Kenderaan Ke Singapura

Nak naik Flight ke?

Naik Kereta ke?

Naik Bas ke?

ATAU Naik train (KTM)?


Ok. Macam kes kami, motif sebenar kami nak pi Singapura adalah atas urusan attend wedding invitation cousin aku, Ngah. Yup. Pada yang tak tahu, aku ada tiga orang makcik yang tinggal kat Singapura. Dan atok aku (yakni ayah kepada ayah aku) pun tinggal kat sana. Maka dengan itu, kos untuk penginapan kami dah takde. Dan aku boleh teruskan cerita pasal kenderaan ke Singapura dengan tenangnya. hehehe

Sebenarnya invitation dari Ngah ni dah lama aku terima. Dari bulan Mac lagi. So, lebih kurang tujuh bulan awal. Kami memang dah plan yang kami sekeluarga termasuk mak ayah adik aku akan ke Singapura bawak kereta. Tapi, tetiba dalam saat-saat akhir minggu nak pergi hari tu mak aku jatuh sakit. Dia demam sampai tak boleh bangun dalam 3 hari. Berkemungkinan aku, Cik Pu dan anak-anak je akan pi Singapura. Cuak jugaklah mulanya. Kalau nak book tiket flight, kau tahu-tahu jelah kan. Harga mesti boleh buat kenduri kambing golek sekor. Memang taklah!

Naik Flight  X

Choice yang tinggal hanyalah samada Cik Pu drive kereta ATAU kami naik bas ATAU naik train (KTM). Cik Pu kata kalau dia nak kena drive sorang-sorang dari Penang - Rawang - Johor/Singapura memang tak dapeklah. Dia tak larat. So, choice bawak kereta dah kena buang dalam senarai. Tinggal samada naik bas ATAU naik train.

(Read : Aku, Cik Pu dan anak-anak tinggal kat Penang. Mak ayah aku tinggal kat Rawang)


Masa kami buat passport kat UTC Sungai Petani hari tu, dah alang-alang sejam nak tunggu passport siap, kami habiskan masa kat Stesen keretapi Sungai Petani tanya pasal train nak ke Johor/Singapura. Stesen keretapi ni dekat yakmat dengan bangunan UTC SP ni. Kalau jalan kaki lebih kurang 10 minit. Tapi aku tak berdaya pulak nak jalan kaki. Naik kereta jelah! :p

Pegawai KTM tu kata kalau dari KL Sentral nak ke Johor Bahru (JB) , kami kena naik 2 train, which is dari KL Sentral - Gemas, then naik train dari Gemas - JB pulak. Bila fikir-fikir balik. Fuhhhhhh! Agak mencabar di situ. KL Sentral - Gemas amik masa dalam 2 jam. Gemas - JB amik masa dalam 4 jam. Jam berapa exactly keretapi dari Gemas ke JB tu ada? Buatnya kami terlambat sampai kat Gemas macam mana? Takkan nak tunggu train lain? Ke macam mana? Pastu, harga tiket train KL Sentral - Gemas pun boleh tahan, RM50+ untuk sorang. Tu baru dari KL Sentral - Gemas tau. Belum masuk lagi Gemas - JB lagi...No no no! So, idea naik train dibatalkan.

Naik train (KTM) X

Choice yang tinggal hanyalah naik bas. Kau bayangkanlah hari Jumaat nak ke Singapura, hari Selasa tu baru nak survey & beli tiket bas. Memang tindakan berani mati betul. Tapi sebelum nak booking tu, aku still survey-survey kot ada tiket flight yang murah, tapi takde pulak. So teruskan survey tiket bas kat easybook.com. Best giler website dia, siap boleh pilih-pilih nak jenis bas apa lagi. Harga siap semua sekali. Pastu boleh pilih tempat duduk bagai. Aku dah syok dah ni. Bajet naik bas Konsortium/Transnational pun dalam plus minus RM35 satu seat. Dah plan nak amik 3 seat. Aku, Cik Pu & Irdina Zara. Adik Luth Zafran duduk atas aku jelah, settle!


Sekali....dapat mesej whatsapp dari adik aku, Nadiah. "Kak, kitorang jadik pergi Singapura tau"

Hoiiiiii! Apakah ini?

Terus aku tutup semua browser tiket bas & tiket flight segala bagai. Bukak balik info-info pasal naik kereta ke JB/Singapura. Cis! Nasib baik tak tekan payment mode. Lagi sikit je lagi. Nasib baik tak buat apa-apa payment lagi. Kalau tak, memang aku & Cik Pu naik bas je la ke JB/Singapura. hahaha

Naik Bas X

Makanya, teruskanlah plan naik kereta. Sekarang samada nak bawak kereta terus masuk ke Singapura ATAU park kat JB dan naik pengangkutan awam bila dah sampai Singapura tu.

Naik Kereta ❤

Kalau ikut ayah aku, dia suggest naik kereta terus ke Singapura. Tapi bila aku baca review persediaan orang masuk Singapura bawak kereta macam kena sediakan macam-macam pulak. Nak kena beli autopass, parking kena bayar, dll.















Pastu aku terus whatsapp tanya pendapat cousin aku yang selalu pi Singapura (Kak Dila). Dia suggest park kereta kat Terminal Larkin/JB, pastu naik bas masuk Singapura. Antara sebab katanya :

1. Car park kat kawasan perumahan makcik-makcik aku selalu penuh. So, terpaksa parking kat tepi laut. Pastu nanti mak Uteh nak kena amik pulak kitorang. Dah jadik satu kerja pulak. So dah macam susah kat situ.

2. Jalan dalam Singapura pun dah banyak berubah. Kak Dila kata, dulu dia pergi pun banyak kali sesat barat. Oooh tidak! Takmau takmau

3. Dalam Singapura, pengangkutan awam macam MRT, teksi, GRAB, UBER semua memang superb! Dalam masa tak sampai 5-10 minit dah sedia ada.

Dan yes, lepas dengar pendapat Kak Dila aku terus suggest bawak kereta sampai JB, then naik public transportation.









Park Kereta Kat Mana?

Kat JB, kami tak parking kat Terminal Larkin macam Kak Dila suggest tu, aku versi derhaka sikit. hahaha. Sebaliknya kami parking kat area Imigresen Malaysia : Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar.

Kalau guna Waze apps , boleh taip Car Park Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar Johor Bahru, nanti dia bawak terus ke pintu masuk Car Park tu. Kompleks ni betul-betul attach dengan bangunan JB Sentral yang ada jual tiket Stesen Keretapi (KTM) JB - Singapura. Dan bersebelahan dengan bangunan Imigresen Malaysia.

Kami park dari hari Jumaat (lebih kurang pukul 6.30 pm) sampai hari Isnin (lebih kurang pukul 2.00 pm), bersamaan 4 hari 3 malam, total parking hanyalah RM 54.60. Rasanya berbaloi la jugak. Parking berbumbung, tempat park kereta kami pun dekat je dengan pintu nak ke Sentral tu.

Cuma yang tak bestnya, lepas beberapa hari park kereta kat situ, ada bau hancing air kencing sikit. Aku tak sure samada tu perbuatan manusia ataupun binatang peliharaan :p






Public Transportation dari JB ke Singapura

Dari Car Park Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar JB tadi, kami jalan kaki ke Imigresen Malaysia. Nasihat aku kat sini, kalau ada anak kecik silalah bawak stroller/buggy/baby carrier. Pastu awasi anak-anak anda. Serius, sepanjang menjadi perjalan kaki JB - Singapura ni mostly semua orang berjalan cepat. Sampai mak ayah aku pun ikut sama kalut..hahaha




Lepas dah check passport & bagasi segala mak nenek kat Imigresen Malaysia tu, boleh turun escalator/lif dan carik bas yang nak ke Singapura. Majority bas kat situ semua nak ke Singapura, cuma kau kena pandai pilih bas mana yang sesuai dengan perjalanan kau.

Macam kami, aku dah baca dah blog review. Majority suggest amik bas Causway Link, bas warna kuning nombor CW2, sebab bas ni akan bawak terus sampai ke Bugis (Queen Street). Tapi, kelam-kabut punya pasal, terus tanya Polis Bantuan kat situ nak naik bas apa, diorang suggest naik bas SBS Transit X 170. Tang ni tak tengok kiri kanan dah, terus naik je apa yang dia suggest. Padahal aku dah tahu kena carik bas CW2. 😂😂 Harga tiket bas SBS Transit X 170 kalau tak silap RM 2.50 sorang dewasa. Kalau tak silap la..Maklumlah dah kelam kabut kann, mana nak ingat dah..hahaha













Konsep dia macam ni tau. Apa-apa bas yang kau naik dari Terminal Larkin/JB masuk Singapura, kau hanya bayar sekali je kat Malaysia tu. Pakai duit Malaysia. Lepas tu, sebelum nak sampai Woodlands (Singapura) tu, semua penumpang akan turun dari bas & pergi naik ke Custom Singapura pulak untuk check segala mak nenek. Then, bila dah settle kat Custom Singapura tu, penumpang akan turun tingkat bawah untuk catch up semula bas yang kita naik tadi tu tanpa apa-apa bayaran lagi. Cuma tiket bas yang kau bayar kat Malaysia tu kau kena simpanlah. Nanti nak naik bas, just tunjuk jelah tiket tu.







Dan macam kes kelam kabut kami tu (hahaha), bila lepas Custom Singapura tu cousin aku (Ngah) bagi direction supaya naik bas CW2 untuk terus ke Bugis (Queen Street). Kalau still naik bas 170 tadi tu, dia akan pusing merata sekitar Singapura dulu, so agak lambat nak sampai Bugis tu. Makanya, kami pun terpaksalah beratur kat line bas CW2 dan bayar tiket bas sekali lagi dengan menggunakan $ Singapore Dollar. Huwaaaaaa.. Nampak tak pembelajarannya di situ? Dah lah kena bayar 2x tiket bas, lepas tu dah triple pulak harga tiket tu. $ 3.30 untuk sorang dewasa x RM 3.20 (matawang Malaysia:Singapore 1:0.32). Nampak kan?






Bila dah amik bas CW2 tu, memang bas tu tak bawak pergi mana-mana dah. Satu perjalanan terus ke Bugis. Then, dari Bugis tu kami naik MRT Bugis ke MRT Eunos untuk ke one of my untie's house (Mak Uteh & Family).



Dari stesen bas Queen Street ni takdelah dekat sangat dengan MRT Bugis ni. Tapi takdelah jauh sangat. Mula-mula kami macam blur-blur jugak, tapi kena rajin bertanya. Dan pastikan kita boleh bercakap English. Sikit pun jadilah. Kalau tak, susah jugak nak tanya orang. Kalau kita jumpa citizen dorang yang boleh cakap melayu, bersyukurlah. Tapi mostly yang kami jumpa tak faham Bahasa melayu 😂










Dari MRT Eunos tu Ngah jemput kitorang naik bas terus ke Ubi Avenue 1. Oh ya, kat Ubi ada dua orang makcik aku kat situ, Satu Mak Uteh, dan satu lagi mak kepada Ngah, Mak Busu. Rumah diorang dekat je. Bersebelahan blok jelah. So senang nak menginap mana-mana yang kami suka..hehe










5 comments:

Anonymous said...

Hello to every body, it's my first pay a visit of this weblog;
this weblog consists of remarkable and genuinely good stuff designed for visitors.

Anonymous said...

This website was... how do I say it? Relevant!! Finally I have found something
which helped me. Many thanks!

Anonymous said...

I'm really enjoying the design and layout of your blog.
It's a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer to create your theme?
Superb work!

Entertaining Game Channel said...

This is Very very nice article. Everyone should read. Thanks for sharing and I found it very helpful. Don't miss WORLD'S BEST GAMES

JESS said...

Hi Admin. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 *Silakan lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86