Kelas Antenatal (Sesi 2)


Bersambung cerita kita dari episod kelas antenatal (sesi 1).

Untuk kelas antenatal (sesi 2) ni, ia telah diadakan pada 12 hbln september 2015 hari tu.

Tempat dan masa semua sama macam sesi 1. Peserta pun orang-orang yang sama jugak.

Cuma...kali ni punya kelas ia agak pendek dan banyak praktikal.

Cuma ada 1 talk, 1 sesi senaman antenatal & posnatal, lepas tu lawatan ke Labour Room KPJ Perda. 

.....

Pada kelas sesi kedua ni, kami macam biasa la..orang yang PALINGGG awal sekali datang..

Excited kau! Urusetia pun tak seawal kami..hihi


Bila dah datang awal ni, senang la sikit kita nak pilih-pilih tempat.

Dan ofcos la kami pilih PALINGGG depan sekali.. :)


1. Labour & Pain (Dr Anil)



Ada 4 tanda early sign of labour (start 36 minggu ke atas) :

1. Show : Ada mucus / blood / brownish discharge

2. Leaking of liquor (air ketuban)

3. Contraction

4. Non-specific : Low back ache / Decrease fetal movement / Abdominal cramps / Others


Pain management ni terbahagi kepada 2, iaitu Non-pharmacological & Pharmacological 

1. Non-pharmacological :
- Psikologi kita
- Doula / Birth assistant (usband kita pun boleh dikategorikan masuk dalam ni..penenang jiwa katanya)
- Position / touch / massage
- Warm waterbath

2. Pharmacological :
- Pethidine / Morphine
- Nubain
- Entonox (sedut campuran Oxygen + Nitrogen)
- Epidural 


2. Antenatal & Postnatal Exercise (KPJ Rehab)

Ok..untuk exercise ni actually aku tak buat notes apa pun..cuma buat video je..

So, bagi mudah nak cerita kat uols dan iols sendiri untuk mudah ingat, aku gunakan aplikasi dan method sama macam aku buat Assignment JIB 433 (Animal behaviour) dulu..

On video, tekan stop, print screen, copy and paste kat paint, crop mana yang patut, then play balik (HAHAHA)

First, kaki digerakkan ke depan dan belakang (macam gambar atas)


Ulang sampai 10 kali


Gerakkan kaki secara bulatan (ulang 10 kali)


3. Bangun, tarik dan tahan nafassss (sampai macam gambar atas-kanan),  hembussssss (ulang 10 kali)

Kaedah ni dinamakan Standing mountain :


Ok, next....


Pasakkan kaki - senget sebelah (macam gambar atas)


 Then, tarik nafas hembusss nafas jugak (ulang 10 kali), pastu tukar posisi bertentangan (ulang 10 kali)


Next...
Bagi aku...exercise yang ni PALINGGG susah sekali nak buat..HAHAHA


Masa posisi kiri ni, kita tarik nafassss...masa posisi kanan ni kita hembusss nafas...fuh fuh fuh


Pastu last step kita buat macam ni (gambar atas)


Next...


Duduk bersila, then seluruh badan dibawa ke satu arah (gambar atas-kiri). 
Buat dalam kiraan 10, ulang sebanyak 10 kali. 
Then, repeat step sama ke arah yang bertentangan (gambar atas-kanan)


Pastu, julurkan kaki..tangan try cecah hujung jari kaki (kalau bolehlah..HAHAHA) - buat dalam kiraan 10.
Pastu ulang buat kaki yang sebelah pulak.
Ulang kaki kanan & kiri sebanyak 10 kali.


Pastu tangan pulak..buat macam gambar atas-kiri. Ulang gambar atas-kanan.
Ulang sebanyak 10 kali..
(nampak nau dah malas nak explain..HAHAHA)


Pastu pegang perut....tarik nafas..hembus...kalau nak fefeeling lagi, pejam mata..hehe
ulang 10 kali


Next....


 


Kalau sesapa ada bola ni kat rumah..atau rajin p gym, bolehlah buat exercise macam kat atas ni..

Aku kat rumah.....amek bola Irdina Zara yang dia sepak-sepak tu je la kot....HAHAHA 




Untuk Post-natal exercise, ia lebih kurang macam antenatal jugak..cuma tambah yang no 3 bawah ni :


Step no 3 ni kaedahnya kemut-kemut kat miss v...

Buatlah sebanyak mana yang kamu mampu......hehehe


Kelas Antenatal (Sesi 1)


Sebenarnya dah 2 kali hari sabtu aku membizikan diri pergi kelas..

Bukanlah kelas apa pun..cuma kelas antenatal je pun..




Walaupun bakal jadi mak kepada 2 orang anak, aku ni masih la terkial-kial lagi dalam hal-hal ni..

Rupanya banyak hal basic-basic yang aku tak tahu dan baru tahu..kuikuikui

Dulu maybe masa pregnant yang 1st tu sibuk dengan degree kot..so maybe tak sempat nak attend kelas-kelas antenatal ni... (alasan)

Kelas yang aku p ni anjuran KPJ Perda..sangatlah murah uolss..

Kau bayangkanlah..ada 2 sesi : 2 kali sabtu, untuk 2 orang (couple), hanyalah RM 20 sajo..

Maknanya seorang untuk 1 sesi tu hanyalah RM 5 ye kawan-kawan.. :)

Dan yang tambah bestnya...makan tengahari & break petang disediakan...selain dapat ilmu2 yang berguna..dan tak lupa jugak goodies bag.. :)



Aku ni bukan boleh kalau dapat goodies bag ni..dapat free 4 keping pampers newborn pon aku dah bersyukur sangat dah..hehe

Kira berbaloi-baloilah orang kata..

....

Dua-dua kelas ni aku p dengan Nurul..weolss kan sama-sama preggy..so sama-sama genglah..

Cumanya dia cepat sikit due dari aku & perut dia lagi besar dari aku

(ofcos..sebab perut aku memang kecik je kalau nak dibandingkan dengan sesapa pun..hukhukhuk)


Cik Pu? 

Cik Pu dok umah...jaga Irdina Zara aka Mr Mama..hehe

Kelas ni ramai la jugak yang pergi dengan husband..dan ramai jugak yang 1st pregnancy..

Eh jap..kami je kot yang p dengan kawan & dah 2nd pregnancy..

dan ofcos kamilah tu yang banyak tanya itu dan ini kat semua sesi talk..

HAHAHA

....


Hari Sabtu 5 hbln tu, ada beberapa talk..


1. Nutrition during pregnancy (Dr Lim Soo Soo)

- 1st trimester selalunya kita akan naik 0.5 - 2 kg masa 1st 3 month kandungan

- 2nd & 3rd trimester kita akan naik dalam 1 - 2 kg per month dalam masa 4 - 9 month kandungan kita.



- Pregnancy women memerlukan 2200 - 2900 calories berbanding women biasa 2000 calories je

- Pregnancy women kena kurangkan karbohidrat, tapi banyakkan protein, vitamin dll.

- Sebelum pregnancy lagi, kita di-suggest amek prenatal multivitamin & Folic Acid untuk complimentary, tapi bukan untuk gantikan diet.

- Kalau Hb kita rendah, boleh amek Iberet Folic (iron tinggi), Kalau Hb ok, boleh amek Similac Pramilet


- Tanda-tanda Calcium kurang dalam badan : kaki cramp, gigi rosak, dll

- Tapi, kalau calcium tinggi dalam badan, kita kena minum air banyak (takut batu karang)

- Tuna tak boleh ambil lebih 2x seminggu (dikuatiri tinggi kandungan mercury)



- Pengambilan DHA masa pregnant : bagus untuk penglihatan baby yang baru dilahirkan (more to visualize). So bila DHA baby tinggi, visual clear, baby boleh cepat belajar.


  
 2. BF For Working Mother (SRM Anis - Midwife)

- Baby sejak lahir - 6 bulan mestilah diberi susu ibu sahaja

- Kalau boleh, diteruskan sampai 2 tahun atau lebih, disamping diberi makanan tambahan

- Susu matang boleh dibahagikan kepada 2 : Foremilk dan Hindmilk

- Foremilk : Sedikit cair, dikeluarkan masa awal-awal bersalin, tak perlu ditambah air (dah ada 88% air)

- Hindmilk : Lebih pekat dari foremilk dan selalunya dikeluarkan dari badan pada waktu malam. Dan sebab tulah kita dinasihatkan df  baby/ pump susu waktu malam.. :)



- Baby minum susu on demand & mengikut umur :


- Susu yang diperah mestilah diletakkan dalam bekas yang BPA free (free cancer)

- Label pada botol susu perahan : Nama baby, Tarikh & Masa susu diambil

- Tempat simpanan susu & tempoh :


- Susu yang telah di-thaw & dipanaskan : hanya tahan sehingga 1 jam sahaja

- Susu yang dicairkan tak boleh dibekukan semula

- Kalau kita nak bawak susu perahan ke pengasuh / nursery, letak susu (dari fridge) ke refrigerator semalaman untuk dicairkan (6-8 jam) sebelum dikeluarkan.



- Bila nak start buat stok susu?

Start susu matang / Hari ke 31 - 33 / 2 minggu sebelum masuk kerja / BF minta tolong husband atau mak kita bagi untuk training



  3. Babywearing (Pn. Shahida Radze)





Aku ada jugak tanya Pn Shahida ni, wrap dan Soft Structured Carier (SSC) boleh guna dari bila sampai bila

Wrap : Dari lahir sampai besar
SSC : Dari 4/6 bulan ke atas 


(Source : google)


Disebabkan aku dah ada SSC, so makanya kita tunggu jelah anak 2nd ni mencecah 4/6 bulan untuk bawak dia jalan-jalan guna SSC..hehe

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal babywearing ni, boleh p :
FB : Gendong 101
FB : Northern Babywearing



4. Urutan tradisional (Mak Jah)

- Seeloknya mengurut lepas bersalin :
i) Bersalin secara operate (lepas 2 minggu)
ii) Bersalin secara normal (lepas 3-4 hari)

- Berpantang yang bagus : urut, tungku, bengkung, mandi guna herba & daun2

- Kalau anak ada kuning, seeloknya makan jamu selepas habis pantang (anak panas)

- Kalau anak takde kuning, seminggu lepas bersalin dah boleh makan jamu

- Tungku : seeloknya selama 40 hari berturut-turut, sehari 2x

- Bengkung : ASAP, sebaik balik dari hospital (bagi yang bersalin normal)

- Minum air panas jangan minum sekali banyak..tapi minum sedikit demi sedikit (1 hari kuantiti yang banyak)

- Kena berpeluh masa pantang :) 


5. Amali & Praktikal 

- Cara nak mandi baby

- Cara bersihkan pusat baby

- Cara nak massage baby

.......



Sekian saja saya melaporkan :) until we meet for the next session!





Make over Bilik Utama & Kedua : Posisi


Sebenarnya sebelum nak make over Bilik Utama hari tu, aku dah pergi melawat rumah jiran yang terdekat..

Maknanya aku dah jadik mak enon dan mak jemah dulu sebelum nak ubah bilik ni..

atau kata lainnya aku dah p skodeng kat bilik jiran aku...*kihkihkih*

Semua aktiviti skodeng ni aku lakukan masa raya baru-baru ni..

Tapi, dengan keizinan tuan rumah la ye..

Ko ingat aku apa? mata melilau? HAHAHA

Dan bila dah skodeng2 tu, ofcos la kita bandingkan dengan bilik kita jugak kannn..

lumrahlah tu...aku tahu..korang pun sama..kan kan kan? *angguk2 geleng2*

....

Bila dah bandingkan tu...timbul pulak rasa tak puas hati.. (maklumlah mak buyung tengah mengidap OCD..)

Macam ada yang tak kena.

Apahal bilik orang lain nampak besar dan banyak ruang?

Apsal bilik kita nampak kecik?

Padahal keluasan bilik sama je..

Start dari persoalan ni la aku rasa aku perlu buat sesuatu... (sesuatu sangatttt..haha)

.....

Tapi, sesuatu tu terpendam je la kat situ..tak buat apa-apa pun sampailah semangat tu datang balik..

Masa bila?

Masa Afiq nak kahwin hari tu, kami balik Rawang dan kebetulan dah plan nak pergi Ikea..

Kalau dah pergi Ikea tu, kau tahulah kan semangat dia macam mana..

Lagi berkobar-kobar..padahal beli apa pun tak sangat..hehe

...

Pastu, balik dari Ikea tu, aku bincang dengan Cik Pu...

Dan of cos aku la ya usulkan cadangan mak over2 ni.

nak harapkan Cik Pu?

ntah-ntah sampai bila-bila pun dia ok je dengan pemandangan bilik yang tak berapa nak ada ruang tu kannn..

(mungkin sebab naluri lelaki kot yang memang berfikiran mudah dan tak complicated..hehe)

(atau mungkin sebab aku tengah menghidap OCD level tinggi punya..hehe)

......

Pastu terus la melukis plan atas kertas kotor...tak silap aku, atas sampul surat..


Dan mesti korang tak paham...

So, marilah aku terjemahkannya dengan menggunakan label :


Tapi, tak semua plan yang kami rancang kami turutkan..

Mula-mula plan nak beli baby coat...tapi maybe tak jadi...

Lepas depa pasang katil king hari tu, ruang yang tinggal cuma cukup-cukup ja...

So, plan B adalah cancel untuk beli baby coat untuk 2nd baby...

Padahal aku dah berkenan sangattttt dah dengan baby coat dari Ikea ni :




Takpelah...kita ikut Plan B je la...

ruang tu lebih penting...baby coat ni kendian-kendian pun boleh beli..

*nak sedapkan hati...HAHAHA*

....

Bila Bilik Utama dah make over, bilik ke-2 of cos la ter-make over jugak la kannn..

Katil Queen yang lama dah dipindahkan ke bilik ke 2

Dan bermakna, bilik ke-2 tu dah boleh fully utilize untuk tetamu yang datang nak tumpang tidur..

Bukanlah lagi stor yang menyimpan 1001 khazanah lama atau timbunan kain-kain yang tak berlipat...HAHA



terjemahnya kepada ini :


Plannya nak jual meja solek & play pan tu..tapi hasrat tergendala..

Pastu, bila dah pindah katil queen masuk bilik ke 2 ni, boleh muat lagi meja solek tu...

so, kita pendamkan dulu hasrat jual meja solek tu sampai diberitahu kelak...

Bila rasa semak nanti, kita let go saja la...let it go..let it go...

Dan aku mintak maaf awal-awal, gambar real Bilik Utama & kedua tak sempat nak ambik sebelum kewujudan entry ni..

Lain entry mungkin?