Luth Join KIBAD16

Ingatkan lepas struggle kakak Irdina tahun lepas nak exam PKSK/UKKM, 

aku dah boleh tarik nafas lega dah

Rupanya tak ya...

Tibehhhh tahun ni kita register KIBAD 16 pulakkk

Tapi dengan anak yang lain..hehe

.....

Ada yang bertanya, KIBAD tu apa?

KIBAD = Kelab Ibubapa Anak Dilahirkan _ _ (tahun berapa?)

Macam kakak Irdina dulu, dia KIBAD12, means dia lahir tahun 2012

Dan Luth, KIBAD16, lahir tahun 2016

.......

KIBAD16 kali ni aku register Luth awal ye..

Seawal Luth belum betul-betul masuk Darjah 4 pada tahun 2026

Aku nak try start awal, taknak jadik macam kakak Irdina dulu, last minit

beberapa bulan nak exam PKSK/UKKM baru kenal sir Amir

Kesian dia....dan kesian aku jugak

Dia di-push to the limit, dan aku exhausted nak kena push dia last minit

Oh ya..sir Amir ni lah pengasas KIBAD

Nak tahu lebih lanjut, ce taip "KIBAD Cikgu Amir" kat google

Nanti keluarlah segala biodata dia

........

Task pertama sir Amir bagi untuk KIBAD16 kali ni :

1. Kami (ibu, abah, Luth) kena tonton rakaman video Teknik Belajar 1 (TB1) yang dibeli daripada sir Amir yang berharga RM 5.00, selama 1 jam

2. Buat nota bersama-sama ibu/abah dan Luth 

3. Tangkap gambar nota tersebut dan letakkan di group telegram yang disediakan

4. Ibu/abah kena komen nota yang anak kita sendiri buat 
- kisah yang memungkinkan penghasilan nota 

5. Ibu/abah kena reply pada komen mana-mana ibubapa lain yang dah buat tugasan 3 & 4
- ucap terima kasih kerana dah berkongsi cerita
- perasaan kita masa baca cerita diorang
-Kalau ada persamaan/belajar sesuatu yang baru/apa-apa yang menarik berkenaan cerita diorang

,,,,,,

Mula-mula secara jujurnya memang aku biarkan je Luth tonton TB1 tu sorang-sorang

Lepas tu dia buat nota sendiri




Then, bila aku ada free time, aku ajak Luth tonton sama-sama dengan aku dan buat nota/peta minda sama-sama







Alhamdulillah, nota/peta minda dia semakin improve

Lebih structured dan berwarna warni

(Letak tangan atas bahu, syabas ibu dan anak :p )

.....

Then, next task...

kita kena langgan i-Learn Ace (iLA - Sasbadi) untuk seberapa tempoh 

Dan cikgu Amir akan bagi tugasan untuk 5 subjek teras

BM, BI, Math, Sains, Sejarah

Selalunya 1 tugasan tu ada 20 soalan dan perlu dijawab dalam masa 30 minit



Tak sangka setakat 2 hari ni dia enjoy buat tugasan BM dan BI kat iLA

Lagi-lagi bila dia dapat markah >80

Lepas buat 1 tugasan, dia request lagi nak buat Ujian Kendiri Bulanan

Selalunya aku akan bagi buat 1 je ujian lain, lepas tu dah

Kang banyak-banyak sangat, aku yang overwhelmed dan exhausted..

Anak steady je...hahaha

......

Then, sir ada buat kelas BOSS

(BOSS = Bimbingan Online Semua Subjek)

So untuk minggu ni aku saja daftar banyakkk kelas untuk Luth 

Nak tengok reaksi dan keserasian dia dengan Sir Amir macam mana


So far, tengok masa kelas online 1st BOSS dia excited dan seronok

Dengan Inara Inara sekali nak join..hehe



Harapnya..Luth konsisten bersemangatlah sampai bila-bila

Bukan Luth je, ibu abah jugak

Bila dah join KIBAD ni, satu keluarga kena bagi support

Bukan mengharap kat anak 100%

Support yang macam mana tu?

Duit ofkosss...masa, tenaga, idea, semangat, dan semualah!


No comments: