Bila musim exam PKSK/UKKM tengah berlangsung ni,
teringat aku pengalaman kakak Irdina awal tahun 2025 hari tu
struggle pergi segala macam exam dan interview kemasukan sek men Tingkatan 1
Masa kakak Irdina dulu dia boleh mohon 2 kemasukan lagi :
MRSM :
UKKM - Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM
SBP/SMKA/SMT/MTD/KV :
PKSK - Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
Dengar cerita, start kemasukan sekolah tahun 2026 ni hanya 1 kemasukan saja
PKSK & UKKM digabungkan, so boleh pilih 3 sekolah je antara kesemua jenis sekolah
Fuhhhhhh! sengit (lap peluh)
Untuk kakak Irdina dulu, total semua tujuh sekolah dia mohon
Ada sekolah government, ada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan ada jugak sekolah swasta.
Semua sekolah ada ujian dan interview masing-masing.
Antara sekolah yang dia mohon :
MRSM UA : MRSM Kepala Batas/MRSM Arau/MRSM Pengkalan Hulu
SMKA : SMKA SAF (TMUA)/SMKA Arau (TMUA)/SMKA Irsyad
Maktab Mahmud Kuala Muda
SABK - Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah 1 (DMW1)
SABK - AlMadrasah AlKhairiah AlIslamiah (MKI)
Sekolah Menengah Islam Tahfiz Sains dan Teknologi Pulau Pinang (SMITSAT)
SMA Yayasan Khairiah
Time ni kami hantar kakak exam UKKM & interview hafazan di MRSM UA Kepala Batas
(sekarang ditukar nama kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi)
Masa dia jawab exam UKKM berkomputer, dia cerita dia jumpa nota kat keyboard PC yang dia duduk tu
Ada senior sekolah tu tinggalkan pesanan
Alahaiii anak, so suweeet! hahaha
Yang sebenarnya, exam UKKM ni adalah exam pertama kakak hadapi lepas dia balik dari lawatan sekolah ke Langkawi
Dan tarikh exam pun keluar last minit..
tak silap exam ni dijalankan hari Isnin permulaan minggu UKKM
Nak taknak, kena hadap jugaklah even bersedia atau tak
................
Next exam, PKSK...untuk PKSK ni kami pilih SK Bertam Indah sebagai tempat ujian
Mulanya nak pilih SK Bertam Perdana, tapi dalam sistem dah penuh
So takpelah..pilih SK lain yang dekat
Masa PKSK ni..just exam berkomputer dan penulisan artikulasi je
Takde interview hafazan lagi
Konsep dia, kau lepas merit PKSK dan layak masuk list sesuatu sekolah tu, baru dia panggil interview hafazan
Beberapa minggu lepas exam PKSK tu,
Alhamdulillah kakak Irdina terpilih antara salah seorang yang lepas merit dan dipanggil untuk interview/ujian hafazan di SMKA SAF di Nibong Tebal, Pulau Pinang
Disebabkan jarak rumah kami dengan sekolah sejam pergi dan sejam balik,
kami stay semalam di hotel area berdekatan, takut tak sempat sampai pada masa yang ditetapkan.
Habis je ujian/interview tu, kami singgah USM Transkian untuk makan tengahari
......
Then, ada satu hari Sabtu tu kakak Irdina ada 2 ujian dan interview di sekolah yang berlainan
Dannnn lain-lain negeri pulak tu : Penang & Kedah
Sekolah DMW1 dan MM Kuala Muda
Kenangan interview di sekolah DMW1
Masa ni baru lepas ujian bertulis dalam kelas
Ingat lagi time ni..
habis je ujian bertulis & interview kat DMW1 (Kepala Batas), terus shoot ke MM Kuala Muda
Kesian kakak Dina..tapi ibu tengok dia macam steady je (macam ibu laa ;p )
Ni kat MM Kuala Muda
Kakak terpaksa jawab dalam bilik Sains,
sebab time exam kat dewan terbuka tu dah masuk sesi pelajar lelaki
Sesi pelajar perempuan lagi half way nak tamat dah exam masa kami sampai sekolah
Alhamdulillah, kakak dapat jawab dengan mumtaznya
Kedua-dua sekolah ni nama kakak terpilih layak masuk
..........
Kali ni anak-anak labmate ibu pun ada sekali..
Interview kat sekolah ni dia dah bagi seksiap beberapa helai kertas yang kena hafal dalam group telegram
Tak silap ada beberapa subjek jugaklah termasuk hadis dan lain-lain
Antara depa 3 orang ni, kakak keluar paling lambat sekali dari kelas interview tu
Puas kami tunggu kat luar
Rupanya dia ambil masa nak menghadap Si Penemuduga
Akhirnya, sekolah ni pun nama kakak terpilih jugak
........
Selain sekolah-sekolah lain, kami jugak cuba untuk mohon di sekolah kakak, SMITSAT
SMITSAT = Sekolah Menengah Islam Tahfiz Sains dan Teknologi Pulau Pinang
Pagi tu kami terlambat sampai di sekolah.
Ustazah ambil kakak dari pintu kereta dan bawak ke dewan exam.
Rupanya tak ramai ex student sekolah rendah dia yang datang untuk interview sekolah ni
Takpe, kami cuba je bagi pengalaman interview sebanyak mana ke kakak
.......
Next, last but not least, kami ke SMA Yayasan Khairiah
Sekolah ni terletak di Kampung Pisang, Kupang, Baling, Kedah.
Sekolah ni ada aliran hafazan dan aliran Arab biasa
Kami stay semalam di Mabit Khairiah Homestay
Best homestay dia..selesa & baru
Siap ada swimming pool
(Nanti kalau jumpa gambar, aku tepek sini)
......
Lepas beberapa siri interview kakak ke banyakkkk sekolah,
kami redha dan tawakal apa keputusan yang keluar..
Alhamdulillah kebanyakan sekolah yang dimohon layak diterima masuk, kecuali MRSM
Dan kami mintak kakak buat istikharah sekolah mana yang dia nak pergi
Akhirnya, kami ikut keputusan kakak yang nak pilih SMKA Syeikh Abdullah Fahim (SAF)
Ibu abah doakan semoga kakak terus konsisten cemerlang dunia & akhirat.
Nikmati waktu remaja & terokai potensi diri kakak sebaiknya.
Semoga kakak dpt berbakti kpd keluarga, agama dan negara ♥️
Doakan ya auntie uncle utk anak sulung bertuah kami ni.
Jauh lagi perjalanan dia & banyak lagi benda yg kami kena belajar,
No comments:
Post a Comment