Kes Hilang Motor Kawan


Dua minggu lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kehilangan motor kawan adik aku, which is Adik yang last.

Yeee...adik aku yang tengah belajar kat Politeknik Seberang Prai tu...

Oh..lupa pulak nak bagitahu..

Al-kisahnya dia pinjam motor kawan dia, then motor tu hilang...huhu

Motor tu hilang kat tempat Parking Motorsikal Pasaraya Aeon Big Seberang Jaya, Pulau Pinang dalam keadaan berkunci. 

Polis kata kawasan tu memang selalu orang hilang motor....haish!

Kes adik ni sebenarnya dah lama dah..tapi adik aku pendam sorang-sorang

Sebab apa??? Apa lagi...dia takut dengan ayah aku la...(Ayah is sanggggat garang okey!)

Kes ni dalam bulan March hari tu..

Pastu, nak dijadikan cerita, ada satu hari 2 minggu lepas, mak kepada kawan dia ni (lepas ni aku akan bahasakan diri dia makcik) telefon ayah aku.

Tapi...Allah tu Maha berkuasa dan lagi Maha Mengetahui kannn, time dia call tu ayah aku takde, pergi surau.

So, adik aku lagi sorang (Acik) yang angkat..lepas dia angkat, terus makcik tu maki hamun Acik.

Terkejut punya pasal, dia terus masuk bilik tak bercakap dengan mak aku. 

Mak tanya pun dia senyapppp je.

Then, bila dia balik hostel, baru dia call mak dan confess pasal benda ni.

Dia kata....makcik tu maki hamun, mintak gantirugi hilangkan motor, cakap menjerit-jerit.

Kau tahu la kannnn..kalau dah namanya mak dan orang tua ni...mana boleh terima berita-berita benda-benda macam ni.. (hehehe)

Mak aku terus tanya dalam whatsapp family apa nak buat. (Mak-mak zaman sekarang ni dah advances sikit...hehehe)

Hmm...aku selaku anak sulung...aka strategies women mula atur langkah. 

Ehem Ehem *betulkan colar leher*

Mula-mula tu, blur jugak apa nak buat..

Aku & Cik Pu try tanya-tanya orang sekeliling : kawan-kawan rapat, jiran.

Ada yang kata :

1. "Bayar je laaa...adik kau dah hilangkan motor tu"

2. "Tanya dulu First party ke Third party"

Okey..Dalam kes ni, payah nau nak berurusan dengan makcik tu..

So, aku rasa...dalam family aku, sorang je boleh berkomunikasi secara damai, diplomatik tapi dalam masa yang sama dia boleh buat-buat garang (hehe)...which is...adik ke 2 aku : Angah

So, apa-apa hal yang memerlukan urusan dengan makcik tu, aku serahkan kat Angah

Dalam masa yang sama, aku pesan kat adik aku, apa-apa yang makcik tu call, mesej, whatsapp - jangan layan.

Bukan aku nak sebelahkan adik aku ye..yes, dia memang salah - sebab dah pinjam motor orang hilang pulak kann.. Tapi, dalam nak selesaikan kes ni, aku kena jaga semua perasaan.

Macam tarik tali dalam tepunglah orang kata. Adik tengah study, so kami taknak dia stress. Ni amanat mak aku.

Makcik tu pun kalau hantar mesej atau whatsapp atau call boleh tahan ayat dia..kita yang baca atau dengar pun rasa macam semacam je.

Then, aku & Cik Pu p research tanya apa perlu kami buat. 

Kami terjah Balai Polis, LHDN dan Pesuruhanjaya Sumpah.

1. Polis suggest kami tanya makcik tu pakai insurans First party @ Third party.

- Kalau susah nak berkomunikasi dengan makcik tu, kita boleh call Balai Polis yang adik buat report hilang motor tu, tanya kat pegawai penyiasat kes ni.

- Tapi...rasanya mana-mana balai polis boleh check kot..check kat online system depa.


2. Kalau First party :

- Makcik tu tak boleh sesuka hati je mintak duit ganti rugi kat kita.

- Makcik tu boleh claim insurans. Even makcik tu tak dapat penuh (dalam 80% je), itulah nilai semasa motor tu.

- Kalau dia mintak jugak, dia dah kira macam peras ugut kita.

- Kita boleh buat report polis atas kes peras ugut.

- Simpan semua bukti : rakaman suara, mesej, whatsapp dll sebagai bukti.

-Kalau kita nak, kita boleh bagi dia duit atas kesusahan motor dia hilang - RM 500 (bukan harga full motor tu) - atas ehsan kita..


3. Kalau Third party :

- Hmmm...apa boleh buat...bayarlah ganti rugi harga semasa motor tu kannn

- Tapi...mesti ada hitam putih & matikan stem untuk simpanan masa hadapan.

- Hitam putih boleh jugak buat perjanjian sendiri @ lepas bayar, p report balai polis.



Dalam kes kami ni, makcik tu pakai third party punya insurans.

So, kami perlulah buat hitam putih.

Hitam putih ni penting ye tuan-tuan dan puan-puan.

Kalau terjadi apa-apa perkara berbangkit ke depan, kita boleh kemukakan bukti yang kita dah bayar sekian-sekian harga kepada sekian-sekian orang.

Kalau kita bayar duit tu kat kawan-kawan yang kita kenal atau kaum keluarga kita mungkin tak perlu, tapi dengan orang yang kita tak kenal, agak perlu di situ.

So, dalam surat perjanjian tu, kami masukkan sekali beberapa syarat :

a) Kalau motor yang dah hilang tu dijumpai semula, motor tu dah jadik hak kita..(walaupunnn peratusan nak dapat balik motor tu adalah 0.0000%, kau tulis je la syarat tuuu)

(b) In case makcik tu sebenarnya boleh claim insurans, makcik tu kena pulangkan semula duit ganti rugi yang dah dibayar tu...(walaupun dah terang-terang kau tahu makcik tu tu third party..manalah tahukannnn..apa-apa boleh terjadi..walaupun kau tak harap yang makcik tu akan pulangkan...hehe)

dan....yang PALING penting...

(c) Dengan ini, Pihak makcik tu mestilah berakurjanji bahawa selepas menerima bayaran tersebut, Pihak makcik tu dan / waris tidak akan menuntut apa-apa bayaran lagi selepas ini... (Kenapa aku kata penting? Manalah tahuuu..dalam tiga atau empat tahun akan datang tetiba ada pulak kaum keluarga yang datang mintak-mintak...tetiba kannn...haaa, kau bolehlah keluarkan surat perjanjian tu sebagai bukti..)

Dan kesemua syarat ni bukan aku memandai reka ye..ni semua atas nasihat pihak2 yang kami jumpa kat atas tu.

Then, bila nak bayar duit ganti rugi tu, kami buat perjumpaan kat Balai Polis.

Kat situ senang sikit kalau jadik apa-apa. So memasing pun boleh behave. Tak payah nak tunjuk perangai budak-budak sangat kannn..

Lepas dua-dua pihak dah setuju, ada column untuk masing-masing tandatangan. Dan masa nilah duit bertukar tangan. Kalau ada yang tak puas hati / tak berapa jelas / tak berapa nak faham apa-apa term & condition yang ada dalam surat perjanjian tu, bolehlah tanya @ bincang time tu.

Oh ya...lupa nak bagitahu.

Masa ni 2 saksi lelaki diperlukan untuk tandatangan. Yes...lelaki ye..
Dan sorang dari pihak pembayar, dan sorang lagi dari pihak penerima.



(contoh surat)

Ok...harap post ni dapat membantu serba sedikit kalau-kalau ada yang sama masalah macam kami.

Atleast taklah buta-buta tak tahu apa nak buat ye dak.

Mungkin certain statement @ cara kat atas ni tak available untuk sesetengah tempat. So, kalau korang nak confirmkan apa-apa, silalah tanya pihak yang berkenaan. Moga2 dapat maklumat lebih jelas, jitu dan tepat.

Kalau ada yang memerlukan soft copy surat atas ni, boleh email aku missdicup_o7[at]yahoo.com.my
( _ : underscore, o7 : konsonan o dan huruf 7)

2 comments:

Unknown said...

mintak pendapat ... masih confius sgt dengan pihak mana harus saya dapatkan nasihat ..kerana saya membaiki motor kawan dirumah (pomen di kg) atas permintaan kawan dan parking di rumah saya pada waktu malamnya tetapi tanpa diduga motor itu hilang . lebih parah lagi motor, rotex & insurance motor kawan tu tiada.Skrg kawan duk peras ugut supaya membyar harga full motor, sedangkan kami hanya nk byr half drpd hrga motor itu.. skrg masih pening...dengan pihak mana sye perlu dapatkan nasihat.

missdicup said...

Saya rasa better Ms Eka kumpul seberapa banyak maklumat yang boleh. Contohnya, check roadtax/insurans via no. plat motor tu. Dah berapa tahun? Bila beli? Motor apa? Berapa agak-agak harga terkini? Berbaloi ke bayar sekian-sekian harga?

DAn better Ms Eka ke balai polis, buat report polis atau tanya apa perlu kita buat kalau kes jadik macam ni. Kadang-kadang depa (polis) boleh bantu kita & bagi suggestion kat kita.

Semoga jawapan saya membantu :)