Outing Irdina

Disebabkan dah seminggu kakak Irdina tak call ibu abah,

kami decide untuk mintak kebenaran Ustaz HEM bawak kakak keluar weekend baru ni

Bila Ustaz bagi kebenaran "Baik..pastikan anak pakai baju outing", 

terus lepas breakfast kami gerak dari rumah ke sekolah/asrama kakak.

Kau beruntung kak, dapat otak seminit macam ibu, otak melayan macam abah..

Kalau macam mak ayah aku duluuuu..jangan haraplah nak melayan..haha

Kau tak call seminggu? dua minggu? pokok dek kaulah duduk kat asrama tu dendiam

Takdanya nak datang tiba-tiba

Tahu tahu anak diorang balik sampai je rumah naik KTM/bas/LRT sorang-sorang

Yelah, dulu mak kau dok sekolah/asrama jauhhhh..berbatu-batu..

jenuh pulak atok nenek nak ulang alik dari Selangor ke Negeri Sembilan..

..........


Sesampainya kat asrama, mak guard kata budak Form 1 maybe ke surau/kelas, ada program

Kami ke surau sekolah, tapi tengok takde student pun

Then tanya sorang student lelaki, dia kata budak Form 1 tengah prep kat kelas

Bergegaslah ibu abah naik kelas kakak

Dahlah tingkat 3...fuhhh mencabar betul ya!


Sesampainya tingkat 2, ada student (ex sek ren kakak) pelawa nak tolong panggilkan

Apa lagi, terkejutlah kakak..tiba-tiba je ibu abah datang kannn

Tu laaa..lain kali buatlah perangai tak telefon ibu abah lama-lama

Ibu abah terus mai sekolah carik yaaa! hahaha


Disebabkan Ustaz ada pesan untuk pakai baju outing, 

kakak kena balik asrama dululah tukat baju sebelum keluar

Ibu punyalah mengayat mak guard, kot-kot ibu boleh temankan kakak masuk dorm skali..hihi

Tapi, mak guard tak kasi ye


Lepas settle urusan kakak kat sekolah/asrama, kami bawak kakak ke Cmart Nibong Tebal

Bila tanya pendapat tiga beradik nak makan apa, depa request nak makan 4Fingers

Makanya, marilah kita makan duluuu (walaupun taklah lapar sangat masa ni)


Sebelum makan, selfie duluuu..nanti bila kenyang, dah tak ingat nak amek gambo..haha!



Kat 4Fingers ni kami macam tak enjoy sangat makanan dia..

Maybe sebab 1st time makan..then, tak reti sangat nak pilih menu apa

Yang best pun, burger dia..sedap (adik cashier recommend)

Yang lain, amek menu nasi + ayam, tambah soy sauce, rasa pelik pulak

Tapi since dapat duduk berlima kat situ, kami happy je :)


Lepas makan, anak-anak singgah kedai Pet sebelah 4Fingers

Ada pulak yang request nak bela hamster

Weyyyy idoklah anak-anak uiii

Sat lagi siapa pulak nak mengesahnya!


Pastu, kami masuk semula ke area bangunan Cmart

Jalan-jalan cuci mata (nak cuci duit belum tergoda lagi time ni)

Tak sangka dalam Cmart ni ada SSF Home Deco

Uiii kalau duluuuuu, inilah sorga mak korang nakkkkk

Tapi tengok kat sini, macam tak banyak barang sangat je



Then sambung cuci mata sekitar dalam bangunan Cmart..

tengok apa yang ada dan menarik


Bila dah takde apa yang menarik, kami masuk pasaraya Cmart

Memang plan dari rumah nak beli barang-barang baby sikit kalau ada

Rupanya...pilihan pampers NB kat sini bukan main banyak kauuuu

Dari hujung ke hujung...pilih je mana satu nak beli!




Masa aku tengah membelek-belek barang, sempatlah diorang ni berselipat kat lantai Cmart ni

(tangan di bahu, mata ke atas)

Dan akhirnya, inilah hasil menuai barang baby/mak di Cmart untuk pertama kalinya

(letak tangan atas bahu kanan, syabas mak! hahaha)


Then dah hampir ke pukul 2.30+ pm, kami singgah Masjid Putih @ Masjid Al-Rasyidin


Kebetulan time tu ada road tour Tehyeish & Nasi Kabsah Ustaz Firdaus Firabib

Apa lagiiii..membedallah beberapa bekas untuk dijadikan bekalan






Tengok dua beranak ni makan macam sedap je..

Irdina sampai menambah 2 kali mak tengok

Mak & Luth are tak gemar sangat makan nasi-nasi berwarna ni, so tak boleh nak review



Dan kami sekalikan dengan solat Zohor & Asar di masjid ni


Bila waktu nak menghampiri pukul 5.30+ pm, kami gerak balik ke sekolah/asrama semula








Bye bye kakak...InsyaAllah Jumaat ni kita jumpa semula time kakak PBM ya

(PBM = Pulang Bermalam Mingguan)

Kami sayanggggggg kakak! 


No comments: