Detailed Pregnancy Scan @25 weeks


petangnya aku ada appointment detailed scan berbayar kat Klinik Dr Asmah Bertam

(Poster Bulan November 2025, masa mula-mula aku survey dan recce untuk detailed scan)

Bagi yang nak survey/tanya lebih lanjut/nak buat appointment, boleh contact terus :

Sungai Petani 017-6342030
Kuala Ketil 012-2555806
Bertam 012-6705311
Alor Setar 017-9102017
Jalan Baru 017-9102057
Baling 012-5390807
Merbok 012-5340807
Padang Serai 012-4070807
Guar Chempedak 012-4540807
Kulim 012-3271170
Kangar 012-5711721
Kamunting 017-8711671
Gunung Rapat 017-7117182
Meru 017-7117617
Jitra 017-7117076
Bayan Lepas 017-7117537



Untuk detailed scan aku, memang pihak klinik dah scheduled tepat 25 weeks, which is jatuh hari Sabtu bersamaan 13.12.2025

Detailed scan sesuai baby dalam kandungan masuk 20 - 26 weeks untuk nak dapatkan optimal visual developing organs

Dan detailed scan ni mostly dia akan tengok :

1. Anatomy organs : 
Brain, spine, heart, lungs, diaphragm, stomach, kidneys, bowel, face, limbs

2. Structural issues (kalau ada) :
Spina bifida, heart defects, atau limb abnormalities

3. Chromosomal makers (kalau ada) :
Apa-apa signs yang suggest chromosomal issue macam renal pelvis dilation dll

4. Pregnancy details :
Kedudukan placenta, air ketuban dan baby's growth

......

Secara jujurnya, ni first time aku ke Klinik Dr Asmah Bertam 

Dan ini jugak first time aku buat detailed scan, walaupun dah Gravida 5, Para 3+1 

(Gravida 5, Para 3+1 = 5x pregnant, 3x pregnancy anak yg hidup dan 1x miscarriage)

Kenapa pregnancy kali ni aku tetiba buat detailed scan?

Disebabkan pregnancy kali ni aku dah dalam fasa "Advanced Maternal Age (AMA)", 

So aku kena lebih "prihatin" sikitlah

Memandangkan banyak risiko bila kita pregnant dalam fasa AMA ni

Dan detailed scan ni memberikan gambaran 60 - 70% ketepatan

Yang paling aku concern sekali, baby's genetic abnormality lah

Dah aku pun kerja dalam Lab Genetic kan..ofkos banyak kes-kes abnormalities yang kita jumpa

Nauzubillah min zalik  نَعُوْذُبِاللهِ مِنْ ذَالِكَ

Kami berlindung kepada Allah daripada perkara tersebut

Harapnya baby dalam kandungan ni sihat-sihat ajelah











Setakat setelah detailed scan dibuat yang mengambil masa dalam 30 minit ni, 

Alhamdulillah, baby shows great growth

Mostly ikut usia kandungan yang dikira, alhamdulillah syukur

Oh ya..bila buat detailed scan ni yang utama mestilah aku nak tahu jugak gender baby..hehe

Yelah..asek scan kat KK aseklah macam tak sure tak sure kan

Dah alang-alang kami (Aku, Cik PU, Luth & Inara) masuk bilik Dr beramai-ramai kali ni, 

aku mintak Dr revealkan ajelah gender baby

Sekaliiiii...Dr scannn :


Ehemmm..tak tepat ye sangkaan dan tekaan semua..jauh tersasar..hehe

Kami semua terkesima jugaklah

Aku siap mintak Dr fokus sekali lagi untuk confirmation..haha!

Ternyata nampak "dua burger" di situ


Orang yang paling terkejut, sedih dan tak terkata sekali adalah Luth

Menangislah budak ni bila keluar dari bilik Dr..aduhhh

Katanya...."dia sorang jelah nanti lelaki dalam adik beradik"

"Nak buat macam mana Luth..gender baby bukan kita yang tentukan"

"Macam kakak Irdina, Luth, Inara..bukan ibu/abah yang tentukan (unless buat IVF)"

"Redha ajelah..Allah swt. sebaik-baik perancang"

"Ada orang nak dapat adik beradik lain pun bukan senang"

"Ini pun Allah swt. dah bagi, kita kena bersyukurrrrr"

Antara bebelan dan tazkirah pendek yang kami bagi pada dia..

Dalam masa yang sama, nak mendamaikan dan meredhakan hati sendiri...hehe


Hari Anugerah Kecemerlangan Luth

Alhamdulillah...hadza min fadhli rabbi

هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي

 (Ini adalah daripada limpah kurnia dari Tuhanku)

Lebih kurang seminggu dua yang lepas, Luth dapat surat jemputan

ke Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah dia atas pencapaian Sains terbaik.

Dah alang-alang kakak Irdina tak balik PB minggu ni,

dan pihak sekolah Luth pun tetapkan hanya 2 waris saja boleh attend (hanya 2 seats disediakan),

Kami (aku, Cik Pu, Luth & Inara) plan akan attend majlis ni

Tapi kita hanya merancang, dan Allah swt. adalah perancang yang sebenar-benar

Hari Jumaat sebelum program, Inara demam panas dan muntah


So, plan alternatifnya kalau Inara masih demam pagi Sabtu hari program tu, 

hanya ibu je yang akan attend..dan abah akan stay rumah jaga Inara

Tapi, alhamdulillah..bangun pagi-pagi Sabtu tu, Inara dah mula kebah dari demam

So kami bergegas bersiap ke sekolah Luth


Masa sesi pendaftaran tu, memang aku dengan Luth je yang turun kereta

Cik PU & Inara pergi carik makanan sebab Inara request nak makan donut

Orang baru nak baik demam kannn..layankan ajelah :p


Masa mula-mula sampai tu, ingatkan awal lagi dan tak ramai parents sampai

Rupa-rupanya dah penuh orang dalam dewan..hahaha

Tengok tengok kerusi yang belah belakang je ada

Aku pun duduklah sambil menunggu Cik PU dan Inara sampai

Sekali, emcee announce parents darjah 6 boleh pindah dan duduk di kerusi belah kanan dewan

Fuhhh..cepat-cepat aku beredar ke kerusi belah-belah depan

Dapatlah view yang cantik dan dekat sikit kat pentas untuk amek gambar & video


Kalau ikutkan Luth kat rumah sebelum sampai sekolah, 

dia soh kami sampai sekolah sebelum pukul 7.30 pagi

Tapi, tengok kat tentatif rupanya majlis start pukul 8.30 pagi..

Ceit...dasar excited! hahaha!



Lepas menunggu beberapa ketika, 

majlis pun start dengan nyanyian lagu patriotik, bacaan doa, beberapa ucapan dan gimik persembahan



Teringat ucapan Ustaz Dato' Rosli Othman selaku perasmi majlis,

Tiga pahala yang dibawa ke kubur ialah :

1. Sedekah jariah 
- Termasuklah ibubapa yang menyumbang duit untuk anak-anak kepada pendidikan dan kebajikan anak-anak, lagi lagi hantar anak untuk menghafal Al-Quran (tahfiz).

2. Ilmu yang bermanfaat
- Ilmu agama atau ilmu-ilmu lain yang diajar dan diamalkan, dan membawa kebaikan dan perubahan yang baik kepada seseorang manusia.

3. Doa anak yang soleh
- Doa bukan hanya dari seorang "anak", tetapi "anak yang soleh", yang akan terus mendoakan kedua ibu bapanya, menjadi cahaya dan pelindung di alam kubur. 

.......

Then, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah






Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih Luth atas pencapaian ni

Dapatlah jugak ibu abah hadir majlis ni dan rasai kemanisannya :)

InsyaAllah, ini hanyalah permulaan untuk sebuah kejayaan

Masih banyak lagi yang anak ini akan tempuh dan hadapi

Ibu doakan, semoga terus cemerlang di hari mendatang!



p/s : Dah aku je sorang pakai biru pink..dua orang ni herlok je tema hijau..cait!

Cerita Weekend 6-7 Dec

Lepas ke sekolah Inara untuk Perjumpaan Waris bagi Semester Akhir,

geng pompuan kami (aku, Irdina & Inara) healing ke kedai gunting rambut

Rambut masing-masing dah mintak untuk di-trim..haha!



Kakak Irdinalah paling dah lama sekali request nak pi potong rambut

Tapi dah dia pun balik 2 minggu sekali, 

Kadang time balik tu takdan nak pi kedai,

Makanya aseklah tertangguh je..

Ni pun nasib baik dah whatsapp seksiap kedai gunting rambut tu,

Kalau tak, dia dah tak ambil customer walk-in dah time tu

Time kami tengah gunting rambut tu, adalah dalam 2-3 orang tekan loceng nak walk-in gunting

Tapi diorang kata dah full, tak cukup staf nak handle

Time aku tu pun ada yang tengah rebondinglah, nak colourkan rambutlah

Biasalah, fompuankan ada macam-macam kehendak

Yang kadang-kadang aku sebagai fompuan sendiri pun tak faham..hahaha!



Lepas balik gunting rambut, kami bergegas balik rumah mandi dan bersiap-siap

Plannya aku nak kena entertain bakal penyewa perempuan nak tengok rumah

Last minit dia cancelkan sebab kena kerja

So, Irdina ajelah yang teman Cik PU pergi rumah sewa lelaki untuk entertain bakal penyewa lelaki

Kadang saja aku soh anak-anak ikut abah diorang entertain bakal penyewa

Nak soh belajar macam mana nak carik duit dengan cara sewakan rumah/bilik

Then bila kami takde nanti, senanglah anak-anak nak survive harapnya



Lewat petang, bila Cik Pu & Kakak Irdina balik dari rumah sewa, 

kami siap-siap pulak ke kedai tudung & MRDIY

Nak carik hadiah kakak sempena ada acara pertukaran hadiah dorm & kelas katanya

Baru aku tahu, rupanya tukar hadiah dorm dah lepas

Gamak dia tak beli time balik sebelum ni...aishh budak ni

Mesti kawan dorm yang tak dapat hadiah dari Irdina tu sedih 

- sebab dia sorang je yang tak dapat hadiah lagi time tu

So, disebabkan tu...aku cariklah hadiah "mahal" sikit dari bajet yang ditetapkan (bawah RM10)

Kebetulan, kat kedai tudung tu ada sale tudung bawal Minaz bidang 55 - RM15 je

So, kami request dengan box + wrap skali laaa, tambah RM10

Settle bab hadiah dorm..

Hadiah kelas pulak, kami terus carik kat MRDIY..

Kalau ikutkan, bajet bawah RM20..tapi aku suggest kat Irdina, carik lebih sikit

So, dia pilih semua hadiah random - buku tulis, boxing pen, lego, keychain puzzle, highlighter, dll

Sebab tak tahu dapat tukar dengan siapa kan..student lelaki ke pompuan

So beli yang universal lahh..dua-dua boleh terima 

Tapi lupa pulak nak amek gambar hadiah-hadiah tu T_T

Pastu hadiah untuk guru kelas & halaqah pun lupa nak beli jugak...alahaiii






Then lalu area MAF, kami nampak ada Quatro Road Tour

(Aiman Pizza Streeto, Bropit Popis, AP Tacos, Apek Nasi Jagung)

 Aku request pizza Wahyu 1, Cik PU tambah Meat Smokey pizza 1

Maybe kami makan pun tak berapa panas, so rasa dia biasa je nyahhh :p

Tapi harga dia T20 jugaklah - Ni kalau Mdno tahu ni, mesti dia bebel...hahaha!





Esoknya aku bangun awal dari kebiasaan time weekend :p

Gerakkan para jentera untuk deep cleening ruang tamu & ruang makan

Banyak sangat habuk dah aku rasa

Sakit mata-mata tengok sana sepah, sini sepah

Dah berbulan tak buat deep cleaning semenjak aku pregnant ni

So ayuh marilah kita, sementara Rajin aku tengah ada

Kang Malas datang, goodbye laa semuanya..hahaha!

Dan ofkos kerahan tenaga berlaku pada semua orang dalam rumah, 

Yang Luth tu : Thanks me later my beloved DIL!

Yang Cik PU tu : Kita jangan cakap banyak dengan dia, sebab dia anak mak mertua kita

hahaha!


Petangnya, kami siap-siap hantar kakak Irdina balik ke asrama naik bas kat MAF

Syukur jugak ada parent kat sekolah SMKA SAF ni yang willing untuk arrange sewa bas setiap kali balik PBM

Takyah parent lain menghadap jem pergi dan balik ke Nibong Tebal

Tapi, balik asrama kali ni kakak lambat beberapa minit

Bas janji pukul 2.30pm, kami terlewat 3 minit

Fuhhh nasib baik bas tak gerak lagi...mujur!

Tengok-tengok lepas kami tu ada 2-3 orang lagi student yang baru sampai...cet!

Ingatkan kami dah lewat dah, ada lagi yang lewat rupanya...hahaha!