Hari Anugerah Kecemerlangan Luth

Alhamdulillah...hadza min fadhli rabbi

هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي

 (Ini adalah daripada limpah kurnia dari Tuhanku)

Lebih kurang seminggu dua yang lepas, Luth dapat surat jemputan

ke Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah dia atas pencapaian Sains terbaik.

Dah alang-alang kakak Irdina tak balik PB minggu ni,

dan pihak sekolah Luth pun tetapkan hanya 2 waris saja boleh attend (hanya 2 seats disediakan),

Kami (aku, Cik Pu, Luth & Inara) plan akan attend majlis ni

Tapi kita hanya merancang, dan Allah swt. adalah perancang yang sebenar-benar

Hari Jumaat sebelum program, Inara demam panas dan muntah


So, plan alternatifnya kalau Inara masih demam pagi Sabtu hari program tu, 

hanya ibu je yang akan attend..dan abah akan stay rumah jaga Inara

Tapi, alhamdulillah..bangun pagi-pagi Sabtu tu, Inara dah mula kebah dari demam

So kami bergegas bersiap ke sekolah Luth


Masa sesi pendaftaran tu, memang aku dengan Luth je yang turun kereta

Cik PU & Inara pergi carik makanan sebab Inara request nak makan donut

Orang baru nak baik demam kannn..layankan ajelah :p


Masa mula-mula sampai tu, ingatkan awal lagi dan tak ramai parents sampai

Rupa-rupanya dah penuh orang dalam dewan..hahaha

Tengok tengok kerusi yang belah belakang je ada

Aku pun duduklah sambil menunggu Cik PU dan Inara sampai

Sekali, emcee announce parents darjah 6 boleh pindah dan duduk di kerusi belah kanan dewan

Fuhhh..cepat-cepat aku beredar ke kerusi belah-belah depan

Dapatlah view yang cantik dan dekat sikit kat pentas untuk amek gambar & video


Kalau ikutkan Luth kat rumah sebelum sampai sekolah, 

dia soh kami sampai sekolah sebelum pukul 7.30 pagi

Tapi, tengok kat tentatif rupanya majlis start pukul 8.30 pagi..

Ceit...dasar excited! hahaha!



Lepas menunggu beberapa ketika, 

majlis pun start dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, beberapa ucapan dan gimik persembahan



Teringat ucapan Ustaz Dato' Rosli Othman selaku perasmi majlis,

Tiga pahala yang dibawa ke kubur ialah :

1. Sedekah jariah 
- Termasuklah ibubapa yang menyumbang duit untuk anak-anak kepada pendidikan dan kebajikan anak-anak, lagi lagi hantar anak untuk menghafal Al-Quran (tahfiz).

2. Ilmu yang bermanfaat
- Ilmu agama atau ilmu-ilmu lain yang diajar dan diamalkan, dan membawa kebaikan dan perubahan yang baik kepada seseorang manusia.

3. Doa anak yang soleh
- Doa bukan hanya dari seorang "anak", tetapi "anak yang soleh", yang akan terus mendoakan kedua ibu bapanya, menjadi cahaya dan pelindung di alam kubur. 

.......

Then, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah






Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih Luth atas pencapaian ni

Dapatlah jugak ibu abah hadir majlis ni dan rasai kemanisannya :)

InsyaAllah, ini hanyalah permulaan untuk sebuah kejayaan

Masih banyak lagi yang anak ini akan tempuh dan hadapi

Ibu doakan, semoga terus cemerlang di hari mendatang!



p/s : Dah aku je sorang pakai biru pink..dua orang ni herlok je tema hijau..cait!

No comments: