Hectic Work Happy Life

Beberapa hari kebelakangan ni tak sempat nak update blog

Semenjak boleh balik rumah awal pukul 4.00 pm minggu ni, masa macam cepat nau berlalu

(sebab pregnant lady >22 weeks boleh balik awal sejam) 

Lagi-lagi pulak minggu ni macam-macam aktiviti kat tempat kerja

Selasa minggu ni ada perjumpaan semua staf lab


Bersempena perjumpaan ni, kami adakan sekali penyampaian hadiah Step Challenge 2025 yang dah berlangsung pada 1-30 Oktober yang lepas





Untuk aktiviti ni, aku selaku salah seorang organizer, pengelola dan juri 

(tamak kau kannn, semua kau nak! hahaha)

tugas aku adalah sediakan hadiah kepada semua peserta & pemenang






Aku dah nampak dah apa bisnes aku boleh buat lepas pencen nanti..

So sesiapa yang nak tempah hamper ke goodies ke boleh roger roger

Aku bagi harga kasih sayang...

lahhhh tiberrrrrr....hahaha!

.........

Then esoknya hari Rabu, kami ada Lab Quality Presentation

Dan kali ni turn aku jadi wakil lab present untuk 3 bulan data (Julai, Ogos, September)



yang gambar 1st tu aku tengah cuak & nervous sebelum nak present

Tak faham betul dengan diri sendiri, kalau nak present apa-apa je mesti nervous yang tersangat

Padahal bukan ada apa pun

Mulalah time tu rasa nak terkencinglah, nak terberaklah, sejuk kaki tangan semua

Tapi, bila once dah start present, ok je

Semua perasaan-perasaan dan rasa-rasa tu hilang

Pastu dah habis present, rasa macam "gian" nak present lagi...

apoooo..tak faham kan?

......

Dannnnn..

yang bertambah lagi sibuk lagi minggu ni sebab nak kena submit SKT & LPP untuk tahun 2025

SKT = Sasaran Kerja Tahunan 
LPP = Laporan Penilaian Prestasi

Nasib baiklah aku dah draf daripada awal tahun hari tu

Takdelah banyak sangat nak kena buat

Cumanya nak kena touch up ayat + masukkan bukti-bukti

Tapi, nak touch up ayat + lampirkan bukti-bukti pun bukan main ambik masa lama

Ada labmate sampai cakap "kenapalah nak kena buat benda ni setiap tahun...."

....speechless aku! hahaha



No comments: