Habit TTD

Hari ni hari apa tuan-tuan dan puan-puan?

Bukan..hari ni bukan Monday Blues :p

Hari ini adalah hari Isnin di minggu pertama di bulan Disember 2025

Bermakna, lagi sebulan tepat kita akan masuk ke tahun baru 2026

Ye, tak sampai 31 hari lagi kita akan bertambah umur

Dah ready ke kita nak masuk umur 40 series? kikikih

......

Tapi, hari ni aku bukan nak cerita pasal 40 series ke, tahun baru ke apa,

Hari ni aku just nak cerita pasal habit TTD

Apa tu TTD?

TTD = Things To Do

Kebiasaannya, pagi-pagi lepas masuk lab, 

memang habit aku akan menulis TTD dulu sebelum buat apa-apa

Tapi, pagi ni bila buat TTD, banyak pulak benda nak kena buat


Fuhhh! 

(tarik nafassss, lepassssss)

Dengan kerja labnya melambak, dengan kerja personal pun melambak

Dua-dua takmau kalahhhh!

Tapi, seriously lepas tulis TTD kat kertas/buku, otak aku taklah terasa serabut sangat

Dia macam ter-organised secara semulajadi

Kalau tak tu, banyak benda pikir nak kena buat, tapi tak terbuat-buat

Then aku realised, bila tulis list TTD ni by time satu persatu kerja yang di-plan boleh selesai

....

Satu lagi, 

Dah nak masuk 40 series ni, tambah pulak dah mengandung banyak kali ;p

Banyak pulak benda kita lupa wakkkkk

Kadang kita dah teringat nak buat sesuatu benda tu, tapi by time balik rumah aseklah lupa

So, solutionnya, 

aku buat jugak folder/group TTD dalam whatsapp untuk anak-anak

Dan aku masukkan sekali no Cik PU dan no phone 1 lagi (anak-anak selalu guna phone ni)


Senangggg keja mak kauuu

Dengan baby 2026 skali aku buat group seksiap...hahaha!

Kalau lupa lagi, bukanlah salah aku sorang :p


No comments: