Cerita Weekend 6-7 Dec

Lepas ke sekolah Inara untuk Perjumpaan Waris bagi Semester Akhir,

geng pompuan kami (aku, Irdina & Inara) healing ke kedai gunting rambut

Rambut masing-masing dah mintak untuk di-trim..haha!



Kakak Irdinalah paling dah lama sekali request nak pi potong rambut

Tapi dah dia pun balik 2 minggu sekali, 

Kadang time balik tu takdan nak pi kedai,

Makanya aseklah tertangguh je..

Ni pun nasib baik dah whatsapp seksiap kedai gunting rambut tu,

Kalau tak, dia dah tak ambil customer walk-in dah time tu

Time kami tengah gunting rambut tu, adalah dalam 2-3 orang tekan loceng nak walk-in gunting

Tapi diorang kata dah full, tak cukup staf nak handle

Time aku tu pun ada yang tengah rebondinglah, nak colourkan rambutlah

Biasalah, fompuankan ada macam-macam kehendak

Yang kadang-kadang aku sebagai fompuan sendiri pun tak faham..hahaha!



Lepas balik gunting rambut, kami bergegas balik rumah mandi dan bersiap-siap

Plannya aku nak kena entertain bakal penyewa perempuan nak tengok rumah

Last minit dia cancelkan sebab kena kerja

So, Irdina ajelah yang teman Cik PU pergi rumah sewa lelaki untuk entertain bakal penyewa lelaki

Kadang saja aku soh anak-anak ikut abah diorang entertain bakal penyewa

Nak soh belajar macam mana nak carik duit dengan cara sewakan rumah/bilik

Then bila kami takde nanti, senanglah anak-anak nak survive harapnya



Lewat petang, bila Cik Pu & Kakak Irdina balik dari rumah sewa, 

kami siap-siap pulak ke kedai tudung & MRDIY

Nak carik hadiah kakak sempena ada acara pertukaran hadiah dorm & kelas katanya

Baru aku tahu, rupanya tukar hadiah dorm dah lepas

Gamak dia tak beli time balik sebelum ni...aishh budak ni

Mesti kawan dorm yang tak dapat hadiah dari Irdina tu sedih 

- sebab dia sorang je yang tak dapat hadiah lagi time tu

So, disebabkan tu...aku cariklah hadiah "mahal" sikit dari bajet yang ditetapkan (bawah RM10)

Kebetulan, kat kedai tudung tu ada sale tudung bawal Minaz bidang 55 - RM15 je

So, kami request dengan box + wrap skali laaa, tambah RM10

Settle bab hadiah dorm..

Hadiah kelas pulak, kami terus carik kat MRDIY..

Kalau ikutkan, bajet bawah RM20..tapi aku suggest kat Irdina, carik lebih sikit

So, dia pilih semua hadiah random - buku tulis, boxing pen, lego, keychain puzzle, highlighter, dll

Sebab tak tahu dapat tukar dengan siapa kan..student lelaki ke pompuan

So beli yang universal lahh..dua-dua boleh terima 

Tapi lupa pulak nak amek gambar hadiah-hadiah tu T_T

Pastu hadiah untuk guru kelas & halaqah pun lupa nak beli jugak...alahaiii






Then lalu area MAF, kami nampak ada Quatro Road Tour

(Aiman Pizza Streeto, Bropit Popis, AP Tacos, Apek Nasi Jagung)

 Aku request pizza Wahyu 1, Cik PU tambah Meat Smokey pizza 1

Maybe kami makan pun tak berapa panas, so rasa dia biasa je nyahhh :p

Tapi harga dia T20 jugaklah - Ni kalau Mdno tahu ni, mesti dia bebel...hahaha!





Esoknya aku bangun awal dari kebiasaan time weekend :p

Gerakkan para jentera untuk deep cleening ruang tamu & ruang makan

Banyak sangat habuk dah aku rasa

Sakit mata-mata tengok sana sepah, sini sepah

Dah berbulan tak buat deep cleaning semenjak aku pregnant ni

So ayuh marilah kita, sementara Rajin aku tengah ada

Kang Malas datang, goodbye laa semuanya..hahaha!

Dan ofkos kerahan tenaga berlaku pada semua orang dalam rumah, 

Yang Luth tu : Thanks me later my beloved DIL!

Yang Cik PU tu : Kita jangan cakap banyak dengan dia, sebab dia anak mak mertua kita

hahaha!


Petangnya, kami siap-siap hantar kakak Irdina balik ke asrama naik bas kat MAF

Syukur jugak ada parent kat sekolah SMKA SAF ni yang willing untuk arrange sewa bas setiap kali balik PBM

Takyah parent lain menghadap jem pergi dan balik ke Nibong Tebal

Tapi, balik asrama kali ni kakak lambat beberapa minit

Bas janji pukul 2.30pm, kami terlewat 3 minit

Fuhhh nasib baik bas tak gerak lagi...mujur!

Tengok-tengok lepas kami tu ada 2-3 orang lagi student yang baru sampai...cet!

Ingatkan kami dah lewat dah, ada lagi yang lewat rupanya...hahaha!


No comments: