi amik gambar...kita layankan jelahhh



Pemandangan tepi jeti cruise



Setibanya dalam cruise..menikmati pemandangan sekitar sungai melaka

(walaupun ada bau-bau dan percikan air yang tak menyenangkan...hahaha)



Si muda dah selamat mendarat



View kat sekitar kaunter tiket river cruise - ada abang-abang beca

Cantik-cantik beca dorang..bukan setakat cantik je..ada macam-macam lagu lagi..

Cik Pu tanya-tanya...ada sorang abang beca ni amik RM 15 - 20 untuk round 5-6 tempat unik.

Kalau ikutkan hati Cik Pu, dia memang nak ajak aku & Irdina naik beca jalan-jalan kota..

Tapi dia tak sedar yang kami dah sampai kat river cruise ni pun dah pukul berapa..

Kang nak pusing sampai pukul brapa pulak kannn..

So, next trip rombongan kahwin Afiq pulak la kita ulang balik naik beca ni...(InshaAllah)



Lepas dah abis semua aktiviti tu...baru terasa haus...

Orang sebelah pun terperanjat menengoknya.......hehehe  ;p



(ok, chapter ke Melaka habis dah la...next, kita marathon cerita jalan-jalan Perak & Penang pulak la ye)


No comments: